Arwah Ab4ng Ipar

Hai semua. Aku disini lagi. Tetapi bukan perihal diriku, tetapi arwah abang iparku.

Abang iparku sudah ku anggap seperti abang sendiri. Dulu dia bekerja di kuala lumpur, sementara kakak aku di pantai timur.

Masa tu mereka belum berkahwin lagi. Kami duduk satu kampung. Bila arwah abang ipar aku balik kampung, mula la datang rumah usik usik kakak aku.

Kakak aku tu pulak memang pemalu. Abang iparku memang berani sebab die masuk meminang kakak aku seorang diri disebabkan abah aku dikenali sebagai orang yang agak baran aku kira.

Long short story, disebabkan keberanian abang ipar mereka pun disatukan. Mereka pun berpindah ke kuala lumpur.

Dulu masa cuti study week, aku selalu pergi rumah diorang kerana suka bermain dengan anak buah aku.

Setiap kali aku ada temuduga, dialah antara orang yang akan hantar aku ke tempat temuduga. Kalau tak dapat hantar, aku naik teksi, dia pesan siap-siap, jangan lupa catat no plat teksi tersebut.

Aku memang happy bila pergi rumah diorang sebab mereka berdua macam loving couple, jarang bergaduh.

Sampaikan aku bekerja pun, aku stay rumah diorang.

Aku tahu aku menyusahkan diorang, tetapi duit bulanan tetap aku hulur. Kalau abang ipar aku memerlukan duit pun, aku dengan rela hati hulurkan dulu.

Selepas dua tahun bekerja, aku pun berkahwin. Still aku menetap bersama kakak aku, kiranya aku pjj bersama suami aku. Tetapi sekejap jela.

Satu hari tu, kakak aku bersalin, anak no 4, dia punya gembira tak terkata sebab dapat anak perempuan.

Aku pun sindir la dia “abang, dah dapat anak perempuan ni, boleh la berenti rokok kan, hari tu dah bernazar”. Dia hanya senyum, aku pun macam dah rasa lain.

Dalam seminggu kakak aku berpantang, time tu ibu aku datang, abang ipar aku tiba-tiba sakit gastrik. Die kena cucuk malam tu.

Then, dia rasa ok sikit, dia balik rumah dia makan. So aku kira dia ok la.

Subuh esoknya, time aku nak mandi, aku terdengar nafas yang sangat laju dari abang aku,

Aku terkejut aku keluar bilik air, aku nampak kakak aku yang berpantang berlari dapatkan abang ipar aku. Dia tengah tercungap cungap.

Aku call ambulans untuk langkah yang lanjut, tetapi bila disoal dengar pertanyaan bertalu talu aku offkan telefon.

Then aku pergi panggil jiran jiran aku. Kebetulan ada seorang pak cik nak pergi surau, dia yang tolong.

So abang aku dibawa ke hospital bertemankan adik dia yang baru tiba masa tu. Aku pun tetap kena pergi kerja, aku kira keadaan abang aku biasa saja.

Selang beberapa minit aku menaiki motosikal, ibu aku call aku mengatakan abang aku dah meninggal dunia.

Aku speechless, buntu smpaikan tak terkeluar air mata aku.

Aku balik rumah aku tengok anak-anak dia menangis, kakak aku menangis. Dah aku tak sanggup tengok, aku memang turut menangis.

Bayangkan, kakak aku tengah berpantang dengan anak perempuannya yang dinanti nantikan, papanya meninggalkan mereka selama lamanya.

Kakak aku fulltime housewife. Jadi dia memang buntu untuk next step, untuk teruskan kehidupannya.

Malam tu jugak kami bertolak balik ke pantai timur, selepas post mortem dibuat. Aku dah tak sanggup tengok kakak aku. Dengan anak-anak dia meraung raung. Pedih hati aku.

Aku bantu kakak aku apa yang patut. Uruskan kwsp, perkeso, insurans dan segala hal. Kakak aku decide untuk hidup bersama ibu ayah aku di kampung. Too hard to start new life.

Hasil post morterm mengesahkan abang ipar aku chronic smoker.

Now, anak perempuan dia dah umur 8 tahun. Dah 8 tahun papanya meninggalkan kakak aku dan anak anaknya.

Selepas sebulan abang ipar aku pergi, aku disahkan mengandung. Dengan alahan teruk, dan aku rasa kosong hidup di kl, aku nekad berhenti kerja, dan duduk bersama suami aku.

Tragedi abang iparku buat aku trauma. Aku selalu tengok suami aku tidur, kalau bunyi nafas yang kuat, aku tak senang duduk.

Rindunya aku pada abang aku. Apetah lagi kakak dan anak buah aku.

Sesungguhnya Allah menguji hambanya mengikut kemampuannya kan. Kepada perokok di luar sana, sayangi diri anda, keluarga anda.

– Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *