Assalamualaikum semua. Saya dah tak tahu dengan siapa saya harus meluahkan perasaan sebagai seorang Mama.
Saya pun tak faham, macam saya ni tiada hak ke untuk buat luahan atau memberi pendapat kepada mak-mak rakan anak saya dan pihak sekolah?
Dipendekkan cerita, begini kisahnya. Saya terbaca mesej anak saya dengan seorang budak. Budak tu sering menyuruh anak saya buat itu dan ini, tidak kira waktu.
Jadi, saya memang tidak berpuas hati. Saya luahkan dalam grup keluarga yang mana mak, ayah, dan cikgu berada dalam grup tersebut.
Selang beberapa saat, saya dapat panggilan yang meminta saya padam semua mesej saya dengan segera. Katanya penting! Jadi, saya pun padam.
Saya lihat ada dua, tiga orang telah membacanya. Kemudian, nombor yang call saya tadi menghubungi saya kembali.
Dia beritahu, kalau boleh jangan buat luahan atau aduan dalam grup tu sebab semua di dalamnya tak akan membantu, malah memburukkan lagi keadaan.
Mak kepada salah seorang murid dalam grup itu menyarankan, kalau boleh terus beritahu pada guru besar.
Sebab apa perlu terus ke guru besar? Sebab katanya, kalau beritahu kepada guru yang bertugas, tidak akan ada tindak balas.
Begitu juga mak ayah dalam grup tersebut, bagi mereka, perkara ini normal sahaja. Itu pengalaman yang terjadi pada anaknya juga—bertahan sehingga ke hari ini.
Kemudian, masuk lagi satu mesej luahan kepada saya. Katanya, anak dia pun mengalami perkara yang sama seperti anak saya—disuruh itu dan ini—dan ibu itu pun tidak berpuas hati.
Yang buat saya tak faham, kenapa mereka takut sangat untuk membuat aduan?
Keesokannya, anak saya bagitahu saya yang kawan-kawannya semua memulaukannya kerana mesej saya telah viral.
Ada mak-mak yang telah kongsikan kepada anak-anak mereka. Anak saya dikatakan “kaki mengadu”. Semua kawan-kawan tak nak berkawan dengan anak saya.
Begitulah juga yang terjadi pada anak ibu yang call saya tadi.
Sejak kes ini berlaku, anak saya tidak membalas mesej saya. Call pun tak nak jawab. Yang dia beri hanya “bluetick”. Kadang langsung tak baca mesej saya.
Salah ke seorang Mama risaukan keadaan anaknya? Mama rindukan Adik. Apa salah Mama? Mama betul-betul menyesal hantar Adik ke asrama.
Saya diam saja sampai sekarang sebab saya tak nak mendesak anak saya.
Mama doakan semoga Adik baik-baik saja di sana. Semoga rakan-rakan Adik tetap semangat belajar di sana dan teruskan persahabatan seperti biasa.
Saya benar-benar down. Beberapa malam saya menangis memikirkan keadaan anak saya di sana. Adakah semua rakan-rakannya betul-betul memulaukannya?
Adakah perkara ini normal?
Bila saya tanya rakan-rakan anak saya, mereka kata perkara yang mereka lakukan itu semua normal. Kadang-kadang, mereka dapat habuan sekiranya mereka disuruh buat begitu.
Bila saya tahu ramai rakan-rakan yang memberitahu hal ini, saya memang langsung tak mesej pengetua atau sesiapa.
Kepada ibu ayah di luar sana, fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum menghantar anak-anak ke asrama. Mungkin nasib saya dan anak saya tak begitu baik. Dan mungkin juga ada orang lain yang duduk di asrama dengan baik-baik sahaja.
– Snow (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Zmn skrg sekolah asrama tak relevan dah kak.Dah jd sarang aktiviti tak bermoral mcm buli,gay,lesbian,peras ugut dll.
Cikgu zmn skrg pun amat lembik dan lemah dari sudut hak kpd pelajar di mana dah tak blh nak merotan,marah2 dll…undang2 dah makin manja dgn budak2 tu psl jd generasi lembik lemah longlai.
X salah pun akak buat aduan dlm group itukan hak akak.Cuma salah mak bapak lain yg buat bahan sendaan ttg laporan akak.Mak bapak bodoh makin membiak zmn ni.Xleh diusik anak mereka.
Kena terap dlm minda anak puan perbuatan puan mengadu tu x salah sbb puan adalah ibu yg melindung.
Smpai bila nak jadikan anak tu kuli batak kwn2 dia.P lapor kat penolong kanan sekolah hal ni minta nasihat..
Zmn skg ramai mak bapa bodo jd enabler anak yg buat salah.Sbb tu mkn cili rs pedas.Zmn skrg manusia makin hilang kemanusiaan sbb byk mkn gaji duit haram hingga buta hati
Kurang setuju dgn mesej ni, jangan disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga, takle pukul rata, asrama ni ada bagus juga nak didik jati diri untuk anak-anak muda biar belajar berdikari dan dorang juga dapat blaja bahagikan masa takdela waktu nak masuk university nanti terciduk semua benda ada orang tolong buatkan. Tak pasal2 cikgu pun kena bantai sekali apa kehe nya, dorang mengajar sahaja takkan nak kena jaga semua benda.
Ayy LMAO
Anak manja sangat tu, sikit2 report ke mak, maknya yang report ke cikgu, awat anak tu tak report terus ke cikgu. anaknya pun kena ada jati diri sedikit untuk cakap tidak kepada orang yang menyuruh tu, kalau ikut ja apa pun tak jadi. Nanti dah kerja takkan nak bawak mak teman waktu interview.
Ayy LMAO
Fisrt sekali cek dulu dengan anak keadaan dia. Adiakah dia ok dengan situasi asrama macam tu. Adakah dia kena buli dan disuruh buat benda yang dia tak suka hingga menjejaskan emosi dn mental dia. Kalau takde, jangan ambil tindakan apa2 dulu, tapi pantau dan kerapkan bertanya. Situasi yang dia alami tu mungkin bagi kita tak patut tapi penting untuk dia merasai untuk dia paham jenis2 manusia yang ada dalam dunia ni. Itu la pengalaman jadi budak asrama yang penting bila dia dah dewasa nanti. Maca mana nak handle sikap dan perangai berbagai jenis manusia yang kalau kat luar nampak biasa dan ok je. Tapi bila dah duduk sekali, buat aktiviti sekali, baru dia boleh kenal hati budi manusia ni. Ada yang jenis ambik kesempatan, ada yang hasad dengki, ada jugak yang ikhlas baik hati. Yang penting kita terapkan nilai2 yang betul dalam diri dia, dan make sure dia paham yang mana betul, yang mana salah dan yang mana dia perlu jauhkan diri dari terjebak. Macam budaya sonsang semua tu, kita kena make sure dia paham yang budaya tu merosakkan dan jangan sekali2 terjebak. Pantau dan kalau nampak dah ada bunga2 nak terjebak tu, jauhkan la dia cepat2.