Assalammualaikum dan Hi Pembaca,
Tujuan share confession ni sekadar kongsi ilmu semata-mata sebab ramai yang tak tahu dan tertanya-tanya, jadi saya share ilmu yang saya ada agar bermanfaat untuk semua bumiputera kita.
Amanah Saham Bumiputera (ASB) ?
Apa tu ?
• Sebuah dana amanah saham untuk bumiputera Malaysia.
• Buka akaun ASB RM10.
• Setiap individu layak melabur maximum RM200,000 dalam akaun ASB.
Persoalannya ada ke kita sejumlah wang RM200,000 untuk labur dalam ASB ?
Kata kan kita mampu simpan RM537/bulan tanpa “miss” setiap bulan tanpa keluarkan dalam masa 12 bulan dan dividen diambil kira atas 6.5%+0.5%=7%.
Ok dekat sini saya tunjuk perbezaan dalam kiraan dividen.
Nilai Sijil + Dividen = Jumlah Simpanan.
ASB SAVING
-•-•-•-•-•-•-
Bulan 1: RM537+(RM537 x 12/12 x 7%)=RM574.59
Bulan 2: RM537+(RM537 x 11/12 x 7%)=RM571.46
Bulan 3: RM537+(RM537 x 10/12 x 7%)=RM568.32
Bulan 4: RM537+(RM537 x 9/12 x 7%)=RM565.19
Bulan 5: RM537+(RM537 x 8/12 x 7%)=RM562.06
Bulan 6: RM537+(RM537 x 7/12 x 7%)=RM558.93
Bulan 7: RM537+(RM537 x 6/12 x 7%)=RM555.80
Bulan 8: RM537+(RM537 x 5/12 x 7%)=RM552.66
Bulan 9: RM537+(RM537 x 4/12 x 7%)=RM549.53
Bulan 10: RM537+(RM537 x 3/12 x 7%)=RM546.40
Bulan 11: RM537+(RM537 x 2/12 x 7%)=RM543.26
Bulan 12: RM537+(RM537 x 1/12 x 7%)=RM540.13
Tambah bulan 1-12
Jumlah : RM6,688.33
ASB FINANCING
-•-•-•-•-•-•-•-•-
• Pinjaman yang kita buat di Institusi Kewangan dan wang itu dilaburkan sepenuhnya di dalam akaun ASB kita.
• Contoh :
Pinjaman/Sijil : RM100,000
Interest Bank : 5.0%
Monthly : RM536.82
Dividen : 7%
Takaful : RM0
Jadi wang sejumlah RM100,000 akan di masukkan ke dalam akaun ASB dan kita layak dapat dividen atas RM100,000.
Kiraan dividen : RM100,000 x 7% = RM7,000.
RAMAI YANG TAK TAHU, BAYARAN BULANAN ITU AKAN DI BAHAGI KEPADA INTEREST BANK DAN PRINCIPAL.
PRINCIPAL BANK AKAN KEMBALIKAN APABILA KITA TAMATKAN SIJIL SAHAJA.
Untuk Sijil RM100,000 selama setahun, Jumlah Principal yang terkumpul adalah RM1,475.35.
Maka keuntungan ASBFinancing dalam masa setahun adalah RM7,000+RM1,475.35=RM8,1475.35.
Nampak tak ?
Kiraan dividen ASB adalah berdasarkan baki simpanan terendah setiap bulan.
RALAT : Post ini hanya sekadar kongsi ilmu dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.
– Mimi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit