Asbab Ujian

Hai nama aku Yuki dan aku seorang perempuan. Apa yang aku nak ceritakan ini hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman sahaja.

Aku kenal dengan si A waktu aku kerja di selatan tanah air dulu. Hubungan kami pada mulanya hanyalah sekadar kawan biasa.

Kitorang selalu berkomunikasi hanya untuk urusan kerja saja. Suatu hari,waktu tu aku kena pergi outstation dekat pantai timur selama 7 hari dan aku sambung cuti 7 hari lagi sebab aku ada masalah keluarga.

Selepas 2 minggu aku kembali masuk ke pejabat, si A ajak aku keluar makan malam.

Mulanya aku tak nak sebab aku tinggal dengan mak ayah aku jadi diorang tak benarkan aku keluar malam tanpa ada teman. Jadi aku ajak rakan baik aku untuk teman aku malam tu.

Rupanya tujuan dia ajak aku makan malam sebab dia nak confess kat aku yang dia sebenarnya sukakan aku selama ni. Aku agak terkejut sebab sebenarnya doa aku termakbul.

Sebenarnya waktu kitorang berkawan, aku memang ada sedikit perasaan dekat dia tapi aku taknak terlalu ikutkan hati aku ni sebab hati kan berbolak balik. Jadi aku memang pendam saja semua tu sorang-sorang.

Setiap kali aku solat aku akan berdoa minta Allah berikan petunjuk pada aku dan aku serahkan semuanya pada Allah.

Lepas dia confess tu aku minta dia fikir dulu betul-betul. Tak lama lepas tu kitorang declare dan aku minta dia datang jumpa mak ayah aku sebab aku nak mak ayah tahu dengan siapa aku berkawan.

Dia datang dan kenal-kenal dengan family aku dan dia pun ajak aku jumpa dengan family dia. Dia ajak aku bertunang selepas 2 bulan kitorang declare.

Aku okay saja sebab aku memang tak suka dengan hubungan yang takde hala tuju.

Waktu kitorang in relationship kitorang just panggil nama sahaja atau ‘awak saya’ sebab aku tak suka dengan panggilan manja ‘abang sayang atau b’ semua tu la.

Satu hari dia cakap dia kena balik kampung sebab mak ayah dia suruh balik ada perkara nak bincang. Aku fikir maybe nak bincang hal pertunangan kitorang la kot.

Selepas dia balik dari kampung, aku perasan dia macam berubah sikit. Bila aku tanya dia hanya jawab sepatah sepatah. Aku bersangka baik mungkin dia penat dengan kerja.

Selepas sebulan, dia ada tanya aku yang dia ni baik tak untuk aku. Aku pelik sebab sebelum ini dia tak pernah tanya soalan macam tu.

Aku ajak dia berbincang dan dia kata dia nak cari kerja yang lebih baik sebab dia nak kumpul duit kahwin. Aku agak keberatan sebab tempat kerja baru dia agak jauh.

Aku curious sebab setahu aku gaji dia bukanlah rendah pun sebab dia pernah cerita dekat aku.

Aku cakap kat dia tak perlu nak bazirkan duit untuk majlis nanti, kita buat setakat kita mampu saja. Dia berkeras nak pergi jugak sebab dia kata ini peluang yang dah lama dia tunggu.

Jadi aku hormat keputusan dia dan dia pindah kat tempat kerja baru tu.

Hari berganti hari, hubungan kitorang masih sama lagi. Kitorang memang jarang bergaduh. Tetiba satu hari kawan aku whatsapp aku tanya yang kitorang dah break ke?

Aku pelik la sebab takde angin takde ribut tetiba kawan aku tanya macam tu. Kawan aku ajak aku jumpa selepas balik kerja so habis saja waktu kerja kitorang jumpa dekat kedai selalu kitorang selalu lepak.

Kawan aku sebenarnya dia serba salah nak bagitahu aku tapi dia tak nak aku terkejut nanti. Kawan aku tunjukkan satu gambar dan gambar tu adalah gambar pernikahan si A. Aku tak tahu nak respon macam mana masa tu.

Aku hilang kata-kata sebab aku tak sangka selama ini aku dah kena tipu dengan orang yang aku sayang.

Bila aku minta perjelasan dari A dia langsung tak reply whatsapp aku dan dia tak pernah minta maaf kat aku dengan apa yang telah berlaku.

Waktu tu aku betul-betul down. Berbulan-bulan aku ambil masa untuk move on dan aku selalu ingatkan diri aku yang Allah sayangkan aku sebab tu aku terpilih untuk terima ujian ini.

Setiap kali selepas solat aku mesti menangis sebab aku nak hilangkan beban yang aku tanggung ini.

Aku bangun solat tahajud untuk minta kekuatan dari Allah. Waktu tu hanya Allah tempat aku luahkan semua yang aku rasa.

Sebelum ini mungkin aku doa sekadar yang aku nak tapi selepas aku diuji aku betul betul berdoa dan minta pada Allah.

Ujian yang aku tak pernah sangka aku akan dapat dan asbab ujian ini juga aku makin dekat dengan Allah dan aku cuba berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Banyak lagi perubahan yang berlaku tapi aku taknak cerita takut jadi riak pulak nanti.

Aku tak rasa rugi bila aku tak dijodohkan dengan orang yang aku sayang tapi aku rasa rugi kalau aku tak diuji oleh Allah kerana disebalik ujian tu terselit begitu banyak hikmah dan kebaikan.

Aku cuma harap lepas ni aku tak bertemu dengan orang yang salah lagi. Aku gembira sebab Allah berikan aku peluang untuk aku berbakti kepada kedua ibubapa aku dan juga untuk aku capai impian aku.

Pesan aku, walau seberat apa pun ujian datang pada kita,jangan berputus asa dan sentiasa bersangka baik pada Allah kerana Dia maha Mengetahui segala-galanya. Sekian.

– Yuki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *