Asuh Daripada Kecil

Assalamualaikum.. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kalau perkongsian saya ni di siarkan. Sebelum ni saya cuma silent reader sahaja. Tetapi rasa terpanggil nak berkongsi pendapat. Sebelum-sebelum ni ada terbaca tentang adik2 U yang ada masaalah dengan kawan sebilik atau serumah yang pemalas dan pengotor.

Pada pendapat saya hal-hal macam tu perlu bermula daripada rumah. Juga perlu diasuh daripada kecil.

Kebanyakan ibu bapa sekarang ni saya tengok tak berapa yakin nak nak suruh anak2 buat keje rumah. Macam menyapu ke memasak mengemas rumah buang sampah atau tolong jagakan adik-adik yang lagi kecil. Pada pikiran ibu bapa anak-anak dia masih kecil dan tak layak lagi nak membantu buat kerja-kerja rumah. Bila kita tak bagi dia orang peluang nak buat kerja rumah sampai bila mereka nak biasa buat kerja rumah, betul tak? Memang mula-mula nampak tak sempurna kerja yang dia orang buat. Tapi bila dah biasa buat lama-lama okey lah kan.
Saya nak bagi contoh yang paling hampir dengan saya. Anak sedara perempuan saya.

Dah besar dah orangnya. Dah sekolah menengah. Kalu tengok pada orangnya memang cantik. Pakaian mesti nak cantik. Makanan mesti nak yang sedap-sedap. Kalau dia rasa tak sedap jangan harap dia nak makan. Tapi nak cerita dia punya perangai malas dan pengotor tu tak tau la tahap apa. Kalau boleh semua kerja rumah dia nak harapkan orang lain yang buat untuk dia. Yang dia tahu menghadap handphone je. Kalau boleh 24 jam mengadap. Mak di sekarang ni dah mula bising-bising dengan perangai dia yang macam tu. Kenapa dia jadi macam tu? Sebab daripada dia kecil mak yang buat semua kerja rumah.

Pada saya dah tak guna nak bising-bising sebab anak dia dah terbiasa kerja-kerja rumah orang lain yang buatkan. Membebel la sampai berbuih mulut pun tak akan masuk dalan kepala dia dah apa yang orang cakap.
Daripada peranagai dia macam tula yang buat saya terpikir dia la salah seorang lagi budak U yang akan menyusahkan kawan-kawan dia nanti. Kesian la siapa-siapa yang jadi kawan dia bila kat U nanti.

Jadi pendapat saya kalau nak lahirkan seorang pembersih dan rajin ibu bapa kena main peranan. Kena asuh daripada kecil. Tak apa kalau dia tlong buat kerja tapi nampak tak sempurna, sebab kecil lagi. Daripada dah besar panjang baru nak ajar buat kerja rumah, memang tak dibuatnya kerja tu.
Okey tu je. Sekadar luah pendapat kita kongsi mana yang rasanya elok.

– kak beb

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit