Admin tolong up confession aku ni.nak viralkan pon takpe biar bukak mata.
Aku baru2 ni nak apply pegawai kadet.so,mintakla pendapat senior2 ok ke tidak.feedback yang aku dapat sangat2 menyedihkan.
wahai askar2 melayu,jadi askar bukan lesen untuk korang jadi besar kepala,pembuli.nak buli pegawai2 muda pon agak2 lah.jangan gunakan alasan nak uji ketahanan mental la sebab ragging yang korang buat tu takde pape pengajaran pon. Cume lebih serlahkan sifat kebinatangan korang je.
Aku kecewalah bila dengar luahan senior2 setiap bulan tak cukup duit,berhutang keliling pinggang.sampai nak hantar pada mak ayah dan bini pon tak cukup.sebab ape??sebab menanggung kegiatan maksiat pegawai2 atasan.macam ni ke askar melayu??islam ke tidak ni??dah la korang aniaya pegawai2 muda,lepas tu ko libatkan dorang dalam kegiatan maksiat korang.bila dinasihat,lagi teruk kene ragging.ni bukan mental,ni binatang.
Ade pegawai muda yang sampai tak jadi kawin dek kerana ragging korang yang tak bertempat.ni apa ni.ape kebaikan yang korang buat ni untuk negara?benda macam ni la buat orang taknak sertai angkatan tentera malaysia.kita bukan sahaja nakkan tentera2 yang ade kekuatan mental.kita nakkan tentera2 yang bermoral juga.
Aku faham dalam tentera mmg diajar kerja dalam tekanan,bersedia sebilang masa,patuh pada arahan.sistem ni bagus.tapi yang tak bagusnye bila kau dah senior,dah ade kuasa,kau tindas orang lain,kau pijak pegawai2 junior atas alasan latih ketahanan mental.
Aku tau ramai yang masuk tentera sebab tertarik dengan profesion ketenteraan.pakaian kemas,prospek pon terjamin.ade jugak yang ikot2 kawan je tau2 dapat pemilihan.yang nampak bagus tu luaran je,yang baik je.yang teruk tu tersimpan kat dalam kem.kalau nak tau yang teruk tu ha silalah.
Tujuan aku konfes ni bukanlah nak kondem.cuma nak buka mata angkatan tentera malaysia dan juga orang2 awam yang nak sertai tentera.aku menggesa pantaulah kegiatan2 pegawai2 tentera melayu ni.arak,zina dah macam perkara biasa.macam mana Allah nk bantu korang dalan peperangan kalau korang hidup begelumang maksiat.
Buat orang2 awam yang nak sertai tentera or jadi pegawai,fikirlah masak2.once korang dah join,takde patah balik.nak menyesal pon takde guna.hidup korang akan berubah 360 darjah.tido brape jam je sehari.kalau yang dah berkeluarga,masa dengan keluarga akan jadi kurang.kalau kluarga yang memahami takpe la.kalau yang susah nak faham kesiap siagaan tentera ni boleh jd konflik rumah tangga.ramai je pegawai2 muda yang rasa menyesal bila dah posting.tapi apakan daya.
Walaubagaimanapon,ni atas pilihan masing2.dan tak semua unit alami benda ni.nasib baik dapat unit yang ok,ok la.dapat masuk unit sarkis,jadila bahan.so tepuk dada tanya selera.
Akhir kata,profesion ketenteraan pilihan yang bagus.namun sistem yang ade sekarang harus diteliti dan buat penambahbaikkan.semoga ada kebaikan buat kita semua.time kasih
– pakcik kordi nak masuk tentera