Apakah Islam Dimata Mereka

Assalamualaikum. Thanks admin for posting my post. Aku just nak share cerita dari pengalaman kerja aku. Alhamdulillah bulan ni genap setahun aku bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota yang mana hanya aku sorang je perempuan melayu dan hampir kesemua officemate aku ialah Chinese. Tapi aku bersyukur kerana mereka semua sangat baik dan rapat dengan aku walaupun kitorang hanya berjumpa di office.

Balik kepada tajuk, disebabkan melayu di office aku hanya 3 orang, so selalunya aku tak join kalau mereka ajak lepak selepas office hour sebab mereka kena fikir makan di tempat halal dan sebagainya. Pada mulanya mereka agak pelik sebab aku terlalu mengikut ajaran Islam, (maksud aku benda benda syarat macam solat, bertudung, ) namun sekarang mereka boleh membezakan apa yang Islam benarkan apa yang tidak, so diorang sangat menjaga batas malahan selalu ingatkan waktu solat dan sebagainya. ahaha

Apa yang aku nak cerita ni ialah berkenaan pengalaman kebanyakan mereka yang berkawan dengan bangsa melayu. Firstly pasal arak dan beer. Untuk pengetahuan, office aku ni on shift, so shift malam selalunya diorang akan minum beer konon konon supaya tak mengantuk sangat. Dan kebetulan aku shift malam so aku agak janggal la sebab tak biasa dengan situasi tu. Then one of my teammate tanya aku nak tak sebab alcohol dalam beer tu sikit je dan aku tolak sebab aku cakap Islam tak boleh minum alcohol. Then dia cakap dia baru tahu sebab sebelum ni kawan melayu dia minum je kalau alcohol sikit. So, sekarang office dah diharamkan bawak masuk alcohol. HAHA

Second is about pork. Officemate aku pernah tanya aku tak pernah rasa nak cuba makan pork ke? memang tak lah sebab kita tahu haiwan tu memang haram. So, dia pun buka cerita yang ramai je kawan melayu dia dulu tak makan tapi bila dah cuba, diorang dah jadi tak kisah dah makan malahan selalu makan. Reaksi aku time tu memang terkejut dan bukan sorang je officemate aku yang cerita macam tu. Allahu sedih dengar.

Last sekali topik puasa dan solat. Alhamdulillah aku diberi company yang walaupun bukan company muslim tapi mereka benarkan kami yang muslim ni pergi menunaikan tanggungjawab yang satu tu. Itu yang paling aku bersyukur sekali sebab bila dengar cerita ada yang susah nak solat semua, takut juga aku pada mulanya. Cerita orang yang culas solat ni dah selalu kita dengar dan mula mula diorang pelik kenapa aku solat pada waktu waktu tertentu sedangkan kebanyakan mereka tahu dari kawan melayu mereka yang ia boleh dibuat kemudian.

So, selalunya aku akan tunjuk waktu waktu solat di internet dan terangkan setiap waktu tu sudah ditetapkan. Dan berkenaan puasa (Bulan Ramadhan), salah satu seorang dari officemate aku pernah bercerita yang bosnya tempat kerjanya dahulu menyuruh dia membelikan makanan di kedai mamak.

Apa yang aku cerita ni cuma nak cakap macam mana kita nak harapkan bangsa yang bukan Islam menghormati agama ni sedangkan umatnya sendiri tidak menghormati hukum yang telah ditetapkan oleh agamanya sendiri. Macam mana kita nak mengajak mereka cintakan agama ini apabila setiap apa yang kita lakukan adalah sama seperti agama lain, tiada keistimewaan. Kita semua pendosa, namun Allah itu penyayang yang sentiasa menunggu hamba- Nya kembali ke jalan yang benar.

Sekian, Wassalam.

Mencari Sinar,

– Rara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *