Buli
Sejak kes kematian 2 pelajar ni, aku rasa tergerak untuk bercerita tentang buli.
Tujuan aku bercerita cuma satu, supaya kau boleh selamatkan anak kau dari jadi mangsa buli.
Hidup aku bermula dibuli daripada keluarga aku sendiri. Dari mak bapak yang kerap nak pukul aku tanpa sebab.
Sayang? Boleh kau kata sayang tu wujud dengan menampar? Kalau aku pukul kau, pastu aku kata aku sayang kau, kau percaya?
Mahu atau tidak, kekerapan kau memukul tanpa belas ihsan pada anak ini akan membuatkan dia rasa diri dia tak mampu melawan.
Benda ni ahli psikologi dah buat pada anjing. Letak anjing dalam sangkar, kemudian direnjat elektrik. Mula-mula anjing berusaha untuk lari, tapi lama kelamaan, anjing tu redha. Sakit kan kau rasa? Letak perasaan kau jadi anjing tu.
Bila aku masuk sekolah menengah, faktor orang nak buli ni jadi banyak sebab. Kadangkala sebab kau berkira, kau nakal sikit, kau terjerit sikit, entah apa la lagi. Kalau kau jenis muka meluat, orang taboh kau sebab muka kau jer.
Dia dah jadi satu budaya, setiap masa orang cari peluang untuk bantai kau. Dah jadi macam acara pun ye, tiap tahun nak jer ada satu kes, dan orang pukul kau.
Saban malam la aku kena makan penyepak dan penumbuk. Nak tidur pun tak jadi. Nak tenang apa lelap mata, asyik kaki sampai kat muka.
Sehingga keputusan aku teruk. Aku ingat nak blah dari sekolah tu, tapi mak ayah halang. Dengan keputusan macam cakar ayam, lagi la peluang aku tipis.
Aku juga ada sindrom rendah diri. Mak ayah miskin, mak ayah tak mampu nak tolong kes buli aku.
Syukur satu je.
Aku sekarang dalam pengajian sarjana. Walaupun takde apa-apa harta lagi, sekurangnya, tidur aku tak berbantalkan buku lima dan sepak terajang.
Sebagai mak ayah, bila anak kau jenis diam, tak reti bagitahu apa benda. Please tanya, jangan buat bodoh.
Anak kena buli ni dia macam perempuan. Kau tak boleh tanya soalan lurus, dan dapat jawapan lurus.
“Ada kena pukul kat sekolah?” Sumpah lahum tak akan dapat jawapan.
Kau kena tahu dari duit dia jah. Apa dia beli, mana barang dia beli. Kalau agak2 short tu, macam lompang. Tu sign dia kena buli.
Kedua, tengok juga pada barang sekolah dia, dengan sapa dia berkawan. Kalau dia jenis sorang, tak berkawan. Tu tanda dia kena buli.
Kau kena hafal watak dia berkawan ni. Kalau watak sama keluar. Kau boleh rasa tenang.
Dalam masa yang sama, cuba tangkap emosi dia bercerita. Kalau dia rasa seronok dengan sekolah. Alhamdulillah.
Kalau dia macam suram kat sekolah. Dia mangsa buli.
Ketiga, bila dia dah depressed, dia akan mintak kau tukar sekolah. Alasan dia senang, dia tak nak rasa benda tu lagi.
Kau tolonglah tukarkan dia sekolah. Jangan cakap banyak. Jangan fikir masa depan konon tu sekolah paling dekat dan senang.
Kau ingat senang ke nak belajar sambil berulam penumbuk ni?
Bila dia tetiba rajin bercerita dia kena buli, tolong. Pindahkan dia ke sekolah lain.
Hanya itu sahaja jalan termudah dan paling pratikal.
Kau jangan nak acah-acah samseng pergi sound budak buli dia. Sekali kau balik rumah, pembuli ada masa banyak untuk sedekahkan penumbuk dan terajang dia.
Apa yang penting, tengok pada diri anak tu. Guide dia. Kadang-kadang faktor dia dibuli pun sebab diri dia rasa samseng dan apa lagi.
Tolong bentuk balik diri dia. Lepas kena bulu, rasa nak buli tu ada. Tapi kalau dia dah terok macam aku, dia tak akan berani untuk membuli, itu pun kau kena rawat. Boleh kata dia dah mental la lepas kena buli.
Itu jer aku boleh share. Tolong selamatkan anak anda, sebelum hati dia mati terlebih dahulu dari jasad.
Dari
mangsabulitegar
– Wangdu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit