Assalamualaikum, nama aku Diana (bukan nama sebenar) berumur 25 tahun dan sudah hampir 3 tahun bekerja sebagai penjawat awam. Tujuan aku menulis confession ini adalah disebabkan aku alert dengan masalah yang sedang melanda kepada sesetengah pelajar IPT di negara ini.
Ini cerita ku semasa aku sedang melanjutkan pelajaran peringkat diploma di sebuah universiti tempatan yang agak popular kalau aku sebut nama universiti tu memang semua orang tahu.
Aku gadis kampung yang baru keluar daripada keluarga semasa aku berumur 18 tahun dan gadis dari kampung semestinya aku bertudung litup dan jarang lah tinggalkan solat 5 waktu. Keluarga aku sangat menitik beratkan agama dan ayah aku adalah ahli masjid di kampungku.
Semasa belajar di universiti sememangnya sebagai seorang pelajar duit tak pernah cukup walaupun aku mendapat pinjaman tapi biasalah mana pernah cukup kan. Melihat orang lain memakai handphone yang mahal-mahal,makan di tempat mahal-mahal, pergi bercuti sana sini disebabkan mereka dari keluarga yang berada membuatkan aku rasa sedikit cemburu.
Di kampus aku ni boleh dikatakan mempunyai rupa juga tapi biasa biasa sahaja dan perwatakan aku seorang yang pemalu, jalan pun tunduk-tunduk ke bawah. Aku jalani kehidupan seperti biasa selama 2 semester dengan roommate yang baik dan semuanya baik-baik sahaja.
Masuk semester ke-3 aku tak dapat asrama sebab aku tak aktif persatuan dan tak ada jawatan apa-apa pun untuk melayakkan aku dapat asrama jadi aku buat keputusan untuk duduk di rumah sewa sahaja dan aku dapat duduk rumah yang berdekatan dengan universiti.
Semasa duduk rumah sewa aku semakin struggle untuk survive sebab banyak perkara kena pakai duit. Tambahan pula dengan keinginan untuk hidup selesa aku terjebak dengan dunia sponsor. Ya dengan erti kata lain aku menjerumuskan diri aku untuk menjadi sugarbaby semata-mata untuk mempunyai hidup selesa tanpa memikirkan masalah wang.
Melalui sebuah platform yang khas untuk mencari sponsor, aku mengenali seorang lelaki yang berumur pertengahan 30-an dia bekerja sebagai penjawat awam yang berjawatan tinggi. Bagiku penampilan dia not bad sebab dia masih muda, mempunyai rupa dan agak bergaya.
Sudah mempunyai isteri dan tidak ada anak lagi dan aku tak pasti berapa lama mereka sudah berkahwin tetapi isterinya masih belajar master tak silap aku waktu tu dan mereka tinggal berasingan. Dia tinggal di negeri universiti aku dan memang agak dekatlah dengan aku kan. Isterinya di negeri lain.
Lelaki, bila dah ada yang halal, yang haram lagi busuk juga dicarinya. Nak kata dia ada masalah dengan isterinya tak juga. Selalu kalau on call dengan isterinya bersayang-sayang gitu walaupun aku ada disebelahnya. Aku tak panggil dia sugar daddy sebab dia muda lagi dimata aku dan aku lebih selesa memanggil dia sebagai sponsor.
Korang rasa kalau dah kena sponsor tu kena buat apa. Dah tentu-tentulah kena tunaikan dan layan dia seperti suami sendiri. Dia bagi aku dalam 1k ke 2k macam tu untuk tiap-tiap bulan tak termasuk lagi dengan hadiah-hadiah yang lain. Duit pinjaman aku gunakan untuk bayar yuran dan untuk kelengkapan pengajian aku. Duit yang diberinya aku gunakan untuk membeli segala keinginan yang aku nak.
Hampir setiap hujung minggu dan kalau ada cuti memang dia akan datang jemput aku selalu akan spend time dekat hotel lah tak pun bawa aku pergi vacation. Tak pernahlah kantoi sebab mostly stay hotel 4 atau 5 bintang.
Masa ni diri aku dah hancur dah. Walaupun mula-mula aku menolak untuk serah diri aku tapi bila dah selalu jadi bed partner dia, aku pun kalah dengan nafsu aku. Apa yang aku dapat katakan dia seorang yang sangat romantik dan baik.
Walaupun pertama kali berhubungan dengannya, dia dah mula panggil aku dengan panggilan sayang, baby, honey semua-semua lah panggilan yang manja dan bila diatas katil selalu dia mengucapkan perkataan ‘I Love You’ bila dia dah puas. Selalu sangat dan kadang-kadang aku tertanya apakah maksud ‘I love you’ bagi seorang lelaki ni.
Adakah sebab aku telah melayan dan memuaskan dia jadi dengan senangnya dia mengucapkan itu semua. Dia duduk di rumah sewa biasa dan pernah juga la aku pergi kerumahnya untuk masak ke atau untuk kemas rumahnya ikutlah kalau dia suruh tapi sebolehnya kami tak spend time kat rumah dia sebab banyak jiran yang memerhati katanya.
2 tahun aku jadi bed partner dia sampailah aku grad dan hubungan kami terhenti disitu disebabkan aku tak perlukan sponsor lagi dan mungkin dia pun dah bosan dengan aku. Aku rasa lah kan sebab bila aku cakap aku nak berhenti dari jadi perempuan dia, dia okay sahaja siap ucap terima kasih lagi kerana menjadi pendengar masalahnya dan aku ni pengubat stress dia. Katanya lah.
Sepanjang 2 tahun aku disponsor tak ada seorang pun tahu. Family aku memang tak tahu, kawan-kawan satu kelas, satu rumah pun macam biasa mana syak pun. Aku bersembunyi di balik kesopananku.
Lepas aku grad tak lama aku dapat kerja sebagai penjawat awam gred diploma jadi aku tak sambung ijazah. Lebih kurang 2 tahun aku bekerja aku dah tinggalkan dunia sponsor walaupun aku hanya pernah disponsor oleh seorang lelaki sahaja dan percaya atau tidak aku tak pernah mempunyai teman lelaki disebabkan aku merasakan yang aku tak layak untuk mempunyai teman lelaki kerana perbuatan keji aku ini.
Walaupun ada juga 2 3 lelaki yang cuba untuk mendekati diriku tapi aku buat tak tahu sahaja. Bila aku dah ada duit sendiri, aku janji pada diri aku, aku nak bertaubat, aku menyesal dan aku nak jadi baik walaupun pada lumrahnya aku dah hancur dengan masa laluku. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa aku.
Lepas 2 tahun bekerja ditempat sama, aku kena tukar ke jabatan dan tempat lain dan guess what benda yang sangat mengejutkan aku adalah ketua tempat baru aku adalah sponsor aku yang dulu. Masa tu aku rasa nak ketawa pun ada nak menangis pun ada. Hari pertama jumpa dia kami sama-sama terkejut. Kecil betul kan dunia ni. Masa aku jumpa dia aku kekok gila dan dia berlakon profesional lah sebagai seorang ketua disitu padahal masa laluku banyak dihabiskan atas katil dengan dia.
Ada pernah bila aku berdua dengan dia dalam bilik pejabatnya dia bertanya aku sihat ke, dah kahwin ke, dah ada sponsor baru ke. So aku cakap kat dia aku dah tak nak ingat kisah lama dan aku move on dengan hidup aku sekarang. Dia pun okay dan aku memang malas nak tanya banyak dekat dia. Ikutkan hati nak je tanya ada sponsor mana-mana perempuan ke lagi.
Ketua aku ni adalah antara lelaki yang hot juga di jabatan aku dan jabatan-jabatan lain sebab umurnya pun tak cecah 40 lagi bergaya, mempunyai rupa dan baik orangnya. Baik didepanlah kan tapi dibelakang hanya aku sahaja yang tahu. Ramai kawan-kawan sekerja aku cakap untungnya isteri dia ada husband hensem, ada husband baik lebih kurang macam semua jelous la siap ada yang gurau-gurau cakap sanggup jadi no 2.
Sepanjang aku jadi bed partner dia aku tak pernah ambil tahu langsung siapa isterinya, muka pun aku tak pernah tengok sebab memang aku tak nak ambil tahu pun tapi bila jabatan aku buat makan-makan diluar akhirnya berjumpalah aku pertama kali dengan isterinya. Isterinya bagi aku not bad la, seorang yang berkerjaya lagi dah ada anak pun sorang.
Seingat aku dulu semasa isterinya berpantang dahulu, akulah yang jadi mangsa untuk puaskan dia. Tapi tu lah itu kisah lama. Nak cakap isterinya tak cantik, cantik juga, badan not bad juga tapi apa lagi yang lelaki ni nak ye. Tak cukupkah dengan seorang perempuan?
Kesian pula aku dengan isterinya. Adakah isterinya tahu yang dia pernah curang dulu. Adakah isterinya tahu yang suaminya dah pernah tidur dengan perempuan lain dibelakang. Mungkin tak tahu sebab suaminya ada 2 handphone satu handphone khas untuk aku dan mungkin isterinya tak tahu yang handphone tu wujud.
Bila aku fikir-fikir balik aku rasa macam takut nak kahwin. Takut aku juga akan mengalami situasi sama sebab aku pun bukan wanita baik adakah layak untuk aku meminta seorang suami yang baik. Aku dah bertaubat, dan aku harap lelaki itu juga bertaubat walaupun ada 2 3 kali lelaki itu cakap yang dia rindu aku dan dia sangat ambil berat pasal diri aku ditempat kerja, tapi aku seboleh-bolehnya kalau boleh tak nak dia buat macam tu pada aku sebab aku tak nak ganggu rumah tangga dia dan isterinya.
Jauh di sudut hatiku sebenarnya aku merindui dia juga, aku mencintai dia juga. 2 tahun kut aku layan dia takkan tak ada perasaan. Ya ada tapi aku tak nak tamak lagi, aku tak nak bergelumang dengan dosa lagi. Cukup-cukuplah dengan masa laluku itu.
Semasa aku menulis confession ini, aku on the way nak tidur dan esok aku masih akan pergi ke ofis dan menghadap muka sponsor aku seperti hari-hari biasa. Inshaallah aku akan isi borang pertukaran ke tempat lain tapi bukan dalam masa terdekatlah sebab baru sangat aku di jabatan ini takkan nak tukar dah kan.
Nasihat aku kepada pelajar-pelajar yang tengah struggle dengan kewangan tu janganlah korang fikir jalan pintas begini seperti aku dulu. Tengoklah aku sekarang masih dibayangi dengan masa lalu walaupun aku sedang cuba untuk melupakan.
Disebabkan adanya perempuan seperti aku maka wujudlah juga lelaki seperti sponsor aku tu. Ye lah kami saling melengkapi, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Jika anda bertanya adakah aku sanggup menjadi isteri ke-2 lelaki itu jika isterinya izinkan. Jawapan aku, tidak sama sekali.
Biarlah aku tidak berkahwin, tak apa ramai lagi kawan-kawan aku yang masih tak kahwin. Dan aku pasti sekali lelaki makan luar, memang akan berkali-kali dia akan makan luar. Susah untuk dia berubah. Kalau aku jadi yang ke-2 aku pasti akan ada yang ke-3 ke-4. Lelaki, mana pernah cukup.
Confession ni aku tukar sikit pasal hal2 kerja aku dan yang berkaitan isterinya sebab tak nak nampak obvious sangat. Mana tahu dia dan isterinya pun baca confession ni.
Yang benar,
– Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit