Assalamulaikum. Sejak dua menjak ni, rasa suka nak kongsi pendapat dengan semua orang. InsyaaAllah mana yang baik boleh ambil, kalau rasa tak bermanfaat mohon abaikan. Saya dahulukan dengan terima kasih. Saya seorang wanita bujang, berumur 26 dan saya makan gaji.
Gaji. Ya gaji saya alhamdulillah tak kecik dan tak besar sangat, gaji lepasan diploma. Walaupun saya ada Master, saya suka kerja saya dan tidak kisah figura gaji saya. Komitmen wajib saya tak banyak cuma sewa rumah dan PTPTN. Jadi setelah tolak rata, baki gaji saya ada lebih kurang RM 1400.
Kemudian saya beri duit kasih sayang pada ibu ayah RM 700. (Sebenarnya saya tak bayar komitmen dulu saya transfer terus RM 700 dalam akaun ayah pada hari pertama dapat gaji bulanan.)
Alhamdulillah, Allah cukupkan saya. Setiap bulan saya dapat simpan RM 1300 -1500. Secara logik, tak logik lah kan gaji tinggal RM 700 (nak bergiant, bergoshop, bershoppee , test makan kedai hipsturr lagi) boleh simpan RM 1500 sebulan (max pernah cecah RM 2000).
Alhamdulillah Allah cukup dan tambahkan rezeki side income saya. Saya ada satu side income (ya side income perlu untuk duduk di Selangor), iaitu hometutor, mengajar ke rumah-rumah. Sedih sebenarnya waktu cuti tak dapat balik kampung sebab mengajar anak didik. Sebab demand yang tinggi saya mengajar juga anak-anak didik saya. Kalau betul2 urgent baru saya akan batalkan kelas.
Mula-mula seorang, lama-lama jadi tiga , lima dan pada bulan exam mencecah sehingga sepuluh orang.
Alhamdulillah saya percaya semua ni sebab berkat beri ibu ayah wang kasih sayang tanpa berkira. Kalau dengan ibu ayah sendiri berkira, saya yakin Allah juga akan berkira dengan kita. Sudah pasti ibu ayah akan ucapkan terima kasih dan terus doakan yang baik-baik untuk kita. Lepas dah bagi duit tu, jangan tanya apa-apa mereka nak buat apa dengan duit tu. Buat macam tak pernah bagi je (walhal bulan-bulan kita memang kreditkan).
Jadi pesanan saya khusus buat sahabat-sahabat yang saya kasihi di luar sana, sedikit mana pun gaji kita atau sebanyak mana gaji kita, hulurlah sedikit gaji atau titik peluh kita pada ibu ayah kita. Percayalah mereka tak pernah minta tapi sebenarnya mereka tunggu setiap bulan. Risau kalau-kalau anaknya, tidak dapat keberkatan. Sebab mereka juga amalkan perkara ni dari dulu daripada kita yang baru menapak bina kerjaya ni.
Ayah saya pernah kata, “Duit ni ayah sedekah surau ya.” Duit siapa tu? Duit saya! yang kadang-kadang buat-buat tak nampak tabung masjid atau surau. Mesti ada kebaikan yang akan datang balik pada kita dan kita tidak sedar.
Jadi sahabat-sahabat perantau, hulurlah amaun seiklhlas hati pada ibu ayah setiap bulan sikit banyak tak kesah, asalkan bagi. Sekian.
– ZA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit