Apakah Lelaki Memang Begitu?

Penyebaran video-video seorang aksi memalukan pendakwah terkenal membuatkan aku teringat kejadian yang pernah berlaku sepanjang 9 tahun aku menjalani alam dewasa aku.

Kejadian itu menyebabkan aku jadi sukar untuk mencintai seorang lelaki dan menjadi separa maskulin dan terlampau berdikari.

PERKENALAN PERTAMA

Pada zaman persekolahan, aku langsung tidak pernah terlibat dalam apa2 hubungan cinta monyet, sehinggalah aku berada di semesta akhir dalam pengajian.

Aku dikenalkan oleh seorang rakan kepada lelaki yang bernama Z, Z seorang anggota beruniform mula menjadi rakan aku di alam maya. Sikapnya yang caring, pemurah membuatkan aku timbul satu perasaan suka.

Aku tidak cepat untuk mengakui perasaan cinta kerana aku sendiri tidak pernah bertemu dengan Z, Z selalu mengingatkan aku untuk solat, makan dan sering mengirim duit dan belanja top up memandangkan aku masih belajar dan berasal dari keluarga yang susah.

Aku sering melakukan kerja sambilan sewaktu belajar, tetapi Z tidak suka dan sentiasa mengirim wang bila aku menyatakan aku perlu bekerja kerana tiada duit belanja mingguan.

Aku jugak bukanlah wanita yang suka bersosial yang sentiasa menghabiskan duit. Aku masih berpegang dengan tujuan untuk menamatkan pengajian sahaja.

Selepas beberapa bulan perkenalan, Z mula menyatakan perasaannya kepada ku dan sering berhubung telefon dengan aku.

Pada masa tu, panggilan 3g dan mms menjadi penghubung. Z jugak sering meminta adik2nya bersembang denganku. Lama kelamaan, Z mula bersembang nakal denganku di malam hari.

Aku seorang yang sangat open minded hanya melayan sahaja perbualan nakal Z. Lama kelamaan Z mula mengubungi aku ditengah malam dan subuh hari untuk melempiaskan nafsunya.

Aku hanya perlu mendengar setiap imaginasinya. Kemudian, dia akan mengirimkan mms gambar2 alat kem4luan dan hasil on4n1nya.

Pada masa itu, aku mula menjauh dan bersyukur tidak pernah berjumpa secara berdepan dengan Z. Aku mula melarikan diri, Z mula mencari teman aku yang menghubungkan Z dengan aku.

Aku terpaksa menipu temanku yang aku ada teman lelaki baru yang berkerja di pelantar dan minta dia menyampaikan kepada Z.

Z mengirimkan sms panjang berjela yang menyatakan kesedihannya dipermainkan oleh aku. Dia sangat mencintai aku, tapi aku tidak boleh terima apa yang dia lakukan.

Aku mula menyalahkan diriku, adakah aku yang jadi punca dia jadi miang begitu? Aku tidak pernah mengirim gamba yang tidak baik kepada Z, ahh persetankan.

PERKENALAN KEDUA

Sewaktu hampir tamat pengajian, aku berkenalan dengan rakan satu ipt yang berjiran dengan rumah sewaku. Namanya P, P seorang yang kelakar dan caring, housemate juga menyenangi sikap rakan2 P selaku jiran kami.

P berasal dari keluarga yang susah, namun setiap kali keluar makan, atau tengok wayang, P yang akan keluarkan belanja, P jugak tak segan bawa aku untuk lepak bersama rakan2nya.

Apabila tamat belajar, P dah mula mendapat pekerjaan dalam bidang pengajiannya, manakala aku masih struggle dalam mencari pekerjaan di kampung.

P menghadiahkan aku sebuah telefon pintar dan meminta aku untuk cari kerja di kl supaya dapat lebih kerap berjumpa.

Perjumpaan pertama selepas beberapa bulan tidak bertemu, P mengambil aku dari stesen bas dan membawa aku ke rumahnya, katanya beliau nak mengemas pakaian, dia minta aku menunggunya di bilik, kerana kawan2nya berada di ruang tamu.

Aku tidak mengesyaki apa2 memandangkan P tidak pernah bersembang nakal atau meminta perbuatan aneh2 yang mencurigakan maka aku menurut sahaja. P juga seorang yang menjaga solatnya. Sewaktu di bilik,

P kembali selepas mandi dengan bertuala sahaja, aku mulai rasa tidak senang, tapi memikirkan aku terperangkap di kl di rumah lelaki, aku mula terfikir untuk lari.

P datang di hadapanku dan meminta aku melakukan on4n1 kepadanya, aku mulai hampir menangis, dan P memaksa aku, aku terpaksa lakukan sambil pejam mata, setelah itu, P menghantar aku ke hotel yang berdekatan dengan tempat aku temuduga,

Aku berasa lega kerana dia tidak berniat untuk ikot aku ke hotel, namun mimpi ngeri belum berakhir, pada tengah malam P mengetuk pintu dan minta untuk menginap di hotel bersama aku.

Aku tiada pilihan lalu membenarkan, dan P tidak melakukan apa2 denganku, satu malam yang panjang telah berlalu, aku sengaja gagal temuduga tersebut kerana enggan duduk di kl.

Lalu aku tinggal dengan kakak saudara di selangor, walaupun kl dan selangor tu tidak jauh, aku jarang berjumpa P dan mendapat pekerjaan yang tetap di subang, P pulak banyak outstation.

Namun, setiap kali berjumpa, P meminta aku melakukan on4n1 kepadanya di dalam kereta dan sengaja membawa aku jauh dari rumah kakak saudaraku, agar aku tidak lari.

Sebab merasa berdosa dengan perbuatanku, aku nekad untuk mencari pekerjaan di kampung, dan lari dari P, aku tidak terfikir untuk berkahwin, memandangkan usia kami baru 22 tahun.

Allah permudahkan urusanku, aku mendapat tawaran pekerjaan di kampung, dan lari dari P, P sebenarnya agak anti dengan negeri ku,

Maka aku jadikan modal kenegerian sebagai alasan untuk putus dan sengaja memaksa untuk cepat2 berkahwin agar P tertekan. Rakan2 P memberitahu aku P kemurungan setelah aku meninggalkan dia dan aku tidak peduli semua tu. Aku rasa bahagia.

PERKENALAN KETIGA

Sejujurnya aku serik dengan apa yang telah berlaku dan merasa jijik dengan apa yang aku lakukan, aku tidak lagi memikirkan untuk bercinta atau mempunyai apa2 hubungan lagi dengan mana2 lelaki,

Namun, di tempat kerja baru, ada seorang lelaki yang mempunyai paras yang manis, berperwatakan yang menarik, yang disukai oleh ramai wanita.

Aku gelar dia S, S sudah mempunyai tunang pada ketika itu dan aku tidak menaruh apa2 perasaan kepada S, semua rakan2 bercerita sikap S terhadap tunangnya, juga rakan sekolahnya. S sangat setia dan romantik dan berduit.

Aku seperti biasa mempunyai hubungan sebagai rakan sekerja dan berkerja satu team dengan S, pada awal pekerjaan S sering membuli dan memarahi aku, mentang2 dia senior.

Aku senang berkawan dengan lelaki memandangkan aku mempunyai sikap yang gila2 dan suka bergurau, tetapi aku juga mula anti pada S, sebab dia sering marah aku tanpa sebab.

Pada satu hari S datang berhampiran denganku dan berkata, “u cantik hari ni.”…. Aku mula berkata dalam hati, dia igt dia puji aku, aku nk berkawan dengan dia ke? Memang tak laaa, aku semakin dingin dan diam bila S ada berdekatan.

Pada satu hari, aku kehilangan kad pekerja, dan dalam mood yang tidak baik, S dan rakan2 lain ajak aku makan bersama, aku ikot tanpa membantah, namun aku lebih banyak mendiamkan diri dan tidak ceria seperti biasa.

Apabila kembali ke pejabat, S memanggil aku dan bertanya, adakah aku terlalu benci padanya sampai lepak bersama pun aku tidak memandangnya lansung. Rupanya ego S tercalar, memandangakan S digilai ramai wanita, tapi aku lansung tak memandangnya.

Aku pun membalas balik kata2nya yang aku tak suka S sebab suka marah aku tanpa sebab. S kata, dia marah aku kerana dia suka bergaduh dengan aku, aku comel apabila sedang marah dan suka tarik muka. Dia jatuh hati pada aku. Dia suka aku… tak nampak ke?

Soalnya pada ku. Aku terus diam dan meninggalkan dia terkulat2. Pada mulanya aku merasakan dia cuma nak memainkan aku, lagipun dia dh ada tunang, walaupun berjauhan, dia dh ada tunang, aku abaikan persoalan dihatiku.

Sewaktu bekerja bersama, S mula menghantar sms kepadaku, S tahu aku enggan bercakap dengannya, jadi apabila berdepan dan bertentangan mata, S mula senyum dan sms, dia ajak aku berbual dihadapannya,

Rakan2 yang sering melihat kami bergaduh selalu berkata pada S, jangan selalu gaduh, nanti berjodoh.

Aku mula buat muka jijik, dan S ketawa. Kawan2 S juga perasan yang S lebih ceria berbanding dulu.

Pada satu hari, selepas tamat waktu kerja, S ajak aku makan di kedai, aku setuju, namun aku minta pergi berasingan. (Serik dengan kejadian lama), S mula bersikap terbuka bercerita mengenai keluarga, hubungan nya bersama tunangnya dan backgroundnya.

Dia kata dia menyenangi sikap aku yang kelakar dan sporting. Dan dia juga pelik kenapa aku tidak syok dengan dia sama seperti orang lain.

Bermula malam itu, S sering menghubungi aku, pelbagai cerita dan perbincangan yang kami bualkan sehingga berejam2 sampai ke tengah malam, S juga menyenangi aku kerana aku pendengar yang baik. Bagi aku,

S adalah sekadar kawan baik, namun aku tidak suka untuk mempamerkan hubungan itu, kerana dia masih suka pura2 marah aku di depan orang, dan disebaliknya, dia senyum2 padaku.

Ada satu hari, aku mempunyai masalah transportation, dan S mengambil aku dari rumah nenek untuk bekerja, dan berjanji akan hantar aku pulang.

Dia meminta izin dengan nenek ku. Ahli keluarga semua menyenangi sikapnya, lalu S menangis di dalam kereta sewaktu menumpangkan aku.

S berkata, dia nak memutuskan hubungan dengan tunangnya, kerana semua whatsapps yang dihantar padaku telah kantoi dibaca ibunya.

Aku terfikir, nasib baik aku layan dia macam member saja, dia kata pada ibunya dia sukakan aku, namun ibunya mengugut untuk bertemu denganku dan mempercepatkan perkahwinannya.

S tertekan dan sering menghubungi aku pada tengah malam, dan S mulai bersembang nakal denganku.

Aku terlalu open dan sengaja mentertawakan perbualannya itu, namun, S mula berkata, semua lelaki di pejabat memerhatikan tubuhku yang cantik dan kelihatan seksi. Dia jugak mula melakukan phone s3x, aku hanya terdiam tanpa kata2.

Sewaktu di pejabat pulak, kami sering bekerja sehingga lewat malam, kerana waktu kerja yang fleksi, S mula mencabul aku, aku yang mulai mempunyai perasaan pada S hanya berdiam diri.

Namun, Allah selamatkan aku, aku mendapat tawaran kerja yang tetap dan kembali ke rumah kakak saudaraku. Aku tinggalkan S dan dunia pekerjaan itu.

S sering menangis dan menyatakan keseriusan perasaan kepadaku, dan nekad untuk memperisterikan aku. Dia ingin madukan aku dengan tunangnya, ahh kerja gila.

Aku block S dari segala media sosial dan menukar nombor telefon. Kawan baik S menghubungi aku dan bertanya, kenapa aku menukar nombor telefon.

Dia berhubung denganku melalui fb dan berkata S telah ceritakan semua perasaanya kepada kawan baiknya dan berharap aku memberi peluang kepadanya.

Aku memberi peluang kepada S dan S memanjakan aku dengan kemewahan, sehinggalah tiba hari perkahwinannya, aku ucapkan tahniah dan aku block nombornya sekali lagi.

Aku jadikan alasan dia tidak mengundangku ke perkahwinannya sebagai alasan. Disebabkan hubungan S dengan isterinya pjj, S masih sering hubungi aku.

Sewaktu hari kelahiran S, aku buka fb dan ingin ucapkan kelahirannya, aku lihat isterinya membuat suprise kepadanya dan mengumumkan kehamilan,

Aku batalkan niatku untuk hubungi S dan aku hilang dari hidup dia, ada cubaan menghubungi aku melalui grup whatsapp rakan2 lama, tetapi aku abaikan S.

Aku masih teringat perbuatan nya mencabulku dan masih berasa b0d0h untuk melayannya sebagai kawan baikku? Ya aku b0d0h!

PERKENALAN KEEMPAT

Untuk mempunyai hubungan yang serius dengan mana2 lelaki pada ketika itu, adalah tidak mungkin, namun, di tempat kerjaku, aku berkenalan dengan J, aku yang berkerja dalam bidang pentadbiran manakalah J dalam bidang perubatan.

J adalah seorang budak yang skema, pendiam dan pemalu. Aku juga menyenangi sikap J yang amat menjaga solat ( tapi kesemua lelaki yang aku kenali amat menjaga solat… tapi…)

Ramai rakan2 sekelilingku cuba meng kenen kan aku dengan J, ramai yang memuji J dengan mengatakan J seorang lelaki yang pemalu dan sopan. Hakikatnya, aku dah sering berbual dengan J dibelakang orang, sebagai rakan baik.

Satu hari aku mengajak J lepak di warung berdekatan dengan rumah, aku menawarkan untuk memandu, memandangkan J tiada kereta.

J seorang yang agak membosankan sebenarnya dan suka merendah2 kan aku, tapi sebagai kawan, aku layankan sahaja.

J ni baik, tetapi bagi aku dia mempunyai masalah emosi, terkadang dia kelakar, terkadang dia suka menghina dan mengutuk aku, kadang merasa cemburu dengan pergaulanku dengan rakan2 lain.

Aku dengan J tidak pernah menyatakan apa2 hubungan, tapi J sering juga menyatakan kalimat cinta, namun bagi aku, dia tak pernah kata dia nk ada hubungan dengan aku, aku abaikan sahaja.

J sering datang ke rumahku dan membawa makan malam, J juga sering meminta aku memasak untuknya, aku layankan sahaja.

J sering menghadiahkan aku kasut, dan baju berjenama, dan apabila aku membeli nya hadiah, dia mengutuk hadiah pemberian ku.

J jugak sama macam lelaki lain, sewaktu aku memandu, J mula mencabul aku, dan meletakkan tanganku dikemaluannya. Aku mula hilang rasa hormat pada J, dan aku mula menunjukkan sikap baran.

Namun J seperti psiko, sering menunggu aku dihadapan rumah. Menghantar makanan, stalk dan follow aku kemana2 sahaja.

Pada satu hari, J menyatakan dia akan menunaikan umrah dan akn melamar aku apabila kembali dari tanah suci, aku iyekan sahaja.

Namun, apabila kembali, J datang memasuki rumahku sewaktu rakan2 rumah tiada dan mencabuli aku. Aku tumbuk muka J sehingga lebam dan aku berdiam diri.

Aku tak boleh report polis, aku satu tempat kerja dengannya. Nanti pasti cerita ini akn tersebar, lalu aku mendiamkan diri.

Aku benci lelaki, aku benci J, apabila berselisih dengannya di pejabat, aku rasa sangat meluat.

J yang masih tidak berputus asa ingin melamar aku, aku nekad untuk ambil cuti panjang dan pulang ke kampung. Ye.. Aku cuti selama 3 bulan block J dari semua sudut perhubungan.

Apabila kembali bekerja, sengaja aku sarungkan cincin emas di jari manis dan menyatakan aku telah bertunang, borang pertukaran aku hantar dan J masih seperti orang gila memerhatikan aku? Sopan konon!…

Pada masa yang sama aku berkenalan dengan K, seorang pegawai tinggi tentera yang sering bertugas di luar negara.

K agak berusia dan matang. Aku sebenarnya layan tidak layan sahaja K, namun K sering mengirimkan aku hadiah dari tempat dia bertugas, malah dia sering menghantarkan hadiah kepada emak di kampung,

K berkata, dia mencari isteri dan serius untuk memperisterikan aku, aku jadikan K sebagai tempat untuk lari dari j, K sangat tegas dan matang, pendengar yang baik, malah aku menceritakan kepada K apa yang lelaki perlakukan kepadaku.

K hanya terdiam. Aku jujur kepada K, aku tiada perasaan lagi kepada lelaki. Dan K menghormati perasaanku. K mengabaikan apa yang aku cerita kepadanya dan sering mengejutku sahur, solat dan mengirimkan wang untuk belanja makan.

K berkata, dia diluar negara, apabila balik nanti, dia akan pulang ke kampung untuk meminangku. Kami sekampung. K juga mengatakan dia sudah berusia dan tiada masa untuk bercinta lama2.

K juga mulai menunjukkan belang dan membuat panggilan video seperti pendakwah itu lakukan.

Aku yang menyangkakan hubungan aku dengan K adalah yang terakhir, aku layankan sahaja panggilan video itu, namun setelah tamat, aku mula tersedar bahawa sikap open minded aku selama ni punca lelaki melayanku seperti ini.

Aku block K, K menukar nombor dan memarahi aku, aku menipu K dan menyatakan aku dah ada teman lelaki, dan aku hntar gambar aku bersama rakan lelaki aku. K tidak percaya dan mengatakan dia bukan budak2, K tidak berputus asa sehingga aku berkahwin katanya.

PERKENALAN TERAKHIR

Aku berkenalan dengan suamiku melalui portal mencari jodoh, suamiku mengajak berjumpa pada kali pertama, dalam portal mencari jodoh tersebut, lebih 2++ lelaki ingin bertaaruf denganku.

Pelbagai lelaki yang ku cuba kenali dan ku jauhi, pada cubaan pertama mengajakku bertemu, aku nyatakan aku belum bersedia, dia menghormati,

Selepas 2 minggu, dia kembali tanya padaku, sudah bersedia? Aku bersetuju dan mengajaknya bertemu di tempat yang ramai orang, dia mengajakku menonton wayang, aku bersetuju, tetapi kereta berasingan.

Dia ok sahaja. Genap sebulan perkenalan dia menghubungi ibunya dikampung dan merisik aku. Kami berkahwin dalam tempoh 4 bulan berkenalan dan hanya bertemu untuk urusan perkahwinan sahaja.

Suamiku adalah satu2nya lelaki yang tidak pernah minta aku mengirim gambar, menyentuh aku dengan sengaja atau apa2 yang pernah dilakukan oleh lelaki lain kepadaku.

sejujurnya, ada lebih ramai lagi lelaki yang ku kenali bersikap yang sama, di antara perkenalan aku dengan J dan K, aku sebenarnya agak memilih lelaki untuk dijadikan kawan, yang pertama harus lah solat,

Kerana solat dapat mencegah kemungkaran dan end up aku meninggalkan mereka kerana mereka semua sama, bernafsu, phone s3x video call atau hantar gambar kem4luan.

Tetapi, adakah mereka semua akn melakukan itu jika aku sendiri tidak bersikap terbuka? Dalam hal ini aku lebih suka mengatakan jika kita tak melayan, semua tu takkan terjadi. Dan aku menyalahkan diri aku atas dosa2 yang terjadi padaku.

semoga Allah mengampunkan aku

– Mangsa Lelaki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *