Mohon tlg kalau kerja berkumpulan, tolong la buat dgn serius sbb carry mark tu melibatkan semua member group. Tolong tolong tolong sgt.
Aku sedih dan geram sgt dgn member group aku.
Kisahnye mcm ni, kitorg dpt satu assignment ni, dan mcm biasa la kitorg bahagikan part masing2. Then member group aku ni jenis suka desak buat awal2. Aku xde la kisah sgt, tp rasa xde mood nak buat kalau dorg asyik desak je.
Lepas tu nak dijadikan cerita, member group aku yg lain semua dh siap part masing2 (yelah sbb dorg amik part senang, part susah bagi aku). Aku sorg je x siap lg. Padahal nak submit assignment tu lambat lg. Tp malam tu jugak dorg paksa2 aku siapkan, sbb alasan nak compile assignment tu. Then aku pun offer la nk compile, so semua member send part masing2 kt aku.
Tapi, bila aku baca part yg dorg buat tu, Ya Allah… CINCAI! Nak nangis aku baca. Dgn ayat berterabur, grammar salah (padahal dlm Microsoft word tu kan ade utk check grammar) dan sgt2 tak tersusun. Aku pun bgtau la dorg. Tapi semua tak ambik peduli.
Sebab aku pentingkan jgk carry mark aku, aku buat semula the whole assignment seorg diri. SEORG DIRI. Lepas tu, pg esoknye dorg tanye lg kalau aku dh siap assignment tu. Obviously belum sebab banyak sgt aku kene buat. Lepas tu dorg desak2 lg suruh aku siapkan cpt. Korg tau dorg kata apa? "Mmg la carry mark, tp buat biasa2 dah la". Ya Allah lagi sekali aku rasa nak nangis. Sbb dorg amik mudah je soal carry mark yg 60% ni. Patut la pointer dorg pun bawah 3. Sorry, bukan nak kata dorg x pandai, sbb pointer matrik/asasi dorg berganda lebih tinggi dr aku. Tp alhamdulillah aku boleh dekan lepas masuk uni ni. Tau sbb apa? Sbb dorg pandang ringan soal assignment, carry mark ni semua.
Please laa kalau kerja by group tu tolong la serius. Sbb ni la aku lagi suka buat individual assignment.
Lepas tu bila aku dah tolong betulkan semula assignment tu, dorg x berterima kasih lgsg. Takde langsung hargai usaha aku ni. Yg dorg tau dok desak2 suruh aku siapkan cpt. Last2 assignment tu aku hantar on time jugak. Tak lewat pun.
Jujur aku mmg geram sgt2 dgn dorg skarg ni. Dorg xtau ke aku taip semula assignment tu semua. Sbb dorg buat cincai. Ada ke titik buat mcm ni –> eg: (Bla bla can cause business failure .you can bla bla). Hmm xtau la dr mana dorg blaja letak titik mcm tu. Nk kata typo, sampai 4 perenggan essay letak titik mcm tu.
Dah la dorg lgsg x hargai usaha aku. Sedih dan geram sgt. Dorg still pandang aku mcm org yg malas sbb paling lambat siapkan assignment tu berbanding dorg. Padahal aku pulak pandang dorg mcm org yg malas jugak, sbb kerja cincai je. Lepas tu tau merungut dan mendesak je.
– Sis kecewa