Seperti tajuk yang aku tulis tu, bila berlaku bermacam2 kejadian ke atas diri kita, barulah kita dapat melihat apakah hikmah di atas segala kejadian tersebut.
Nama aku Melor, ibu tunggal yang tidak bekerja berusia 55 tahun, punya 4 anak yang sudah dewasa dan sorang cucu.
Aku sudah tiga kali berkahwin. Tiga kali perkahwinan aku semuanya gagal, berakhir dengan perceraian.
Ketiga2 perceraian, aku yang minta dilepaskan. Bukan kerana aku tidak punya kesabaran yang tinggi, tetapi kerana aku sudah letih bersabar.
Perkahwinan pertama 1988-2008
Perkahwinan pertama aku bertahan selama 20 tahun. Keempat2 anak aku hasil dari perkawinan pertama. Aku failkan fasakh kerana suami aku curang.
Selama 20 tahun hidup aku berumah tangga, kami anak beranak tidak menitikberatkan soal agama. Suami sangat sosial orangnya. Aku dan anak perempuan tidak menutup aurat dengan sempurna (tidak bertudung).
Aku dan anak2 aku sahaja yang solat, itupun bukan 100% solat kami terjaga. Puasa Alhamdulillah, aku dan anak2 berpuasa. Suami… depan aku puasa, belakang aku, entah laaa!
Perkahwinan kedua 2009-2014
Setahun menjanda, aku dilamar oleh duda kematian isteri yang sangat menjaga didikan agama.
Sebetulnya aku tak ada hati langsung pada duda itu, tetapi disebabkan kelangsungan hidup, aku yang tiada pekerjaan ini terpaksa menerima lamarannya.
Bila berkahwin dengannya, aku yang tidak bertudung, menjadikan aku seorang yang menutup aurat. Aku yang tidak lengkap solat 5 waktu, menjadikan aku seorang yang sayang untuk meninggalkan solat.
Bagaimana suami aku didik aku sehingga aku cukup solat 5 waktu? Setiap kali suami aku keluar bekerja, dia akan menelefon aku bertanya sama ada aku sudah solat atau belum. Setiap hari ye!
Sehingga aku rasa malu pada diri aku sendiri bila suami aku menelefon aku waktu sekian sekian, aku belum menunaikan solat.
Disebabkan setiap hari suami aku tidak jemu mengingatkan aku untuk solat, Alhamdulillah sampai hari ini aku tidak pernah tinggal solat dengan sengaja (malas).
Cantiknya aturan Allah kan… Allah hantar suami kedua aku untuk didik aku supaya aku dekat dengan Dia.
Allah hantar dia pada aku supaya aku menjadi orang yang baik, menutup aurat, menunaikan solat 5 waktu.
Bayangkan jika aku masih bersama suami pertama dulu……
Perkahwinan kedua aku bertahan selama 5 tahun. Sebab bercerai kerana suami aku sangat cemburu dengan bekas suami.
Aku dengan bekas suami pertama selalu berhubung kerana anak. Suami kedua aku tidak boleh terima hal itu.
Aku terpaksa melepaskan suami kedua aku pergi dari hidup aku kerana aku tidak ingin memisahkan anak2 aku dengan bapak kandungnya.
Allah pinjamkan aku sekejap suami kedua untuk bimbing aku ke arah hidup yang lebih baik.
Perkahwinan ketiga 2016-2023
Selepas 2 tahun bercerai dengan suami kedua, rakan sekampung datang melamar aku, tetapi dia bekerja di negeri lain. Sama negeri dengan anak perempuan dan anak lelaki aku bertugas.
Rakan sekampung aku ni sama macam aku, dua kali gagal dalam perkahwinannya. Jadi… ini adalah perkahwinan ketiga kami.
Beberapa bulan selepas kami selamat disatukan, aku berpindah ke negeri tempat suami aku bekerja. Dengan perpindahan ini, aku makin dekat dengan anak2 yang bekerja di situ dan juga dekat dengan cucu tunggal aku.
Cantikkan aturan Allah. Bila berada dekat dengan anak2 dan cucu, aku sendiri yang menjaga cucu aku sewaktu anak aku bekerja. Aku menjaganya dengan penuh kasih dan sayang.
Bayangkan kalau aku tidak kahwin kali ketiga ini, pasti aku tidak akan berpindah. Pasti aku kekal tinggal di negeri kelahiranku.
Di usia aku sekarang ni… aku ingin hidup tenang2 je. Bila kami berkahwin, anak2 suami tidak selesa dengan perkahwinan kami. Bertahun2 aku memendam rasa.
Dipendekkan cerita, aku mintak undur diri kerana tidak ingin hidup di dalam keserabutan.
Walaupon aku tidak tinggal bersama anak2 tiri tetapi mereka selalu mengganggu ketenteraman hidup kami. Suami aku yang menjadi mangsa kekasaran anak2nya.
Allah pinjamkan suami ketiga selama 7 tahun untuk bawak aku dekat dengan anak2 dan cucu aku.
Apa yang menyebabkan aku tergerak hati nak menulis di sini… Tadi aku borak2 dengan anak perempuan aku. Dia bagitau aku, “Mama… cantiknya aturan Allah menghantar Mama ke sini”.
Aku jawab… “Iye… tempat isteri disisi suami. Jika Mama datang ke sini untuk menjaga cucu, rasanya Mama tak datang kot sebab cucu Mama ada mak ayah hehee”
Penutup….
Alhamdulillah!
Di usia aku yang sudah menjangkau 55 tahun ini, masih ada lagi insan yang sudi mendekati aku. Aku tidak menolak jika jodoh aku datang lagi.
Bukan kerana untuk kelangsungan hidup dah, kerana hidup aku sekarang dikelilingi anak2 yang sangat menjaga kebajikan aku.
Aku terima untuk kahwin lagi atau tidak, aku pasti Allah dah susun cantik2 perjalanan hidup aku sebelum sampai ke sana.
Kawan2 aku berpendapat, dah tua2 ni tak payah la kawin lagi. Baik buat amal ibadah. Alaaa kalau ada orang nak kau, dan kau pun nak dia, kau akan terima juga, hahaa!
Bagi aku… jaga makan pakai suami yang tak bermasalah, pun satu ibadah juga. Gudang pahala sebenarnya ada banyak di rumah, bukan di masjid je.
Sekian cerita aku..
– Mama Melor 1969 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kita manusia susah nak nampak cantiknya aturan Allah tu. sy sendiri kak umo 29 baru tersedar benda ni. skrg sy berpegang dgn kata2 ” setiap yg berlaku ade hikmahNya” dan sy cuba redha seikhlas hati dgn ape yg berlaku sbb sy pasti ade hikmah darinya.