Ash 9 Tahun Lalu

Hi, salam sejahtera everyone. Tak tahu nak start macamana, nak tulis lagumana. Setiap orang ada “first love” dalam kehidupan masing masing.

Macam aku, first love aku beri nama Jo kenal masa form 3 cuti hujung tahun. Orangnya tall dark hensem di mataku.

Both family tahu kami in love, walaupun awalnya mak aku tak suka tapi aku ada abang yang selalu ada dibelakang untuk membela.

Jo dari keluarga yang aku rasa baik baik saja. Situasi mak Jo dengan mak aku sama iaitu isteri pertama. Cukup untuk berbasa basi mari kita undurkan semula ke 9 tahun yang lalu.

Aku dan Jo dari kelas yang berbeza. Aku kelas tengah Jo kelas hujung, setiap pagi begitu semangat untuk ke sekolah sebab ada “love” boleh “ngedate”.

Siapa pernah tengok cerita Dilan 1990, macamtulah lebih kurang kisah kami bezanya Jo tiada motor.

Babak Dilan bertumbuk dengan Anhar itu amat kena pada ku, sebab Jo pernah bertumbuk dengan rakan sekelas ku namanya An disebabkan An mencalarkan maruah ku. Darah muda gitu kan.

Masuk fasa form 5, hubungan kitaorang ada problem sikit, sebab masa tu nak fokus SPM la katakan, pasang surut percintaan haha.

Rupanya bukan aku saja yang rasa Jo ni hensem, ramai junior berminat dengan Jo siap nak jadi adik angkat.

Habis spm, hubungan aku dan Jo okay semula then kita decide untuk pegi ke ibu negeri jelajah dunia luar, sebab kami berdua dari daerah terpencil.

Aku belajar dekat salah satu kolej yayasan dekat ibu negeri dan Jo stay tempat kakak dia.

Tengok wayang, round round bandar dan kemana saja berdua. Rasanya dunia aku yang punya. Orang lain menyewa saja. Haha.

Short story, bapa ku sakit dan terlantar di hospital aku terpaksa berhenti belajar dan lepastu panggilan PLKN menyeru kami untuk mnyertai dan kami sertai.

Awalnya semua baik baik saja, aku berjumpa kawan baru ku beri nama lailersss dan sistersss. Lailerss ni bersuara serak dan sangat baik. Aku pula seorang yang manja.

Jadi 3 bulan dekat kem tu lailerss dan sistersss la yang jadi mak dan family untuk aku. Biasa la PLKN kan hp dapat seminggu 2 kali sahaja. Hubungan aku dengan Jo ada crack sikit.

Fast foward, seminggu sebelum plkn berakhir baru aku ketahui bahawa lailersss dan Jo ada affair kat belakang aku. Bayangkan since 2014-2017 everything smooth tanpa ada orang ketiga.

Kusangka cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Huhu. Habis plkn, aku dan jo balik ke daerah kami dan hubungan kami masih baik baik saja tapi aku suda terluka tapi tak ingin membesarkan isu.

Raya haji 2017 adalah momen terakhir aku di kampung dan membawa diri ke ibu kota untuk bekerja dan mengubati hati yang luka.

Disini aku kerja, kerja dan kerja sampai akhirnya hubungan yang dipertahankan terputus di tengah jalan.

Masa tu ada kawan kerja, roomate sedihnya tidak seberapa dan aku terus cari partner baru supaya aku boleh move on dan lupakan Jo.

Malangnya tidak, sampai ke harini Jo masih ada dalam memori ku. Tidak tahu harus ku luahkan bagaimana, tapi masa sudah tidak dapat di undurkan semula.

Hanya kenangan saja yang ada, Jo dan Ash sudah lenyap di telan Covid ataupun masih macamana susah aku huraikan.

Dan di 2023 ini, satu benda yang aku baru belajar sesungguhnya MOVE ON adalah satu benda yang sangat menyakitkan untuk aku.

Bak kata orang “tidak semua orang hidup dalam dunia nyata kita, sesetengah hanya berada dalam memori saja”.

Pernah dengar lagu Glimpse of us? Begitulah situasi ku. Terima kasih sudi membaca cerita ku dan doakanlah yang terbaik buatku, Ash.

– Ash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *