Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Aku Puding, yang semestinya bukan nama sebenar, aku menulis hanya untuk meluah rasa yang terpendam.
Aku ni tak pandai nak mengarang panjang-panjang, jadi aku terus kepada point yang utama lah.
Aku merupakan seorang kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat lebih kurang 10 tahun di sebuah organisasi di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Dalam organisasi aku ni ada lebih kurang 18 kakitangan.
Aku ni nak kata seniur, tak juga. Nak kata junior pon tak juga sebab masih ada yang seniur dari aku dan masih ada yang junior dari aku.
Dalam kehidupan peribadi, aku telah berkahwin selama 9 tahun namun kami tidak dikurniakan zuriat atas faktor kesihatan, dan kami pon sudah redha sebenarnya, sebab kami pon bahagia dengan perkahwinan tanpa zuriat ni, alhamdulillah.
Aku tak mahu cerita tentang kehidupan peribadi, tapi aku nak cerita dan meluah perihal kerjaya aku.
Ok, memandangkan aku ni tak ada anak, jadi mungkin tanggapan orang aku ni tak ada komitmen yang besar. Jadi aku bebas untuk bergerak ke mana-mana.
Dalam organisasi aku, semua kakitangan sudah berkahwin dan semua sudah bergelar ibu dan bapa.
Hanya aku yang belum bergelar ibu.
Jadi, jika ada kursus-kursus yang perlu untuk bermalam dan travel jauh-jauh, asyik aku je yang kena pergi.
Kursus yang jauh-jauh ni tidak lah terlalu kerap, dalam setahun ada la dua atau tiga kali.
Tapi boleh dikatakan kalau kursus atau apa-apa program yang perlukan volunteer, yang perlu bermalam dan perlu ke luar negeri, aku yang kena pergi sebab tak ada sapa yang boleh pergi.
Aku dalam organisasi ni dah 10 tahun, boleh dikatakan setiap tahun (kecuali masa covid) aku kena pergi kursus di luar negeri yang perlu bermalam beberapa hari.
Sebab apa, bila ketua jabatan umumkan perlu volunteer, semua diam. Semua tak dapat pergi sebab masing-masing punya komitmen perlu uruskan anak.
Perlu uruskan bayi dan perlu uruskan anak-anak yang sekolah.
Perlu hantar anak tuisyen, perlu hantar anak ke kelas piano, kelas renang, tak ada orang nak urus anak sebab ayahnya outstation dan macam-macam lagi komitmen.
Akhirnya ketua jabatan mesti mintak aku yang pergi walaupun aku baru balik dari kursus.
Nak tak nak memang aku kena pergi juga. Sedih kan.
Aku pernah memandu sendirian pergi kursus dari Kuala Lumpur ke Port Dickson dan Melaka.
Bila perlu ke Johor Bahru, aku naik bas saja. Aku pon tak larat nak memandu jauh.
Begitu juga dengan program-program yang kementerian anjurkan.
Yang perlu bermalam dan perlukan volunteer.
Mesti perlukan wakil dari setiap jabatan.
Bila ditanya siapa yang volunteer, semua diam terkutik.
Yang punya anak, bila bagi alasan kena urus anak, ketua jabatan terus bagi excuse.
Tapi bagi orang yang tak ada anak macam aku, no excuse.
Nak tak nak aku memang kena pergi. Kalau tak pergi nanti nama jabatan yang naik.
Akhirnya macam biasa ketua jabatan mintak aku yang pergi.
Aku tak ada alasan yang logik untuk diberikan.
Bila aku beri alasan tak boleh pergi. Contoh ada satu ketika mak aku datang bermalam di rumah, maka memang tak ada wakil lah dari jabatan kami dan ketua jabatan perlu bagi sebab kepada orang atasan kenapa tak boleh hantar wakil.
Boleh disimpulkan, bila aku tak pergi, memang tak ada lah wakil dari jabatan.
Aku bukan nak berkira. Aku faham orang lain punya komitmen, habis aku ni tak ada komitmen ke.
Aku pon kadang ada rasa malas nak pergi kursus dan program-program ni.
Kalau boleh bergilir-gilir lah pergi lan.
Ni mentang-mentang aku tak ada anak, semua orang aggap aku tak ada komitmen, jadi aku bebas bergerak.
Jadi semua aku kena pergi ke?
Aku yang tak punya anak ni pon ada la juga komitmen aku sendiri.
Walaupun aku tak ada komitmen anak, tapi tak adil lah kalau hal-hal begini asyik aku yang kena.
Sama juga dengan kerja lebih masa. Mana-mana kakitangan yang tak dapat buat, mesti mintak aku yang buat. Kadang sampai merayu-rayu mintak aku yang buat walaupun semalam aku dah buat kerja lebih masa.
Nak mintak orang lain buat, semua tak boleh sebab ada komitmen perlu urus anak. Hati aku bila orang merayu, jadi tak sampai hati nak menolak.
Sedih kan. Begini ke nasib orang yang tak ada anak macam aku?
Mesti kalian pembaca akan kata aku ni lembik, sebab tu senang kena buli. Entah lah.
Sebab dalam organisasi kami tak ada yang bujang. Biasanya kerja lebih masa ni budak-budak bujang yang suka buat.
Tapi ramai budak-budak bujang dalam organisasi aku ni sudah berpindah balik negeri masing-masing.
Entah lah, kadang aku penat dengan semua ni.
Kadang aku terfikir, ini kah nasib orang yang tak punya anak?
Aku rasa bukan dalam organisasi aku je ada budaya begini.
Di mana-mana pon mesti sama saja. Aku menulis hanya untuk meluah.
Kadang aku kesian dengan diri aku sendiri.
Terima kasih sebab sudi baca confession aku ni.
– Puding Merbau (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Samalah dengan yng belum kahwin ni sis, balik² muka kita, takde komitmen katanya 😌😌
Habis mak ayah tu bukan komitmen ke 😌😌