Cerita ni berlaku December tahun lepas. Macam ni ceritanya.
Lepas balik keje shift malam dpt satu mesej, satu client duduk dekat shah alam nak jumpa aku tanya pasal apa dia tak lepas beli rumah lepas buat ASBF.
Haha yang best nya, dia bukan client aku, dia bukak ASBF dgn org lain, tapi kacau aku.
Takpelah, sebab sedara seislam punya pasal aku tolong. Tengah hari tu jumpa kat kedai mamak.
Dia cerita macam2, dia buat ASBF dah beberapa tahun, nak kumpul modal beli rumah. Lepas submit loan, loan tak lepas, abg kat bank kata encik ada ASBF, maaf ye, loan encik tak lepas.
Apa lagi, menyirap la darah dia weiii… Lepas tu terus contact consultant dia, yang best, consultant dia boleh bluetick je mesej dia, aduhhh.
Kawan ni gaji kecik, keje kilang, buat ASBF, pastu nak beli rumah. Submit2 loan umah, tak lepas. Okay, dia mcm ni, untuk sapa2 yang nak beli rumah, kiraan DSR adalah sangat2 penting, contoh dia gini…
Katakan DSR maksimum bank yang dia submit loan tu 40% untuk gaji bawah RM3500. Gaji dia sebulan RM900, 40% dari RM900 ialah RM360, so maksimum komitmen dia cuma RM360 je sebulan. Dalam kata lain kalau dia nak beli rumah, kena cari rumah yang bulan2 cuma RM360 dan ke bawah.
Dengan gaji RM900, nak beli rumah harga 100k, installment umah lebih kurang RM500 sebulan, ada asbf RM100 sebulan. Total komitmen lepas beli rumah ialah RM600, HAHAHA, lebih RM240 dari maksimum komitmen dia iaitu RM360 je patutnya sebulan.
Tu sebab tak lepas loan umah kau, masalah utama bukan ASBF, TAPI GAJI KO KECIK, kau terminate ASBF RM100 sebulan, loan umah saja 500 rgt sebulan, HAHAHA tetap tak lepas wei, kau terlebih RM140 dari maksimum komitmen kau sebulan.
Bukan sebab ASBF sebenarnya, yg bestnya depa suka ckp sebab ASBF. Orang jadi salah faham kot.
Senang je jalan penyelesainnya, cari tempat lain yang boleh bagi kau DSR maksimum yang lebih tinggi, ada yang bg sampai 60% sebulan.
Okay, dengan segera lepas pukul 2 petang, aku bawak mamat ni pergi urus loan umah dia. Mula2 kita pergi tempat yang reject loan dia, terus aku ckp ngn abg kat situ,
“tuan, ASBF ni boleh terminate bila2 masa, kalau client saya ni terminate skrg jugak, tuan boleh jamin loan rumah dia lulus???”
Haaaa, terkebil-kebil dia nak jawab, arr arr, tergagap-gagap terus.
Okay setel, client saya terus faham, so, kita bawak pergi tempat lain, submit semula, Alhamdulillah lepas 2 minggu dapat mesej loan rumah lulus.
Kesimpulannya ialah, nak beli rumah tu biar ada ilmu di dada, tahu berapa kemampuan korg, bukannya gaji 6k confirm mampu beli rumah, gaji 1k tak mampu.
Orang gaji 6k pun, naik kete mewah2, personal loan beribu riban, asyik2 pergi melancong, makan mewah2, duit simpanan tak ada, hutang berlambak, DSR pun tak tau mende, haha nak beli rumah 100k pun tak mampu weiiii… so pergi la belajar.
Pastu bila org suh menyimpan ngan ASBF nanti la, haram jadah la, aduhai, suh simpan duit pun payah, hm.
And please, jgn salah faham, kebanyakan org tak lepas beli rumah kadang2 bukan sebab ada ASBF, kadang sebab gaji dia kecik, haha kadang sebab personal loan berlambak mcm apa, padahal ASBF RM100 je sebulannnn, tu yang tak lepas beli rumahhhh.
Sekian luahan hati saya, haha.
– AFBA
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit