Attention Seeker

Assalamualaikum, salam ramadan, selamat sejahtera semua pembaca IIUMC dan terima kasih admin kalau sudi menyiarkan perkongsian aku ni. Nama aku Aiyl (bukan nama sebenar).

Tak tahu nak mula daripada mana sebenarnya. Sebelum aku terus pasal tajuk tu, aku cerita dulu latarbelakang aku, mungkin boleh relate la kot nanti.

Aku anak bongsu. Mak ayah bercerai masa umur aku 5 tahun, lepas tu kitaorang adik beradik dihantar tinggal dengan atuk nenek. Mak ayah teruskan kehidupan masing-masing.

Dari kecil sampai besar kami hidup disara atuk. Mak ayah memang tak pernah bagi duit. Dalam rumah atuk aku tu, ada jugak mak saudara, ayah saudara, sepupu-sepupu aku, semua dalam 15 orang tinggal serumah.

Masa aku sekolah menengah, abang sulung aku dah kerja, dia pulak yang tanggung aku dan adik-beradik lain. Duit belanja sekolah, yuran exam, beli buku, baju sekolah, kasut sekolah, apa lagi? Ahhh semualah dia yang tanggung.

Jadinya, masa cuti sekolah aku dah mula buat kerja part-time. Jadi cashier ke, salesgirl, sebab nak kumpul duit. Sampailah aku dapat masuk U.

Duit belanja aku memang PTPTN je semata, dengan kadang-kadang ada la abang aku bank in RM50 sebulan. So, tak nak menyusahkan diri sendiri dan abang aku, jadinya aku belajar sampai Diploma saja lepas tu terus kerja.

Ohh ye, lupa nak cerita masa aku tinggal ramai-ramai dalam rumah atuk aku tu, kitaorang adik beradik selalu sangat kena perli, ayat menumpanglah, menyusahkanlah, anak buangan tu semua selalu sangat dengar.

Masa kecil aku tak faham sangat, bila dah besar baru la kata-kata itu menusuk kalbu dan jiwa. Haaa gitu. Itu salah satu sebab buat aku rasa nak lari jauh. Hidup aku memang rasa kosong, sedih, kurang kasih sayang.

Lepas habis diploma aku dapat kerja dengan gaji RM1200 masa tu, aku ulang alik dari rumah sewa ke tempat kerja yang jarak 60km pergi balik, naik bas rapid 3 kali tukar bas. Dalam 4 bulan kerja, aku pindah rumah cari yang dekat sikit dengan tempat kerja lepas tu aku beli kereta kancil secondhand.

Masa tu, aku dah bertunang, tapi setahun kemudian, kitaorang putus. Sebabnya ex-tunang aku jenis yang suka tukar kerja. Setahun mahu 7-8 kali tukar kerja. Lepas gaduh besar pasal kerja dia, pasal duit kahwin, kita orang putus.

Setahun lepas tu aku ada boyfriend tapi sekejap saja sebab dia suka naik kaki tangan. Tak lama tu, aku couple dengan mamat ni lebih kurang setahun lebih. Tapi masa aku outstation dekat luar negara 6 bulan, dia diam-diam bertunang dengan orang lain.

Tahniah kepada diri sendiri, hadiah paling bermakna aku dapat bila balik Malaysia. Aku sedih teruk, asyik fikir kenapalah hidup aku ni malang sangat.

Masa aku tengah down tu, ada kawan lama aku tiba-tiba contact aku balik, ajak jumpa lepak. Aku ingat dia nak jual insurans. Aku fikir, takpe lah daripada aku melayan perasaan, dengar saja lah apa dia cakap. Betapa kosongnya hidup aku masa tu.

Kalau kau nak cerita pasal insurans ke, coway ke, MLM ke, aku redha saja dengar. Haha. So, aku jumpalah dia, rupanya dia bukan jual insurans. Dia memang saja ajak lepak. Kawan aku ni tak kerja, tapi dia bawa BMW.

Barang-barang dia daripada kepala ke kaki semua branded. Bukan level branded Vincci ke Mango ke Cotton On ke. Dia punya level branded tu tahap LV, Chanel, Prada. Gucci. Get it? Haha. Fully sponsored by boyfriend dia yang kaya raya.

Dengan kawan aku ni la aku selalu cerita masalah, luahan perasaan. Dia nasihat aku jangan tunjuk aku sedih, nanti lagi la ex aku seronok tengok. Jadinya, aku pun mula la tunjukkan kegembiraan aku dekat socmed.

Kawan aku bagi pinjam barang-barang branded dia, aku upload acah-acah barang aku. Kononnya aku drive BMW. Bila post aku start dapat banyak like, komen, aku mulalah rasa happy. Rasa bangga diri walaupun aku sedar tu bukan barang aku. Masa tu peduli apa bukan orang lain tahu pun kan.

Bila aku teman kawan aku pergi shopping dekat butik LV ke Prada ke, aku pun check in buat status macam aku yang shopping. Bila orang tanya apa-apa, sikit pun aku tak nafikan sebab aku memang sengaja, tapi hakikatnya…

Lama-lama benda ni jadi seronok, ketagih, daripada aku pinjam barang kawan aku, aku mula beli sendiri, pastu lagi la bangga tayang dekat socmed. Handbag aku masa tu harga tak bawah RM300. Lepas tu baju, kasut.

Ya, memang betul semua tu menarik perhatian orang. Kawan-kawan yang tak pernah like status aku pun, dah kerap komen. Dia punya perasaan bila orang puji-puji kau, rasa seronok seperti di awangan.

Nauzubillah. Tak cukup tu, aku mula update status pulak, buat-buat sedih, sakit. Bila ada orang komen macam prihatin tu, rasa macam disayangilah kiranya.

Setiap tempat aku pergi semua aku check in. Kalau aku tak ada dekat situ pun, aku check in jugak konon aku pergi. Semata-mata sebab nak seek attention orang like and komen.

Aku suka nak berada dalam perasaan “dipedulikan” atau “orang ambil berat”. Benda ni berlarutan setahun dua jugaklah. Klimaksnya sampai tahap aku beli kereta mahal dan pinjam ah long. Jahanam hidup aku.

Maaflah ntah apa-apa lah aku merepek. Cuma nasihat aku, janganlah taksub sangat dengan socmed. Sama ada kau tengok orang tu nampak hebat, belum tentu dia hebat, kau tengok orang tu selalu update yang bahagia, belum tentu dia betul bahagia.

Kalau ada yang masih terperangkap macam aku dulu, aku doakan korang cepat sedar dan keluar dari dunia tu.

Disebabkan kurang kasih sayang, akulah salah seorangnya yang pernah berpura-pura, merasakan socmed boleh buat aku bahagia dengan puji-pujian. Akhirnya makan diri. Sekarang aku dah insaf. Berhati-hati semua.

– Aku Insan Yang Lemah – Aiyl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *