Asbab Bersalin Swasta

“Membazir je bersalin hospital swasta, buang duit je”. Aku terasa nak share pengalamanku lepas disajikan dengan statement ni.

Aku gelarkan diriku lily, sudah berkahwin dan Alhamdulillah tahun kelima sudah memiliki zuriat, yang mana dilahirkan di hospital swasta.

Jujur aku ckp, sepanjang 9 bulan pregnant, kami suami isteri asyik dibuai2 dengan keputusan nak bersalin mana? Hosp government atau swasta?

Nak kata kaya tu, memang tahap biasa sahaja, kalau kami nak kan something yang ongkos tinggi perlu lah menabung awal. Gitu.

Ni anak pertama kami selepas bermacam2 usaha TTC kami lakukan, seboleh nya mahu sama2 sambut bayi depan mata.

Keadaan pkp pula masa ni, memang hosp gov tidak allow suami teman isteri bersalin. Fikir punya fikir, suami aku nekad untuk hantar aku bersalin swasta,

sebab dia mahu ada di sisiku dan cahaya mata kami nanti. Maka kami pun usha2 la segala jenis hospital swasta yang sesuai dengan kemampuan kami. Idok ler yang sampai puluh ribu untuk normal delivery.

Setelah lama mencari, kami jumpa y berpatutan (range 3K normal) dan doktor nya perempuan.

Azam kami untuk bersalin normal, dan extra bajet kami sediakan bawah 10K in case terpaksa czer/complication/etc. Lokasi agak jauh dari rumah, dalam 2 jam tapi kami tawakal. Yakin Allah permudahkan.

Bermulalah episod tanda2 nak bersalin. Di usia 39 minggu 2 hari di waktu maghrib, aku terasa movement baby kurang dari biasa.

Mula2 kami pergi ke klinik dahulu. Yela, nak pi hospital jauh kan.. so better confirm di klinik untuk kepastian. Doctor klinik terus bagi surat referral sebab kemungkinan bakal bersalin.

Malam tu sempat aku minta kat suami, nak tidur rest jap. Aku request esok nya baru ke hospital. Pukul 1 pagi, tetiba aku terjaga dengan cadar katil basah.

Cuak giler masa ni, terfikir dah leaking ke apa. Terus kejut suami, terlompat dia dari katil, grab segala jenis barang persediaan bersalin bawa masuk kereta.

Nak call ambulans takut tak sempat. Maka dengan lajunya dia bawa kereta, semua traffic light di langgar nya. Bayangkan 2 jam perjalanan asal, agak sempat sampai on time tak? Haha.

Kalau2 korang terjumpa kereta yang laju semacam ala2 ambulans tu, bersangka baik lah situasi nya macam kami, isteri nak terberanak dalam kereta so terpaksa laju. Alhamdulillah masa suamiku pecut ni, jalan lengang dan kereta lain pun bagi laluan.

Sampai je hospital 3 pagi, kami buat swab test. Aku terus diusung masuk untuk check. Rupanya bukaan dah 4cm oii.. Terus kena tahan.

Contraction dah mula rasa on off. Suami teman di sisi, genggam tanganku bagi semangat. Sempat lagi masa tengah contraction tu, terngidam nasi lemak tepi jalan yang berbungkus daun pisang sebelum bersalin. Ntah mana la laki aku nak cari tengah2 pagi buta ni kan.

Tapi gigih juga dia cari lepas subuh demi aku.

Pukul 8 am, aku dah ditolak masuk labor room. Suami ku disebelah, bagi semangat di saat aku makin terasa sakit nya. Ya Allah baru ku tahu gini sakit bersalin nya. Sebab tak tahan sangat, aku terima je untuk sedut gas lepas di offer oleh nurse.

Few hours later, bukaan dah cukup untuk baby keluar. Bermula lah sesi teran bayi. Masa ni laki aku diminta berdiri di belakang doctor.

Nurse yang pegang kiri kanan ku bagi arahan. Aku dah separa mamai, mungkin banyak sangat sedut gas awal tadi.

Yang pastinya selepas aku tahan sakit teramat, habis tenaga dan once bayi keluar, aku cuma sekilas pandang suamiku dan doctor. Kelihatan

Muka mereka agak pucat. Then aku terus tak sedar kan diri.

Aku sedar ngam2 dengan timing nurse hantar baby untuk disusukan, dan suami sedang genggam tanganku di sisi. Mata dia merah, fikirku mungkin dia menangis kut.

Tapi kenapa? Sambil aku susukan baby, suamiku menangis dan cium dahiku berulang2. Dia minta maaf atas salah dia padaku, berjanji jagaku dan anak ini sebaiknya. Dia terbayang2 moment aku bersalin tadi, sangat pilu dan sebak.

Suami pun cerita lah detik mendebarkan tadi. Rupanya semasa bersalin, ada sedikit komplikasi – semasa aku fokus teran, posisi baby tiba2 berubah, bahu tersangkut.

Tak tersangka koyak dari perineum hingga ke dubur, hampir2 ke tahap 4. Suamiku terlalu pilu tengok masa tu, speechless dengan kondisi terburai bagai.

Darah pula memancut2, doktor terpaku kejap sebab terkejut. Suamiku dan doktor punya ekspresi muka memang nampak pucat.

Rupanya aku tumpah darah teramat banyak, 2x ganda berbanding orang yang tumpah darah biasa. Alhamdulillah keadaan masih terkawal. Aku tak perlu ditahan.

Sambil cerita tu, berulang kali suamiku ucap sayang dan terima kasih atas pengorbananku lahirkan zuriat kami.

Aku nak pi mandi pun, dia tak allow nurse buat. Dia yang papah aku, mandikan, pakaikan baju, makan pun dia yang suap. Ya Allah moment paling bahagia aku rasa saat ini.

Sekarang baby dah 6 bulan. Nak tahu apa hikmah suamiku spend duit untuk aku bersalin di hospital swasta?

Dia dapat saksikan dan temankan saat aku deliver baby, dia boleh jaga aku, dia boleh luang masa di awal2 kelahiran anak kami. Hingga kini, aku dilayan macam puteri. Haha.

Memasak, Kemas rumah, basuh baju, prepare barang2 bayi, cuci itu ini semuanya suami yang buat. Tugasku? Menjaga baby sahaja. Kadang tu aku kesian gak, dia sampai tak rehat lunaskan semua kerja rumah.

Aku nak tolong, tapi dibalas nya “Ini je yang abang mampu buat berbanding sayang yang berkorban separuh nyawa lahirkan anak abang.” semoga berterusan hingga akhir hayat aamiin aamiin.

Kadang ada lah juga aku curi2 tolong kalau dia tertidur awal penat. Tapi nanti kena bebel sikit2 gitu je lah.

Pengalaman setiap orang berbeza. Yang pastinya, asbab keputusan kami untuk bersalin di hospital swasta, kami berpeluang merasai pengalaman dan memori yang akan diingati selalu.

Sempat juga suami rakam beberapa gambar dan video sejurus beberapa saat lepas baby keluar dengan muka cebik nangis nya, tatapan buat kami sekeluarga. Fresh from oven uols.

Iya kami menabung berbulan2 juga demi nak usahakan supaya suami boleh ada di sisi semasa bersalin.

Semua nya terasa berbaloi. Andai ada rezeki zuriat kedua, dan hospital gov sudah benarkan suami untuk teman bersalin, aku mahu cuba di hosp gov pula. Semoga semuanya dipermudahkan. Hehe.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *