Seperti tajuk confession di atas, Asyik-asyik Cikgu Je. So today, tanpa membuang masa, aku nak menulis sikit tentang confession mengenai cikgu-cikgu.
Kalau confess pasal cikgu, mesti confessor kena kecam balik. Walhal, kita tahu apa yang confessor confess mungkin daripada pengalamannya sendiri. Yang tak pernah merasa kejadian seumpama itu, ambillah iktibar dan jadikan pengajaran terutamanya yang bergelar guru-guru.
Kalau tak buat, kenapa beria nak back up? Kenapa pula nak terasa dan kecil hati apabila membaca confessions mengenai teguran kepada cikgu-cikgu?
Baca dan hayati masalah-masalah yang dihadapi confessor dengan hati terbuka. Yang mana baik jadikan pengajaran, yang mana buruk jadikan sempadan.
Kenapa cikgu je asyik kena hentam? Kerana sikap sebilangan kecil cikgu-cikgu itu sendiri yang membuka ruang untuk netizen menghentam daripada pelbagai sudut.
Bila ditegur, makin menjadi. Mengutuk mengata pula orang-orang yang mendedahkan perangai terkutuk dan buruk cikgu-cikgu tersebut.
Kakitangan awam yang lain, boss dan Ketua Jabatan mereka amat tegas. Sekali kena Sispaa, tiada maaf bagimu.
Berlainan pula di sekolah, Guru Besar pun sama naik sehinggakan cikgu-cikgu yang popular dalam media sosial berani menegakkan benang yang basah dengan mengeluarkan statement GB tak bising, kenapa netizen nak bising?Janji kerja jalan. Full stop. Periodt. Kata mereka.
Kenapa tidak ditegur cikgu-cikgu secara direct seperti Dm dan pm di sosial media mereka?.Bukan seorang dua yang pernah menegur menggunakan cara sebegini. Ramai. Tetapi apa yang terjadi?
Bukan diambilkira dan dijadikan timbang tara teguran secara personal tersebut.
Malahan dijadikan sebagai social media content untuk mencerca si penegur konon sejenis pendengki dan busuk hati dengan kerjaya cikgu-cikgu. Ditambah pula dengan sokongan followers yang taksub dengan cikgu tersebut.
Saya kira confessions di sini lagi lantang berbanding teguran di DM dan PM. Tertib dan lembut sahaja gaya teguran tersebut melalui DM atau PM. Itupun cikgu-cikgu tersebut tidak dapat menerima dan melenting.
Konsep teguran di ruangan confessions di sini sangatlah mudah. Kalau tak buat, jangan terasa. Kalau terbuat, berubahlah. Dengan luahan confessions di sinilah sedikit sebanyak terbuka mata sebilangan manusia yang membaca confessions tersebut.
Kita semua pernah bersekolah. Setiap orang ada memori tersendiri di sekolah. Tak semestinya kita tak pernah berhadapan masalah tersebut jadi kita anggap sebagai dongeng dan fitnah.
Kita bukan sekelas dan satu sekolah dengan confessor. Entah apa yang dilaluinya dengan cikgu-cikgunya kita bukan tahu.
Minta maaf, aku terpaksa akui mulut segelintir cikgu-cikgu pun ada yang tak bertapis. Ada yang mulut tempayan dan kaki bergosip. Segala benda yang tak sedap dimatanya habis dijadikan bahan cerita di dalam bilik guru. Sahih atau tidak cerita yang disampaikan, belakang kira.
Yang pasti cerita sensasi sampai dulu kepada kawan-kawan di bilik guru.
Impak daripada tindakan bergosip guru tersebut menyebabkan ada guru yang memandang serong terhadap murid tersebut. Cikgu pun manusia semestinya mudah hilang pertimbangan. Kesannya kepada murid tersebut hingga dewasa.
Apabila murid tersebut dewasa, sedikit sebanyak memori tersebut menghantui hidupnya. Apabila murid tersebut confess mengenai pengalaman buruk bersama cikgu-cikgunya, bukan niatnya nak buka pekung memana cikgu.
Boleh dikatakan ramai confessors yang confess sekadar meluah perasaan yang terbuku dalam hati dan mahukannya dijadikan sebagai pengajaran buat cikgu-cikgu dan bukan berniat menyebar fitnah mahupun menjatuhkan maruah cikgu-cikgu.
Masih terselit rasa hormat dan masih ingat mengenai keberkatan ilmu yang diajar oleh guru. Masih ada yang berterima kasih kepada cikgu-cikgu dalam setiap confessions.
Bukannya dari awal penulisan hingga ke noktah terakhir penuh dengan dendam dan toxic. Masih terselit budi bicara dan tapisan dalam penulisan.
Melalui komen, ada yang menyokong dan mengkritik penulisan confessor. Yang kita anggap masalah yang dihadapi confessor sebagai tak logik sebenarnya terjadi dekat orang lain.
Baca komen dengan teliti. Ada yang menjadikan ruangan komen tersebut sebagai ruangan luahan perasaan dan bersetuju dengan confessor. Pembaca berkongsi situasi yang dihadapinya seolah-olah dan seakan-akan seperti penulisan penulis.
Pelik tapi benar. Setiap kali terkeluarnya confessions mengenai cikgu-cikgu, mesti ada cikgu-cikgu yang bangkang dan menyangkal confessions tersebut seolah-olah tidak wujud semua itu.
Seolah-olah aman damai dan tenteram sekolah mereka. Tiada drama dan semuanya berjalan dengan tertib. Pelik kedengarannya. Janggal melihatnya.
Pada tahun lepas, terdapat confessions mengenai tingkah laku cikgu viral. Seperti dijangka oleh para pembaca, memang terjadi perang antara followers yang menjadi pentaksub dengan cikgu tersebut dengan netizen yang lain di ruangan komen.
Melencong habis segala fakta dan cerita. Masing-masing berkomen menegakkan benang yang basah.
Menerusi confessions tersebut, terbongkarlah segala perangai tak senonoh cikgu-cikgu di sosial media. Terbuka mata netizen Malaysia tentang apa yang sedang berlaku di dalam kawasan sekolah terutamanya.
Terbuka juga minda ibu bapa untuk belajar mengenai akta privacy kanak-kanak yang selama ini dianggap remeh.
Bagi aku, setiap confessions mempunyai cerita teladan dan tauladan untuk dijadikan pedoman hidup. Begitu juga confessions mengenai cikgu-cikgu.
Entah dimana silapnya, sentuh sedikit mengenai cikgu, akan ada bala tentera yang menyerang seolah-olah cikgu tidak pernah melakukan sebarang kesalahan dan maksum.
– Bekas Anak Murid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit