Apakah Perasaan Ini Penyakit?

Hai, aku dekat sini untuk luah perasaan. Tak kisah lah, luahan ni akan dipublish atau tidak, aku tetap nak luah dekat sini. Aku rasa lebih baik untuk luah dekat sini.

Takde orang kenal aku, aku boleh bebas meluah tanpa fikir apa orang lain fikir, apa pandangan orang. Aku cuma nak meluah.

Aku tak pasti apa masalah aku. Tapi, aku rasa benda ni bagi kesan dekat orang keliling aku. Mungkin sebab banyak pendam perasaan?

Kadang-kadang aku rasa macam semua orang benci aku.

Aku fikir suatu hari nanti kalau aku mati, takde sesiapa pun akan bersedih. Dunia ni, orang sekeliling aku akan lebih bahagia kalau aku takde. Aku tau ni semua mainan perasaan je.

Aku tau sangat semua ni tak betul. Tapi kadang-kadang susah nak lawan pemikiran negatif ni. Apa aku buat? aku nangis je sampai dah lega.

Lepastu tengok video kelakar kelakar sampai lupa semua yang aku fikir tadi.

Bila kecil hati dengan apa orang lain cakap, aku biasanya akan pendam je lepastu lama lama aku akan lupa pasal ni. Tapi, ada masa semua yang terpendam ni muncul balik, dan hasilnya aku kemurungan sendiri.

Mulalah, semua pemikiran negatif muncul. Banyak kali aku suruh teman sebilik aku tanam je aku hidup-hidup baru aman semua orang. Masalahnya, kenapa aku fikir macam ni? Macam mana nak buang semua ni?

Aku pernah terfikir nak jadi bisu, supaya takde orang kecil hati dengan apa yang aku cakap.

Aku rasa pemikiran aku tak sama dengan pemikiran orang lain. Selalu sangat orang salah paham dengan apa yang aku cakap. Banyak kali sangat terjadi salah faham dengan apa yang aku kata.

Hasilnya, aku yang rasa bersalah dan benci diri sendiri sebab silap cakap. Susah bagi aku nak cakap apa-apa sebab takut apa yang orang yang mendengar tu faham tak sama dengan apa yang aku fikir. Aku paling takut bab ni.

Aku seorang ibu yang bekerja dari rumah dan tinggal dengan mertua.

Aku selalu fikir aku bukan seorang menantu yang baik, bukan seorang isteri yang baik, bukan seorang ibu yang baik, bukan juga seorang kawan kerja yang baik.

Aku selalu fikir aku ni bebankan semua orang, susahkan semua orang.

Jadual aku padat sangat, hari-hari kerja sambil jaga anak, kemas bilik, dan bersih pakaian. Semua orang dah tidur, aku baru nak rehat. Aku seronok buat semua ni, sungguh. Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak letih.

Kerja aku banyak melibatkan kerja berkumpulan. Aku selalu fikir yang aku bukan kawan kerja yang baik. Tak banyak aku dapat tolong kumpulan kerja aku.

Aku rasa prestasi kerja aku tak sama macam masa kerja pejabat dulu. Bermula dari aku kerja dari rumah, aku rasa prestasi aku jatuh.

Aku tak banyak bagi pandangan dalam mesyuarat sebab fikiran aku banyak terfokus ke lain. Aku rasa bersalah dengan rakan kerja aku.

Mertua aku baik, baik sangat sangat. Aku rasa aku menantu paling beruntung sebab dalam mertua yang. baik. Aku rasa bersalah sebab tak dapat tolong mertua buat kerja rumah. Menantu apa yang keluar bilik cuma untuk makan?

Suami aku kerja online, jadi dia kerap dengan telefon. Disebabkan dia selalu dengan telefon, aku selalu fikir dia dah tak bagi perhatian dekat aku.

Banyak kali aku bercerita dengan dia tapi dia tak dapat fokus sebab tengah sibuk dengan telefon.

Dengan emosi yang tak stabil, aku selalu marah marah dia.

Dia suami yang baik, dan tak mudah melenting. Dia akan diam, tunggu reda dan ajak bincang kenapa aku marah marah. Dia akan bagi pandangan apa kami perlu buat supaya emosi aku stabil.

Anak aku sedang di fasa aktif. Dia baru nak belajar berjalan dan suka sangat menggigit. Aku selalu sangat marah dia padahal aku tau dia kecil lagi, bukannya faham.

Aku akan rasa bersalah selepas marah marah dia. Aku rasa aku bukan seorang ibu yang baik untuk anak aku.

Bagi aku, kehidupan aku bukannya teruk. Aku bersyukur sangat dikelilingi orang yang baik baik. Tapi, kenapa aku masih ada pemikiran negatif macam ni? Macam mana aku nak lawan semua pemikiran ni?

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *