Untuk part I, (https://iiumc.com/asam-garam-belajar-di-amerika/).
Assalamualaikum, dan selamat sejahtera semua pembaca yang mulia. Alhamdulillah, Allah swt masih lagi beri peluang untuk saya menyambung tulisan saya yang telah admin siarkan pada minggu yang lepas.
Terima kasih diatas kata kata semangat yang di tulis oleh pembaca semua untuk saya terus menulis kisah tentang kehidupan sebagai pelajar di sana.
Ada juga yang komen yang saya ni riak, nak menunjuk iman kuat, saya mohon maaf dan minta ampun dengan Allah Taala jika ada perasaan gitu.
Saya sebenarnya hanya ingin berkongsi kisah pengalaman belajar di sana dan kehidupan orang Islam disana. Tentang nama Prof Ibrahim Abd Hamid, yang ditanya oleh seorang pembaca tu, saya tak berapa ingat.
Mungkin terjumpa semasa Ijtimak Seluruh Amerika yang diadakan setiap tahun, sebab ramai pelajar-pelajar Malaysia hadir di Ijtimak tersebut.
Pada masa cuti semester, satu kali saya khuruj ke sebuah masjid di Riverside, California. Setengah hari juga drive dari Northwest tempat university saya tu.
Sebuah masjid yang tak besar mana, Kalau di Malaysia, kita panggil surau je Tapi kat USA, semua nya di panggil masjid walaupum saiznya kecil.
Kadang-kadang masjid di Amerika ni ada yang asalnya sebuah gereja, dan di beli oleh orang Islam dan diubah menjadi sebuah masjid,
Ada juga masjid ini bersambung dengan deretan kedai-kedai lain seperti sebuah masjid di bandar San Fransisco.
Ianya terletak sebuah corner lot dalam bandar San Fransisco, dan parking agak terhad dan kenderaan selalu sibuk kerana terletak dalam pusat bandar (down town).
Dalam jemaah kami terdiri dari enam orang ahli jemaah rasanya. Amir Shab (Ketua) jemaah ialah brother dari Pakistan yang telah agak berumur. Saya namakan Pakcik ni Iqbal.
Br, Iqbal ada mempunyai anak lelaki di California dan bekerja dengan sebuah bank di sini.
Semasa keluar Br Iqbal pakai pakaian ala pakistan, kurta dengan seluar besar dan baju labuh seperti yang kita selalu tengok cara berpakaian orang Pakistan. Dalam jemaah kami ada pelajar melayu, pelajar dari Mesir dan Pakistan dll.
Cuaca di negeri California, sebelah barat Amerika ni, selalu panas dan udaranya kering. Negeri California ni luasnya dah seperti luasnya Semenajung Malaysia.
Biasanya susah nak jumpa orang Islam. Yang datang datang solat pun tak ramai boleh bilang dengan jari kecuali pada hari jumaat ramailah juga yang datang solat jumaat.
Biasanya selepas asar kita buat ziarah jumpa orang Islam. Tapi di sini orang Islam tinggal merata dan jauh-jauh dari masjid dan kita pun tak tahu alamat mereka.
Tapi ada seorang muslim American ni, dia pun covert juga, dia juga join jemaah Dakwah, nama dia Br. Yusuf rasanya.
Pada masa itu belum ada internet, google map dan sebagainya. Br Yusuf ni akan sediakan lembaran peta dan tanda kedudukan rumah orang Islam di kawasan ini.
Ada yang tinggal jauh sampai 20 batu (di Amerika mereka masih gunakan batu (mile) ukuran jarak mereka), kita pergi cari mereka, menaiki kereta, berpandukan peta tersebut.
Kadang-kadang kita pergi ke kawasan perumahan dan cari nama nama orang Islam pada peti-peti surat, yang diletakkan di pintu masuk ke perumahan tersebut.
Di pintu masuk perumahan diorang akan sdediakan peti-peti surat apartment yang ada dalam kawasan tersebut.
Jadi bila kita masuk kawasan aprtment kita terus buka peti surat melalui tingkap kereta, tak perlu turun dari kereta, untuk ambil surat dari dalam peti surat.
Ianya juga memudahkan posmen untuk menghantar surat,
Posmen tak perlu untuk pergi ke setiap pintu apartment untuk menghantar surat, hanya perlu letak dalam peti surat kita mengikut no apartment yang tertulis pada peti surat tersebut.
Daripada maklumat pada peti surat tersebut Kita catit nama dan no apartment diorang dan kita pergi ziarah diorang.
Kadang kadang bila kita ketuk pintu dan dibuka pintu kita akan tanya dia muslim atau tidak, ada juga kita jumpa yang selamba kata, “We are not Muslim” walaupun nama dia macam muslim.
Kita sedih jika dia asal muslim tapi dah tak mengaku muslim bila tinggal di Amerika ini. Ada juga yang muslim dan datang ke masjid join program ilmiah kita, tapi tak berapa ramai.
Satu pagi kita buat Majlis Taklim, yang di ketuai oleh Br. Saad dari Mesir yang baca taklim dari kitab Riadhussalihin, karangan Imam Nawawi (rah. ) yang masyhur itu.
Sekitar jam 10 pagi. Keadaan di sekitar agak sunyi kerana masjid terletak dalam penempatan yang tidak sibuk.
Sedang majlis Taklim berlangsung,, tiba-tiba muncul seseorang di pintu masjid, seolah olah ingin bertanya sesuatu.
Br. Saad menyuruh saya pergi menjengok apakah yang dikehendaki oleh orang tersebut. saya terus bingkas bangun dan menuju ke pintu masjid yang tak berapa jauh.
Bila saya tiba dipintu masjid,
Saya agak terkejut kerana mendapati dihadapan saya tercegat berdiri seorang American Black Woman berdiri tercegat disitu, sambil tersenyum manis, memakai sweater warna cerah, berlengan panjang, dan berseluar jeans warna gelap.
Wanita itu berambut panjang hingga kebahu,…”Yes, maam… can i help you”, saya terus menyapa dia,
Dengan yakin wanita itu menjawap, “I want to be a Muslim”, … kaget saya dan terkejut juga. ‘Out off no where’ tiba tiba American Woman ni muncul nak masuk Islam.
“Brother….. she want to be a muslim”, laung ku kepada Br Saad. Apalagi, bila mendengar kenyataan saya, terus saja Br. Saad yang berjubah putih masa itu, menutup Kitab Taklim dan bergegas berjalan ke pintu masjid.
Br Saad dengan tenang bertanya sesuatu kepada wanita tersebut dan setelah yakin bahawa wanita itu memang dah bersedia untuk masuk Islam pada masa itu juga, Br Saad bersetuju untuk terus mengadakan upacara syahadat oleh wanita itu.
Tiba tiba Br. Saad seperti mencari sesuatu. ” Oh here”, dia nampak serban hitam yang saya pegang dan terus mencapainya. Kelakar juga Br. Saad ni.
Dengan selambanya dia ambil selendang saya. Disatu hujung Br. Saad pegang dan dihujung yang satu lagi disuruh wanita itu pegang.
Biasanya kalau orang lelaki yang ingin mengucap syahadah, nak masuk Islam, kita salam dengan dia dan ajarkan dua kalimah syahadat. Ni mungkin sebab perempuan, Br Saad tu buat isyarat pegang hujung kain je.
” Ok.. you follow after me, saying,… I bear witness that there is No God but Allah dan Muhammad saw is His Prophet of Allah”, dan wanita itu mengikuti nya dengan lancar.
Maka Islamlah dia sebagaimana yang dihajatinya. Alhamdulillah. Ulama kata kalau seseorang itu masuk Islam ditangan kita maka Syurga lah ganjaran untuk pembimbing tersebut. Wallahuaklam.
Alangkah gembiranya kami ahli jemaah bila dapat membawa wanita itu kepada cahaya Islam, walaupun tak pernah jumpa sebelum ini dengan wanita tersebut.
Begitulah, ulama kata, kita buat usaha, Allah swt hantar orang datang masuk Islam.
Sedikit sebanyak ianya menyuntik semangat kami untuk terus buat usaha Dakwah cara Nabi saw, walaupun di sini orang Islam lain tak berapa nak layan pun, mungkin kerana mereka sibuk dengan tugas masing masing.
Tapi walau macamana pun masjid kenalah mereka datang dan hidupkan.
Masjid dah cantik, lengkap dengan dapur, peti sejuk dll, seperti dapur rumah kita, tapi kurang orang Islam yang datang.
Waktu malam ada ramai lah sikit dan hari Jumaat atau solat Raya, baru kita nampak ramai orang Islam datang solat berjemaah.
Kita buat usaha dakwah di tempat lain, mungkin Allah Taala tunjukkan hasil ditempat lain. Kita buat usaha di Malaysia tapi orang Amerika yang masuk Islam.
Gitulah contohnya ulama bagi tamsilan. InshaaAllah boleh kongsi-kongsikan kisah saya ini moga tersebar kebaikan.
Pembaca semua boleh juga komen agar saya boleh tingkatkan mutu penulisana saya lagi dan harap maaf jika ada salah silap dari pihak saya. Wassalam…
– Zaki (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit