Atuk Nenek Mentua Tu Tanggungjawab Menantu Ke?

Salam semua. Saya nak tanya pendapat akak2 yang dalam ni yang dah lama berkahwin. Saya baru setahun jagung berumah tangga.

Sekarang saya dah ada bau bau masalah dengan keluarga suami saya. Saya seorang isteri bekerja. Saya dengan suami LDR.

Saya di Kedah, suami di Melaka. Tiada anak. Saya terpaksa bekerja demi komitmen bulanan saya dan komitmen suami.

Nak harapkan gaji suami saya memang tak cukup untuk bayar kereta saya dan suami dan lain lain lagi. 

Suami saya ada 3 orang adik beradik termasuk suami.

Ibu mertua saya sakit. Boleh dikatakan lumpuh kaki dan cuma berada atas kerusi roda sahaja. Tapi masih boleh bergerak dengan kerusi roda untuk ke tanda & sebagainya.

Mak mertua saya tinggal dengan atok dan nenek suami saya. Bersama kakak suami saya. Adiknya masih bersekolah.

Ok citer dia, keluarga suami saya sekarang dok marah2 suami saya kenapa biarkan saya bekerja.

Oh lupa nak beritahu, saya tak bekerja di melaka dekat dengan suami atas sebab tertentu yang tak boleh elak ye. Jadi terpaksa balik bekerja di tempat saya dan stay dengan mak ayah saya.

Mak ayah saya juga sakit. Mak saya sekarang hampir buta. Ayah saya baru selesai pembedahan untuk buah pinggang stage akhir.

Kalau ditanya mana adik beradik saya? Saya 3 beradik juga. Kakak saya tak dapat nak stay dengan mak sepenuh masa sebab kakak saya juga sakit keluar masuk ward.

Penghidap kencing manis dah lama. Dia semakin hari semakin sakit. Jadi suaminya tak bagi sangat kakak saya terlampau bekerja.

Hal urusan bawa mak ke pakar pun semua kakak saya yang nombor dua banyak uruskan hal2 urusan ke pakar bab mak dan ayah saya.

Sekarang diorang dok bunyi2 katanya atok nenek dekat sana dah tak larat. Duduk sorang gitu.

Cakap saya sedap je suka duduk rumah mak saya. Jaga mak saya boleh. Nak jaga atok nenek, ibu mertua kat sana tak boleh pulak.

Btw, saya bekerja sebagai seorang cikgu ya. Jadi masa cuti saya sekarang tergantung pada cuti sekolah lah.

Tapi bila cuti sekolah saya mestilah nak balik di melaka dengan suami saya.

Sekarang diorang mintak saya takyah keje. Balik jaga atok nenek. Stress saya fikir macam mana nak buat.

Dorang masih ada lagi anak cucu berbelas orang. Anak anak nya masih ad lagi di tepi tepi rumah. Tapi kenapa diorang benci sangat kalau saya balik rumah mak saya.

Salah ke saya? Saya nak ambil mertua saya balik duduk dengan saya di kedah kalau boleh. Tapi atok nenek tak kasi.

Faham tak? Diorang nak saya balik stay dengan diorang je untuk jaga atok nenek sekali. Cucu2 diorang mana?

Semua dah besar2 belaka. Kalau nak bawa mak mertua ke melaka, satu rumah tu saya stay tingkat 4 takde lift ye. Kemudian saya semestinya lah tak boleh bekerja kalau di sana.

Saya sangat berbesar hati kalau diorang izinkan mak mertua saya ikut saya di kedah ye. Kakak ipar saya pulak sekarang sambung belajar lagi. Nak sambung master katanya.

Haih. Kalau saya kat tempat dia saya kenangkan mak saya yang sakit tu dan atok nenek yang dah tua. Tapi tahla malas cakap lebih2.

Kita tak tahu apa yang dia fikir erm. Tapi keluarga mereka besar, suami saya yang kahwin paling awal. Kiranya saya cucu menantu yang pertama dalam keluarga tu.

Jadi semua tu jadi tanggungjawab saya pulak untuk jaga atok nenek diorang? Nak ambil mak mertua saya diorang tak kasi pulak. Katanya sambil2 boleh jaga atok nenek.

Lahhh? Cucu2 diorang diorang hantar belajar tinggi2, hantar keje hebat2 belaka. Tapi untuk dijaga kena pas dekat saya yang cucu menantu ni?

Saya pulak ke kena korbankan kerja saya untuk benda ni? Kesian mak mertua saya dijadikan bahan herdik oleh orang2 kat sana. Sedih suami saya fikirkan masalah ni.

Nak suruh suami saya balik kerja area kampung suami saya di perak pun susah. Proses penjawat awam nak pindah bukan senang. Makan tahun jugak nak dapat.

Banyak kali suami cuba tapi ditolak ye. Maaf ye korang terpaksa spend masa baca kisah saya ni.

Saya nak tanya pendapat dari akak2 yang dah lama kahwin macam mana akak handle benda ni. Saya stress fikir benda ni.

Terima kasih sudi baca semua.. hmm.

– Tolong Repost Je (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. lebih baik terus tinggal dengan makbapak awak, itu jauh lebih baik dan jgn sesekali awak berhenti kerja, bukan tanggungjawab awak nak jaga atok nenek belah suami awak, malah ibu mertua awak pun anak2 dia kena usahakan jaga

  2. Jgn sesekali berhenti kerja n terus stay dgn mak ayah awak. Jaga mak mertua, atok, nenek & yg seangkatan sebelah suami adalah tanggungjawab dia dgn adik beradiknya & bukan awk. Kalau jadi lebih parah sampai bercerai barai atas alasan sebab nak menjaga mak atuk nenek dia kan? Pikir logik, jgn dilayan. Sayangi diri sendiri dulu, pikir diri sendiri dulu baru pikir yg lain2. Kalau awk diceraikan, tak berduit, ingat adik beradik dia nak tolong ke? Mmg idok ler jawabnya!!! Jadi, tepuk dada tanya diri sendiri….

  3. Waalaikumussalam. Pertama sekali abaikan kata2 ipar duai. Hal mak bapak suami BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI. ITU FAKTA. HAL NAK MENJAGA KEBAJIKAN MAK BAPAK SUAMI TERLETAK PADA SUAMI DAN ADIK BERADIKNYA.

    I harap sgt your husband tak lemah canggok biarkan diri you dibuli. And thank goodness you dgn husband you belum dikurniakan anak. My advise is do a family planning. Kalau boleh elakkan mengandung kerana you sedang berdepan krisis besar dlm rumahtangga you walhal you baru saja berkahwin. And if anything going sour, at least you senang nak ambil keputusan utk diri you sendiri.

    Akhir kata, you mesti TEGAS dan jgn cepat mengalah. Husband you should be grateful sbb dpt seorang isteri yg bekerja nk membantu economy kalian berdua. Jangan biar dia or keluarga dia tekan you.
    Kalau perlu utk distance kan diri, take that chance. Ingat, rezeki, jodoh dan ajal semuanya di tangan Allah SWT

  4. Jangan berhenti kerja. Teruskn tinggal dan jaga kedua ibu bapa awak. Bukan tanggungjawab awak jaga ibu bapa mertua. Inikan pula nk jaga datuk dan nenek suami. Suami jg tidak berhak suruh awak jaga ibu datuk dan neneknya jika awak tak setuju. Abaikan kata2 ipar sebelah suami. Awak kena tegas dalam mempertahankn hak awak.

  5. Jgn sesekali berhenti keje. Jaga atuk, nenek & mak mertua BUKAN TANGGUNGJAWAB menantu ye..lebih2 lg perempuan. Sekadar belah ikhsan jika kita nak buatpun. Awak perlu confront dgn pakcik2 & makcik2 (anak2 atok yg lain) ttg hal ni.kalo diaorg ungkit ttg mak mertua yg duk sekali dgn atok tu, awak ckp jer mak awak boleh jaga tp atok & nenek diaorg kena bertanggungjawab. Selesai masalah…kena tegas. So mudahkan awak juga sbb tak perlu travel lg, biar husband jer yg balik ke rumah mak ayah awak sbb mak dia pun ada sekali. Jimatkan lg kos, suruh husband pki motor jer ke keje & naik bas bila blk kg. Duit lebih tu utk tampung mak dia sepanjang awak jaga. Dlm kita berlembut & lebih kurang tapi ttp perlu ada ketegasan juga. Dengan suami pun sama cuma kdg2 kita tgk keadaan, jika bley tolong kita tolong. Jgn smpi bebankan diri jer. Kalo akak mmg mudah jer, suruh anak2 atok tu jaga mak ayah diaorg & akak amik mak mertua. Suruh suami yg balik2 kg bknnyer kita kena pegi kat dia sbb dah kita jaga mak dia kan. Potong maner yg tak perlu..jimatkan kos hidup sbb lom de anak ni bolehlah simpan2 skit

  6. Ni cerita basi family mertua, jng jadi bodoh. Hidup serba serbi perlu duit. Kalu u tak kerja u lg dipandang Hina, nnti diorang cakap u abiskan duit anak diorang. U akan jadi pengemis hatta untuk pampers u yg tak berapa sen tu. Akak dah lalui semua tu sedih dan terhina. Suami pon rasa terbeban dng keperluan peribadi kita. Bila u tak kerja diorang bebas nk buli u sebab u dah terpojok kat sudut yg u susah nk bangkit. Tutup telinga n teruskan hidup dng bahagia. Duit u bebas nk spend ke mana. Parents u masih perlukan u. Bukan anak lelaki sahaja yg wajib balas budi ibu bapa, suami bebal jer yg tak faham benda ni. Setiap anak tak Kira jantina jika mampu wajib berkhidmat untuk ibu bapa. Anak2 diorang boleh pulak belajar tinggi, untuk apa Tu? Tentu untuk dapat kerja yg bagus dng gaji yg bagus. Anak orang diorang nk jadikan Kuli dirumah diorang sementara anak2 diorang boleh bermegah dng pencapaian memasing. Anak2 diorang lepas tangan dan hidup tenang sebab ada babu free jaga kaum kerabat diorang. Segala kenduri kendara u yg hadap, diorang balik macam mak datin sementara u comot, busuk hangit satu badan. Fikir sejuta kali atau lebih kalu nk berhenti kerja, banyak buruk dari baiknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *