Apakah Pilihan Yang Tepat?

Assalamualaikum warga IIUMC sekalian <3 Pertama sekali saya hendak berterima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan.

Saya seorang gadis belasan tahun dan masih lagi bersekolah. Sejujurnya saya tidak mempunyai ramai kawan dan saya tidak tahu kepada siapakah saya harus meluahkan tentang perkara ini.

Dugaan menuntut ilmu, ada hari akan rasa seronok sangat-sangat belajar dan ada hari saya rasa sangat-sangat down. Tambahan pula musim musim pkp ni susah sangat nak dapat vibe belajar.

Saya seorang sahaja anak perempuan dalam adik beradik saya dan saya seorang sahaja yang mengambil kira bahawa pelajaran itu adalah perkara yang serius.

Adik dan abang-abang saya semua tidak berminat untuk belajar tetapi masih lagi menghabiskan pelajaran mereka hingga peringkat SPM. Tapi itulah, jiwa mereka bukan untuk pelajaran.

Namun, ibu bapa saya tidak menegah atau pun marah kerana mereka tetap rajin bekerja walaupun tidak suka belajar.

Adik saya pula muda setahun daripada saya. Dia juga sama. Bukan pelajar yang mementingkan pelajaran sebaliknya hanya mementingkan game semata. Ya, ibu ayah saya tidak marah sebab mereka faham setiap anak itu ada kurang dan lebihnya.

Maka dengan itu saya rasa pula rasa serba tak kena. Saya tiada vibe untuk belajar. Di saat saya tertonggeng-tonggeng stres belajar saya rasa down sebab tiada siapa yang saya boleh jadikan contoh di dalam rumah ini.

Ibu ayah saya juga tidak belajar hingga ke universiti namun begitu saya tetap sayangkan mereka. Cuma saya rasa lemah sebab saya tengok adik beradik saya yang lain dan saya rasa cemburu.

Mereka hidup tenang tanpa perlu memikirkan soal pelajaran. Mereka bersekolah di sekolah menengah biasa di mana persaingan tidak begitu kuat. Saya pula bersekolah di sekolah elit. Yang rata-ratanya mengejar gred A bagaikan sekumpulan zombi mengejar pisang.

Makin lama saya rasa semangat saya semakin pudar. Saya sedar di rumah saya langsung tiada suasana belajar. Saya bangun pagi pagi dan mulakan online class seawal 7.30 pagi manakala adik beradik saya yang lain pukul 10 baru bangun kalau nak lambat lagi adik saya pukul 12 baru bangun.

Bila ada soalan yang saya tak faham saya perlu tunggu kawan-kawan balas yang rata-ratanya mereka juga ada kehidupan sendiri dan tiada maknanya mahu layan saya secepat mungkin.

Ya, saya boleh bertanya kepada guru tapi kebanyakan guru hanya prefer murid bertanya semasa kelas berlangsung sedangkan saya pula ialah slow learner. Paling sekejap pun tiga hari kemudian baru saya tahu apa yang patut saya tanya pada cikgu.

Cikgu pun ada kehidupan. Kebanyakan cikgu juga punya anak kecil. Saya takut kalau saya mengganggu.

Saya stres saya pendam sendiri. Susah belajar dengan keadaan tak ramai kawan. Kadang saya menangis sendiri sebab kebanyakan soalan kuiz saya tak faham sepatah habuk pun.

Jadi, saya cuba untuk luangkan masa ulangkaji semula hujung minggu walaupun memang susah. Saya akui ianya susah.

Saya cuba seimbangkan dunia akhirat saya. Saya cuba dengar ceramah dengar tazkirah dan mana mana talk yang mana mana ustaz ustazah anjurkan. Saya cuba baca benda baru selain silibus pembelajaran sebab saya tak mahu stres seorang diri.

Masalah saya yang sekarang bila setiap malam sabtu atau ahad cikgu saya mahu buat usrah pula. Usrah itu hanya usrah kecil dianggotai seramai lebih kurang 14 orang dan seorang guru sebagai naqibah.

Entah kenapa tapi saya rasa tawar hati. Setiap kali usrah saya cuba respon dan melontarkan pendapat.

Namun kehadiran saya seolah-olah tidak diperlukan sebab ada pelajar-pelajar favourite cikgu di dalam usrah dan cikgu lebih gemar menyebelahkan pelajar itu. Saya rasa tersisih. Dan kebiasaannya malam minggu saya mahu spend time dengan family sebab saya dah stres seminggu.

Jadi untuk join usrah yang saya rasa setakat ni tak beri kesan pun kepada saya. Saya lebih suka dengar ceramah atau tazkirah Ustazah Asma Harun, Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz-Ustaz lain sebab saya rasa lebih terasa teguran mereka dekat dengan saya.

Saya sudah tiada hati untuk join usrah yang berjalan dari pukul 9.30 malam hingga hampir pukul 12 pagi. Lepas itu cuma imbas semula topik minggu lepas lama-lama dan cuma tadabbur ayat dan tiada penerangan yang khusus.

Bila ada yang bertanya cikgu “apa maksud ayat ni sebenarnya?”

Dan jawapan cikgu itu “entahlah, cikgu rasa..”. Saya tak dapat langsung point cikgu itu. Macam mana dia nak tadabbur ayat sedangkan dia tidak tahu maknanya dan hanya ikut ‘rasa’ dia. Jadi, saya rasa lebih baik saya ikuti tazkirah dan ceramah yang lain.

Saya tidak pasti sama ada saya ego atau apa. Cuma kadang saya rasa terlalu tertekan tapi saya tak punya kawan untuk meluahkan. Kawan-kawan cuma cari saya untuk tanya due date assignment, jawapan exam dan sebagainya.

Dan saya baru sahaja di block oleh seorang kawan kerana saya tak perasan mesej dia yang meminta pertolongan sedangkan semasa itu saya sedang berada di dalam online class dan phone saya berada di dalam focus mode.

Entahlah susah sungguh jadi remaja seperti saya. Saya tidak tahu untuk buat apa lagi untuk menyokong diri sendiri. Kadang penat juga menangis sebab nanti mata saya bengkak. Sakit. Tapi saya penat pendam.

Mungkin ya jauh dari tuhan adalah salah satu faktornya. Mungkin saya solat tapi hati saya tidak sepenuhnya bertaut pada Tuhan.

Saya masih lagi cuba perbaiki diri dan sedaya upaya tidak menyalahkan keadaan sekeliling. Masalah kawan pun saya nak merungut macam mana kan.

Bukan semua kawan pun akan stay akhirnya dan eloklah kalau saya memang tiada kawan dari awal sekurang-kurangnya saya dapat bezakan yang mana lawan dan yang mana kawan.

Sejujurnya sejak di sekolah lagi saya selalu hilang kawan. Saya cuma diperlukan oleh kawan saya apabila mereka tiada kawan. Kiranya, saya selalu jadi pilihan terakhir hahaha.

Waktu MCO ini memang kawan yang pm saya cuma nak tanya pasal due date je. Saya pula haritu rasa macam nak jadi prihatin saya pun tolong ingatkan kawan saya seorang ini tentang due date semua assignment dan kuiz. Hari hari saya ingatkan dan semuanya dia balas.

Kadang kadang dia sendiri yang mengaku yang dia malas dan kata tengah tengok drama.

Dan akhirnya, baru saya tahu yang satu pun daripada assignment yang saya ingatkan dia tak hantar pun. Itu pun sebab cikgu mencari dia di group kelas. Tapi takpelah, kita tak tahu apa masalah dia.

Doakan saya kuat. Doakan saya dapat belajar dan faham lalu cemerlang dalam peperiksaan. Doakan hati saya kuat walau tak ada ramai kawan. Dan kalau tidak keberatan, saya ingin minta pendapat pembaca untuk solusi kepada masalah usrah saya.

Kalau bagi saya, saya ingin terus terang kepada cikgu yang saya mahu keluar dari usrah itu atas sebab sebab yang saya tak mahu elakkan. Tapi entahlah saya buntu. Bantu dan doakan saya ya :’)

Yang benar,

Seorang pelajar yang bakal kuat.

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *