Atan Kurang Siuman

Salam sejahtera. Dekat kawasan kalian membesar kan ada tak sorang dua yang orang panggil “gila”? Tempat aku ada sorang, nama dia Atan.

Orang kampung situ semua panggil Atan gila. Sebab dia ni kalau keluar merata jalan pakai cawat sahaja. Lepastu cakap seorang diri.

Atan ni sepanjang aku duduk situ selama 10 tahun tak pernah ada kes dia kacau orang ke apa dia sibuk dalam dunia dia.

Atan ni dia selalu pusing satu kampung dan, ada satu tempat ni orang kampung situ panggil tanah merah, kawasan kosong dia selalu duduk dekat tengah tanah merah tu dan baring/tidur dekat situ.

Aku ada tanya kawan aku dengan tanya mak ayah aku. Diorang cakap Atan ni dulu sakit senang cerita tak ada sorang pun ada jawapan konkrit semua jawapan lain-lain.

Aku pun waktu tu budak lagi tak fikir sangat kalau nampak pun setakat panggil nama dia je.

Selalunya kalau macam rajin kami dekat sini belikan dia aiskrim yang 20 posen tu dulu. Jajan yang orang dulu selalu berjual depan rumah.

Tingkatan 3 lepas PMR aku pindah tempat lain atas sebab urusan kerja ayah aku. Sampai umur aku 20 tahun aku belajar tentang mental illness, mental health.

Pensyarah aku ceritakan dekat Malaysia ni ramai orang kita bila ahli keluarga mental health dia unstable di biarkan dan akhirnya jadi gila.

Sebab tak ada yang cuba nak tolong mereka ni. Pada mereka nanti sebulan dua baik lah.

Sebab mental health ni kita tak nampak.

Kalau macam sakit physical kita boleh nampak. Jadi boleh tahu nak bawa ke klinik atau hospital. Akhirnya, jadi tak siuman dan orang kita label orang gila.

Berganjak setahun 2 aku balik tempat lama ada reunion borak throw back kisah dulu zaman budak-budak.

Aku secara tiba-tiba macam terdetik tanya Atan tu ada lagi ke tidak. Kawan aku sorang cakap tak ada dah sebab ahli keluarga si Atan ni ambil dan bawa dia pergi tempat lain.

Aku agak curious jadi tanya kawan aku ni ada tak nombor telefon ke Facebook nak contact keluarga si Atan ni.

Kawan aku tu mula-mula macam ketawa cakap nak buat apa jumpa Atan gila. Aku pun bagi alasan untuk aku punya kajian.

Selepas sebulan akhirnya kawan aku dapat Facebook akaun salah seorang kenalan dan suruh aku cuba PM.

Aku pun PM kenalkan diri dan tanya pasal Atan. Akaun fb yang aku pm tu memang ahli keluarga Atan dan dia bagitahu Atan tersebut pun dah 2 tahun meninggal dunia.

Aku check location Facebook dia duduk satu negeri dan ajak berjumpa aku cakap nak interview tentang Atan untuk course study aku. Nama dia Maisarah nasib baik dia setuju nak jumpa.

Aku pun mula-mula borak pasal belajar mana ambil course apa benda basic sebab umur kami ni sama. Dah macam warming up sikit baru aku tanya pasal Atan.

Maisarah ni pun dia ada bawa album gambar lama dan dia pun tunjuk lelaki dalam gambar tu yang Atan ni Pak ngah dia.

Tengok gambar si Atan ni memang lain sungguh. Atan yang aku kenal rambut botak dan kurus kering. Tapi dalam gambar rambut sikat kemas badan tegap penuh dengan senyuman.

Pada maisarah pak ngah dia si Atan ni jenis yang peramah, kelakar dan senang ajak berbual. Dalam gambar lain aku nampak Atan dengan isteri dia dan anak 2 orang sepasang, lelaki dan perempuan.

Banyak gambar Maisarah tunjuk dalam masa yang sama aku pun ambil gambar mana yang penting guna phone.

Maisarah tunjuk aku satu artikel kecil dari surat khabar. Ada kemalangan dan dalam 4 orang tu yang selamat cuma Atan ni sorang. Isteri dan anak anak dia semua meninggal di tempat kejadian.

Maisarah cerita Atan ni sedar dia menangis panggil nama isteri dia nama anak anak dia sambil meraung “maafkan ayah”

Dah 2 bulan selepas pemergian anak dan bini dia ahli keluarga semua anggap yang Atan ni dah redha dengan pemergian mereka. Bila ahli keluarga tanya dia jawab dah ajal tak dapat nak di elakkan.

Nenek atau saudara mara dekat dan jauh semua assume si Atan ni orangnya kuat dan tabah. Sebab bila tanya dia tetap boleh senyum, solat, makan dan minum tetap jaga.

1 tahun kemudian Atan ni katanya berpindah ke Negeri lain dengan alasan kerja. Jadi saudara mara semua tak syak apa pun.

Jadi dia seorang diri pergi ke negeri lain dan waktu tu awal 20an dalam 2002-2003 kita tahulah era tu telefon nokia Atan ni ada telefon tapi dia tak call keluarga dia langsung.

Ahli keluarga tak tahu apa jadi dekat Atan sebab lama tak balik dan tak dapat berita lagi satu tak tahu Atan ni duduk mana. Sampailah tahun 2006 katanya dapat surat pasal si Atan ni.

Jadi saudara mara pergi sebab dah lama tak dapat berita. Bila jumpa balik dan waktu tu Atan ni rupanya dah 2-3 tahun tak siuman.

Bila saudara mara datang pun dia tak kenal cuma berbual seorang diri yang orang semua tak tahu apa dia.

Menangis satu keluarga panggil nama dia panggil angah kenal kami tak, kenal mak tak, kenal along tak dia setakat pandang lepastu bercakap seorang diri balik.

Yang keluarga diorang ni pun cuba cara nak bagi Atan pulih tapi dah tak berjaya. Atan tu dia ada satu rumah pondok ni.

Bila diorang bawa si Atan ni masuk dalam rumah tu dia menangis sambil jerit “ayah minta maaf, abang minta maaf” dalam pondok tu penuh gambar anak dia gambar isteri baju anak bini bantal cadar semua.

Bila keluar dari tempat tu dia sambung membebel balik.

Masuk sahaja nanti dia menangis. Maisarah cerita kan dekat aku yang ayah dia waktu teman Atan masuk pondok tu memang dia terkejut.

Dia punya nangis dan jerit tu memang kalau dengar luluh hati.

Lagi satu lama dia menangis bukan sekejap. Selagi dia kat dalam pondok tu selagi itu dia menangis. Aku tanya dengan Maisarah ada tak macam gambar ke nak tengok situasi si Atan waktu tu.

Dia cakap ada tapi kalau aku memang nak kena jumpa ayah dia. Ayah dia ni pengetua sekolah. Sebelum jumpa pun aku dah takut.

Aku buat surat rasmi bagi macam apa kajian aku dan macam 4-5 page introduction. Kiranya aku submit segala official surat menyurat.

Lepas sebulan baru dapat maklum balas. Jumpa si ayah Maisarah atau abang si Atan. Lama juga berborak 30 minit pertama setakat borak benda ringan. Dah macam okay sikit baru aku mula tanya tentang si Atan ni.

Dari sini baru aku tahu dengan mendalam yang Atan ni pendidikan sampai PHD zaman 80-90 an dulu kalau PHD tu kita tahu lah taraf macam mana.

Senang cerita si Atan ni dari penceritaan abang dia iaitu ayah Maisarah ni. Seorang pandai dan memang kuat ugamanya.

Dari certificate aku tengok dari video lama yang si Atan ni bagi ucapan atau ceramah. Memang imej si Atan dalam video dan gambar yang aku tengok lain betul.

Aku pernah cerita dekat kawan aku yang duduk dekat kampung dengan si Atan dulu hampir semua terperanjat diorang tak tahu pun si Atan ni orangnya hebat aku pun tak tahu. Bila dah dapat tahu tu sebenarnya sedih.

abang dia sendiri pun cakap dia menyesal sebab pada dia si Atan ni dia dalam keadaan baik. Dia tak tahu langsung pasal kesihatan mental dia atau fikiran dia tenang ke tidak.

Tapi sebab dia senyum dan tenang semua anggap si Atan ni stable. Padahal tidak Atan waktu tu memang dalam kondisi unstable.

Akhirnya, dia pindah tempat yang semua orang tak tahu. Hidup sana dalam pondok penuh dengan barang arwah isteri dan anak. Dari gambar, baju, cadar dan lain-lain.

Mental unstable seorang diri dan akhirnya dia jadi macamtu. Aku tanya dia kenapa biarkan si Atan seorang diri tu dekat sana iaitu kawasan yang tempat aku membesar tu.

Rupanya Atan ni dia lari. Diorang letak dia dekat pusat jagaan dan akhirnya lari. Aku agak skeptical awal tu. Tapi bila tengok ada lampiran diorang buat cari orang hilang baru percaya.

Masalahnya dalam gambar yang cari orang hilang tu gambar dia lama. Gambar waktu dia siuman badan tegap. Tapi yang Atan waktu tu dah botak, kurus kering, muka pun kalau tengok raut wajah dah jauh berbeza.

Tapi lepas dapat panggilan telefon dari salah seorang saudara dia yang kebetulan waktu tu ada dekat kawasan tempat tinggal aku. Dia pun telefon Dan akhirnya bila datang tengok memang confirm tu si Atan.

Sebelum balik tu aku tanya macam mana keadaan Atan waktu dia meninggal dunia. abang dia cakap Atan meninggal waktu dalam tidur.

Aku ada pergi pusat jagaan si Atan dan beberapa tempat lain untuk nak ambil macam record dia tapi sayang tak semua tempat ada.

Aku sendiri ada dokumentasikan lebih kurang 100 muka surat pasal si Atan. Aku tulis panjang pasal Atan ni cuma sekadar kongsi. Sebab aku ada kisah hidup orang lain dalam tu bukan setakat Atan.

Punca dia dari apa unstable mental health.

Ramai dari kita mungkin akan terdetik dalam hati “orang zaman dulu okay sahaja tak ada pun masalah mental health lah depression lah anxiety lah” punca dia kalau kau bercakap tentang benda tu zaman dulu kala di label gila.

Sebab itu banyak kes orang jadi gila atau tidak siuman sebab keluarga mereka anggap benda ni boleh pulih sendiri.

Macam yang aku tulis dari awal kesihatan mental ni bukan dalam bentuk fizikal jadi orang tak akan tahu. Tak kira ahli keluarga kau, isteri kau, kawan kau, anak anak kau.

Semua tak tahu diorang tak perasan. Yang tahu benda ni diri kau sendiri. Itupun ramai dari kita yang anggap benda ni remeh temeh sebab pada ramai orang kita.

Zaman dulu tak ada benda ni. Bukan tak ada benda ni lebih kepada seakan akan taboo topik.

Contohnya, macam b*n*h diri. Dulu benda ni sangat taboo tapi sekarang dah ramai cuba memahami benda ni bukan semudah “oh dia b*n*h diri” tidak.

Macam dah agak panjang aku tulis. Aku harap kita sesama masyarakat bersama-sama bantu apa yang patut.

Ingat yang paling senang kita bantu ahli keluarga kita. Tak payah pergi jauh. Mak dengan ayah kita. Kalau yang dah jadi mak ayah, anak anak kita.

– Agus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *