Atuk Si Pembakar Semangat

Hai assalammulaikum. Sedikit penerangan ringkas, nama aku Khai dan sedang menyambung pelajaran untuk menggenggam sekeping kertas sijil di peringkat diploma bagi bidang yang aku belajar ni.

Sebenarnya aku tak tahu nak bagi tajuk apa dan mulakan cerita yang aku nak sampai ini macam mana tapi aku cuba yang terbaik.

Lagi satu aku nak mintak maaf andai penulisan aku kurang menarik kerana aku bukanlah seorang sasterawan yang mempunyai otak yang kreatif dan aku juga hanya taip kisah ini melalui telefon bimbit sahaja.

Hari ini aku nak bercerita seseorang yang membakar semangat akuuntukmeneruskan pengajian ini dan untukpengetahuan semua ada pernah berfikir beberapa kali untuk berhenti dari belajar ini disebabkan banyak masalah-masalah yang mengganggu emosi aku.

Tapi alhamdulillah Allah dah jentii hati aku untuk batalkan rancangan aku tu walaupun kadang kala kecundang juga. Okay kita mulakan cerita ini dan perlu diingatkan aku bukanlah seorang penulis yang baik dan harap korang enjoy dan bagi serba sedikit nasihat yang boleh bakar semangat aku.

Okay orang yang aku maksudkan yang bakar semangat aku untuk sambung belajar ialah atuk aku. Ini ialah atuk sebelah ayah aku.

Waktu aku kecil aku dijaga oleh atuk dan nenek sebelah ayah aku sebab ayah aku sibuk bekerja untuk kesenangan kami dan emak aku sedang sambung belajar masa tu dan diorang struggle nak bina kehidupan untuk aku yg masatu ada dua beradik iaitu aku dan kakak aku.

Kakak aku berbeza, dia dijaga oleh nenek sebelah mak aku. Aku sebenrya tak kisah pun kitorng dipisahkan masa kecil sebab aku faham mak dan ayah aku tengah cari duit untuk kami.

Saja aku nak bagi tahu disini yang ibu aku adalah seorang mualaf dan ayah aku melayu tulen dan mereka kawin pada usia yang muda tak silap aku umur mereka masatu 22 tahun rasanya.

Dan aku ada dengar banyak kisah sedih sebelum ibu aku berhijrah tapi itu nanti insyaaAllah akan aku kongsikan pada hari yang lain. OKAY MAAF SEBAB JAUH SANGAT DAH LARI TAJUK HEHEHE ^_^

Okay balik kisah atuk aku, beliau bukanlah orang senang, beliau juga seperti orang kampung biasa yang pergi ke kebun untuk bercucuk tanam dan mengait kelapa sawit serta pergi ke laut untuk mecari ikan.

Dan aku pun selalu mengikut beliau jika ada kelapangan dan banyak ilmu-ilmu bermanfaat yang aku dapat dan mungkin boleh aku kongsikan.

And aku nak tambah yang aku ni boleh dikira cucu kesayangan dia. Mana tidak nak pergi ngeteh pun ajak aku dari anak ii dia which is pakcik makcik aku. Tapi diorang semua okay je .

Okay dalam ramai2 anak atuk aku iaitu pakcik makcik aku takde seorang pun yang berminat dalam pelajaran kacuali makcik aku seorang tapi diapun kecundang pada sem ke dua tak silap aku dan aku tak tahu apa punca dia berhenti belajar kolej.

Tapi berbeza dengan adik atuk aku. Adik atuk aku aku panggil nek B ada seorang cucu aku gelarkan dia Kak Wani jela erh?

Okay Kak Wani ni memamg perform dari dia f3 sampai f5 dan time keluar result spm dia antara pelajar yang berjaya dapat straight A and ditawarkan masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi dan telah pun bergraduasi.

Okay apa yang aku nak sampaikan kat sini? Masa cucu nek B ni nak konvo atuk aku tahu dan atuk aku ada cakap nak ikut dia tengok cucu nek B ni konvo dan masa tu dia nek B benarkan dia untuk ikut, yelah takkan dia nak halang abang dia nak ikut kot kan?

Atuk aku punya teruja sampai dia packing baju dan tidur kat rumah nek B dengan nenek sekali dia bawak dan jarak rumah diorang ni boleh tahan jauh dan atuk aku sanggup drive bawa kereta dia yang uzur pergi ke rumah nek B. Lepas acara penyampaian skroll tu atuk dan nenek aku pun balik ke rumah.

Aku masa tu datang rumah nenek aku saja lepak untuk berborak dan masa sebelum datang tu mak aku ada berbual kosong yang atuk aku pergi majlis konvo cucu kepada adik dia. Masa tu hati aku tertanya kenapa atuk aku sibuk nak pergi majlis cucu orang?

Aku masatu rasa macam malu la kenapa dia beriya buat macam tu. Tapi lepas aku lepak2 tu atuk aku ada lah cerita dia seronok tengok Kak Wani ni grad, dia pun cerita pung pang pung pang tentang betapa hebatnya suasana disana dan aku cuma dengar dan layankan sahaja.

Tapi selepas itu ada satu ayat atuk aku yang aku ingat sampai sekarang walaupun benda yang kami borakkan ini pada 3 tahun yang lepas ayat dia tidak la terlalu tajam untuk aku tapi cukup buat hati aku tersentuh dan sayu.

Atuk aku cakap macam ni, ‘seronok aku tengok cucu nek B tu tadi tadi. Hmm keturunan aku takde sorang pun lagi yang pandai’ Korang boleh bayangkan tak situasi dia macam mana?

And dia takde tunjuk riak wajah sedih dan dia cuma senyum tapi cukup aku faham yang dia pergi cuma ingin merasai suasana majlis-majlis besar seperti itu dan tidak ada niat yang lain. Dia selalu rasa gembira kalau ada cucu dia nak pergi interview kolej ataupun U.

Kakak aku pernah pergi Interview untuk masuk ke IPG dan masa tu mak aku mintak tolong adik dia iaitu paksu aku untuk hantarkan kakak aku sebab mak aku kurang tahu selok belok tempat yang hendak dituju itu.

Tapi korang tahu apa atuk buat? Dia gembira gila masa tu senyum lebar je dia and dia cakap nak ikut tengok kakak aku interview macam mana.

Walaupun umur dia dah lanjut dan dulu dia garang gila sampai kepala aku pernah kena ketuk sebab tak lancar mengaji sampai kakak aku kat sebelah ketar lutut takut terkena ketukan maut dia hahaha. (Tapi kakak aku tak pernh kena pun, antara cucu-cucu dia aku selalu kena tapi aku tak ambik hati sebab aku tahu dia marah sebab dia sayang aku).

Okay berbalik kisah dia garang dulu tapi bila kami semua dah besar kami boleh nampak yang dia sayangkan kami semua. Okay pada hari kejadian mereka pun bertolak tapi atuk dan pakcik aku hanya menunggu di tempat yang disediakan dan tak boleh teman kakak aku.

Bayangkan atuk aku siap boleh tidur lagi and lepastu ajak pakcik aku minum2 dan lepas dari kakak aku interview diorang pun balik dan masa balik tu pun atuk aku belanja diorang makan.

Satu lagi nak bagi tahu yang atuk aku ni memng pemurah kalau bab makanan, dia selalu ajak sesiapa yang ada depan mata dia makan sekali and dia belanja. Sampai sini je and yg nak tahu result kakak aku diterima atau tidak?an

Jawapannya adalah tidak hahahaha, mungkin bukan rezeki dia and difahamkan dia tak lepas tang ujian kecerdasan, maklumlah kakak aku ni boleh diketegorikan sebagai panda comel dalam rumah ni hehehe..

Tapi takpe bukan itu yang aku nak tekankan kat sini, yang aku nak tekankan aku selalu jadikan ayat atuk aku tu sebagai pembakar semangat untuk aku terus berjalan menggapai kejayaan.

Aku dah rancang untuk majlis konvo aku nanti aku nak bawak dia duduk dalam dewan dan tengok aku cucu dia dari keturunan dia yang pertama ambil skroll di atas pentas yang besar dan nama aku dipanggil dengan mikrofon yang satu dewan boleh dengar.

Aku nak dia bangga dengan aku dan aku harap semua orang doakan aku supaya aku berjaya habiskan pelajaran aku ini dan untuk pengetahuan semua aku sekarang berada di tahun yang ketiga dan insyaaAllah tahun depan merupakan tahun terkhir aku, doakan aku ya semua !!!

And aku juga pohon doa anda semua untuk atuk aku supaya kesihatan dia berada dalam keadaan baik sebab tiga hari lepas nenek aku ada cerita yang atuk aku mengadu dada dan kaki dia sakit and hari ini dada dia sakit. Sejujurnya aku takut dia tak sempat melihat cucu dia ni naik ke atas pentas itu nanti T_T.

Okay setakat ini sahaja kisah aku, maaf andai kisah ini membosankan anda semua dan aku juga berterima kasih kepada admin andai cerita aku disiarkan.

Akhir kata semoga semua pembaca berada di dalam lindungan Allah SWT dan dijauhkan dari segala bala bencana atau wabak yang melanda pada masa kini. Okay assalammualaikum semua dan jika ada kelapangan insyaaAllah kita akan berjumpa lagi.

Yang benar,

– Khai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *