Apabila Hati Itu Mati

Dalam hidup sebagai manusia, pasti banyak dugaan dan cabaran yang kita alami, namun setiap cabaran biasanya datang dengan cara yang berbeza.

Begitu juga aku, sebagai seorang anak, bapa kepada anak-anak, suami kepada isteri, adik kepada kakak dan abang, serta abang kepada adik- adik.

Namun, selepas satu persatu, aku hanyalah suami kepada isteri dan bapa kepada anak-anak. Dimana tanggungjawab aku yang lain? Bukanlah aku terus melupakan mereka namun aku pun tidak tahu untuk menjawab persoalan itu.

Setelah berkahwin, aku jadi jauh dengan keluarga aku sendiri, jadi jauh dengan semua orang, hanya dekat pada isteri aku.

Kenapa ianya terjadi begini, apakah aku sudah lupa bahawa harus mendahulukan ibu, ibu, ibu, bapa, bapa… Kenapa jadi begini?Kenapa?

Aku sebenarnya cuba menjadi anak yang baik dan suami yang baik, tapi hakikatnya aku tak berjaya pun menjadi anak yang baik apatah lagi suami yang baik.

Kadangkala aku merasakan kalau aku berkahwin, ibu aku akan gembira bila dapat menantu, aku bukanlah sepenuhnya anak kesayangan ibu aku,

Cuma ibu aku menaruh harapan yang agak tinggi untuk aku kerana beliau sangat yakin dengan aku, katanya kepada aku semasa beliau masih hidup, aku tidak risaukan kamu anakku, sebab aku tahu kau noleh hidup dimana-mana,

Namun aku lebih risaukan adik beradik yang lain, jika kau berjaya nanti pastikan bantu adik beradik yang lain. Ibuku selalu berpesan untuk selalu membantu adikku yang bongsu kerana beliau tidak berpelajaran tinggi.

Namun aku tidak melakukannya kerana aku terlalu mendengar kata dari isteriku, aku bukan takutkan isteri aku, cuma aku mahu menjaga keharmonian rumah tangga aku. Sehingga ibu aku selalu kesal dengan perbuatan aku yang mendahulukan isteri sebelum ibu.

Aku kesal, dengan perbuatan aku, memang aku mempunyai masalah dalam rumah tangga kerana hampir setiap tahun isteri aku akan mengugut aku untuk bercerai, mungkin salah aku juga sebab tidak pandai menjaga rumahtangga.

Isteri aku selalu mengatakan bahawa beliau sangat kesal, b0doh sebab memilih untuk berkahwin dengan aku.

Kesalahan beliau yang terbesar adalah berkahwin dengan aku, namun aku tetap memujuknya agar bertenang dan bersabar agar rumahtangga aku tidak roboh.

Namun hari demi hari, aku semakin stress dengan hidup aku, aku sangat sayang anak-anak aku kerana aku tidak mahu mereka kehilangan kasih sayang dari salah seorang antara aku dan isteri aku,

Aku berharap anak-anak aku dapat membesar bersama-sama ibu dan ayah disamping mereka.

Bagi aku penceraian itu adalah memalukan bagi aku. Namun begitu, kehidupan aku semakin tertekan dengan masalah rumahtangga aku yang silih berganti tanpa henti.

Adik aku yang bongsu sangat beruntung, bagi aku beliau sangat bertuah mempunyai seorang isteri yang boleh melayan karenah orang tuaku.

Walaupun isterinya itu tidak memiliki pekerjaan dan hanyalah seorang suri rumahtangga, semasa hayat ibuku walau tidak lama, beliau sentiasa membahagiakan kedua orang tuaku.

Dalam lubuk hati aku, kenapa bukan isteri aku yang begitu, kenapa isteri aku begitu naif. Kenapa aku sukar untuk membimbing istei aku, setelah bertahun-tahun isteri aku masih tidak berubah.

Aku dan isteri aku memang tiada sefahaman yang tinggi, aku rasa aku tidak layak menjadi seorang suami kerana aku tidak mampu mendidik isteri aku menjadi isteri yang taat kepada suami.

Jika aku menegur beliau, pasti aku akan diherdik semula, seperti yang aku beritahu, aku tidak takut pada isteri aku, dan aku cuma ingin menjaga rumah tangga aku dari bercerai berai dan aku tidak mahu anak aku menjadi mangsa penceraian.

Tahun bersilih ganti, hati aku mula tawar dan mati untuk isteri aku. Namun aku tetap tanamkan impian agar aku tetap menyayangi beliau.

Ayah aku pernah menasihati aku agar aku berkahwin lain, ini kerana ibubapa aku sering berkecil hati dengan isteri aku. Katanya aku tidak pernah membuat keputusan sendiri dan hanya menurut kata-kata isteri aku.

Berkahwin lain bagi aku bukanlah satu jalan penyelesaian kerana aku serik perkara yang sama akan berlaku jika aku berkahwin lain.

Oleh demikian, aku terus mempertahankan rumahtangga aku dengan harapan isteri aku pasti akan berubah dan menjadi seorang isteri yang solehah.

Setelah lama aku menunggu, kesabaran aku mulai luntur, aku mula menjadi tidak menentu kerana banyak berfikir mengenai permasalahan yang aku hadapi sekarang. Fikirkan aku sangat terganggu.

Aku sudah tidak menyayangi isteri aku, aku sudah mula muak dengan beliau. Apatah lagi untuk bersama, aku rasa aku tidak bileh meneruskan hidup aku bersama beliau.

Hati aku mula tekad untuk bercerai. Dalam masa yang sama aku sudah mempunyai anak, sebelum ini anak2 ini lah yang menyebabkan aku terus bersabar dan bertahan.

Sekarang, aku memujuk isteriku untuntinggal berasingan, aku berjaya lakukan itu.

Beliau selalu memaksa aku untuk menjawab soalannya. Adakah aku masih sayangkannya, aku menjawab, kalau kau memberikan ruang tanpa sebarang ugutan, ikhlas aku jawab kau sudah lama tiada dalam hati aku.

Kasih sayang dan cinta aku tidak lagi bersama kamu dan terkubur. Jika kau bertanya dengan ugutan, pasti aku menjawab, ya aku masih sayang kamu. Kenapa, kerana aku bimbang perkara buruk akan berlaku.

Kini setiap malam aku menangis dan menyesali hidup aku, bukan kerana aku masih sayangkannya, tapi sebab aku masih belum melepaskannya.

Kerana apa, aku masih menunggu panggilan dari pejabat agama untuk melafazkan di mahkamah, namun selagi itu aku merasa berat bebanku selagi aku tidak melepaskannya.

Aku buntu dalam perjalanan ini dan aku juga rindu pada anak-anak yang tidak dapat dijelaskan dengan perasaan.

Bersama itu perlu seiring dengan kesefahaman dan kasih sayang. Jika bersama itu hanya mengundang perkelahian, pasti akan membusuk persekitaran untuk anak-anak membesar.

Apa yang aku juga luahkan adalah perasaan aku yang terpendam. Aku bukan insan hebat, yang boleh terus bersabar tahun demi tahun.

Aku hanya insan biasa dan kesabaran aku ada batasnya. Apa yang aku buat adalah untuk keharmonian pembesaran anak-anak aku agar mereka tidak terdedah dengan perkelahian ibubapa mereka. Aku insan yang hina yang penuh dengan kedukaan.

– Thomas Tuchel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *