Apabila Jadi Pada Diri Sendiri

ASSALAMUALAIKUM.. Make to short, thanks admin publish confession ni.

Aku berumur 20 an, bekerja hampir dua tahun di sebuah kilang. Confession aku buat dalam keadaan kepala yang sakit, sedih dan of course mood tak stabil. Sorry.

Aku jenis yang happy, suka ketawa dan berkawan dengan pekerja-pekerja lelaki disebabkan di office hanya tiga orang perempuan berbanding sepuluh lelaki.

Satu tabiat pekerja kat office aku, suka cerita benda yg berunsurkan seks, hal rumah tangga dalam office. Termasuk bercakap menggunakan “double meaning” yang orang berkahwin faham. I dont know, kadang-kadang aku tak paham. Tetapi aku boleh tangkap bercakap pasal seks.

Tak kisah, lantak dia nak bercakap, sebab aku muda single lagi. Aku ignore, buat tak dengar , buat tak faham even aku faham. Serius, aku stress setiap hari diaorang bersembang pasal hal laki bini buat. Cara bersama ape ke benda ntah. Aku yang dengar stress dan mula perli aku, orang yang belum kahwin diam je, kalau nk tahu kena kahwin. Ptfffffsghddjdk.

And ada seorang pak cik ni berumur dalam 50 an, dia kerja sekali dengan aku. Tetapi dia kerja luar office. Setiap kali bersembang ramai-ramai dia akan pandang aku. Pandang atas bawah, you know what i mean. Diam-diam curi gambar aku, pastu pernah kantoi dengan aku. Dia zoom gambar aku. Hmm. Selalu kacau aku, cakap nak kahwin dengan aku bagai.

Aku just diam, and of course cakap tak nak. Disebabkan aku jenis yang melawan, aku balas balik bila dia cakap nak kahwin sebab aku muda pastu barang baru lagi. Serius dia cakap camtuh. And pekerja lain just gelak.

Aku pernah mengamuk depan semua orang, disebabkan pak cik tu, sebab tak tahan. Asyik cakap mengarut, gatal plus miang jantan tau. Aku pernah pukul dia guna barang, lepas dia tengok aku. Serius aku bukan jenis pakai ketat-ketat. Tubuh kurus je, tudung even tak labuh tapi bawah dada.

Pernah berselisih kat luar dengan aku, dia buat isyarat lucah guna lidah. Serius aku stress, aku pernah cakap kat akak office aku. Dan akak cakap jangan melayan, sebab semua tahu pak cik tu jenis gatal, bergurau tak kena tempat.

TETAPI, harini dia buat aku hilang terus hormat malah sumpah seranah aku beri. Demi Allah aku tak larat, tak larat dah kerja situ. Disebabkan perangai pak cik yang gatal. Pagi tadi, kerja macam biasa. Aku just duduk dekat meja aku scroll phone, dan pak cik tu boleh ambil getah lastik, dia pegi lastik d*** aku. Serius, aku tak sedar means aku blur. Aku tak tahu, sebab aku tak leh describe benda macam tu jadi, aku nk buat ape. Aku noob.

Aku just cakap, kau bengong sebab bergurau bodoh, kau kurang ajar. Then aku diam, sampai aku menangis teresak-esak. Sebab aku tak tahu nak buat apa. Masa tu, ada pekerja kat office, tapi dia tak tahu sebab kelam kabut pergi briefing setiap pagi.

Lepas tu, baru aku citer kat akak office. Then dia just cakap jangan layan. anggap pak cik tu mental. Aku serius sedih dengar, air mata tak payah cakap berjurai-jurai. Aku sampai lari ke luar office, menangis teresak-esak. Sebab aku rasa maruah aku kena pijak-pijak. Aku tak tahu aku geram, sakit hati. Aku tak expect benda ni. Aku anggap dia baik.

Then, ada lagi peristiwa lepas aku citer kat akak office. Aku skip yang ni.

Sampai boss aku tahu, dia pergi jumpa pak cik tu, tanya direct. And of course tak mengaku, cakap aku buat cerita. Mengada-ngada buat citer. Muka tak bersalah, siap tanya aku, dia ada buat macam tu ke.

Aku kesian kat dia, kalau tak aku dah pergi HR report kes ni. Serius, sexual harassment. Kalau dia tak sengaja, kenapa dia lastik kat tempat sensitif. Kenapa ? Ni kali kedua dia buat kat aku, bila kali pertama tu. Aku direct jumpa dia, marah dia. Ugut dia lepas dia buat perkara sama. Aku ke yang bodoh tak report je kat HR. Memang aku bodoh, sebab aku kesian kat dia. Hmm

Aku sedih nak mampus, harini aku demam lepas perkara ni jadi. Aku menangis dari pagi sambung sampai ke petang balik kerja. Setiap kali, akak tu cakap. Dah, akak dh cakap kat boss. Pujuk aku stop nangis, aku lagi nangis. Sebab kat semua orang pak cik tu cakap aku yang reka cerita. Siap cakap aku yang gatal.

Aku tak tahu, aku just cakap. Kalau kena kat anak perempuan dia. Dia tahu macam mana rasanya. Aku tak bodoh untuk mereka cerita bodoh berkaitan maruah aku.

Aku sampai tak call mak aku, harini even bf aku sendiri. Sebab aku tahu. Once aku call, aku nangis. Aku takut nak cerita kat diorang. Dan membuat aku salah diri aku sendiri. Kenapa masa dia buat, aku tak lempang terus muka dia. Kenapa. Kenapa.
Aku terkejut.

Setakat tu jelah, korang komen jelah pape. Nanti aku baca. Bagi aku tips untuk ajar pak cik ni pun okay. Nak kecam silakan. Kalau jadi kat kau, kau buat apa?

Ni pengajaran kat aku, pengajaran ni buat aku mangsa lelaki gatal. Dia tak hormat aku langsung.

– Unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit