AturanNya

Salam semua. Aku El, umur cukup 35 tahun bulan ni.

Ringkasan hidup aku, sejak aku di bangku sekolah aku selalu berkata yang aku tak nak anak.

Orang cakap jangan cakap macam tu nanti menyesal. Aku ada sebab2 aku sendiri yang aku tak nak bahas di sini.

Selepas habis ijazah, aku mula cari pasangan hidup. Sebelum mula serius aku akan berterus terang tentang aku tak nak anak. Aku malas untuk berdrama air mata selepas hubungan dah serius.

5 lelaki datang untuk berkenalan & 4 angkat kaki semasa text pertama lagi.

Aku tak marah tapi bersyukur sebab lelaki2 tersebut jelas maklamat hidup & memang nak anak, tanpa compromise.

Seorang lagi tu? Ye suami aku sekarang.

Sebelum berkahwin, husband aku jujur bagitahu yang dia “sterile” atau mandul atas sebab kecuaian hospital semasa dilahirkan.

Husband aku tunjuk laporan hospital sebagai bukti yang dia mangsa kecuaian bukan sebab suka2 mandulkan diri (vasectomy).

Aku macam terkejut (Tergamang? Terpesona? Terharu?) sekejap sebab Allah atur aku dengan orang yang tak boleh mengandungkan aku.

Cantik sungguh aturan Allah ni. Tak ada la drama air mata terpaksa berpisah sebab sorang nak anak & sorang lagi tak nak anak.

10 tahun perkahwinan kami, kami bahagia. Ada juga mulut yang bertanya tak nak ambil anak angkat ke.

Oh ya, family aku tahu keadaan husband aku yang sterile. Semua terima dengan baik tapi mereka tak tahu yang aku tak nak anak. Aku diamkan sahaja.

Bulan lepas peristiwa buruk terjadi di mana adik ipar aku & biras aku kemalangan kereta & maut. Masa tu biras aku mengandung 8 bulan.

Biras aku meninggal selepas sampai di hospital. Baby sempat keluar secara caesarean. Baby girl yang sihat. Kesian baby dilahirkan tanpa ibu & ayah.

Selepas seminggu di hospital. Aku & suami bawa balik baby. Sebelum tu, kami dah beli barang2 baby.

Di sebabkan tiba2 “dapat” baby kan, kami pun kurang pasti apa yang perlu di beli. Kami beli semua benda yang youtube kata perlu untuk baby newborn.

Arwah biras aku sebatang kara. Tak ada ibu ayah, tak ada nenek atuk dan tak ada pakcik makcik. Masa kahwin juga guna wali hakim.

Hak penjagaan baby sepatutnya jatuh kepada waris sebelah ibu tapi disebabkan biras aku tak ada waris/ wali/ sedara lain, hak penjagaan jatuh sebelah bapa iaitu keluarga husband aku.

MIL & FIL aku dah tua, memang tak larat nak jaga baby kecil. Adik beradik lain pun tak ada, cuma tinggal husband aku sahaja waris terdekat baby tu yang mampu jaga baby.

Aku ok sahaja tiba2 “dapat” baby.

Aku bersyukur & dapat terima baby tu dengan baik sebab husband aku masih tanya pendapat aku walaupun dah tahu baby tu tak ada waris lain selain dia.

Aku happy sebab husband aku libatkan aku dalam segala perbincangan baby tersebut.

Sekarang aku 35 tahun baru nak belajar tentang baby dari A to Z. Sebab selama aku cakap tak nak anak, memang aku tak ambil kisah terus pasal baby.

Sekarang ni kami dalam process nak jadikan anak buah kami ni sebagai anak angkat di bawah akta pengangkatan. Apa2 urusan sekolah atau formal jadi senang sikit sebab kami penjaga sah.

Sekali lagi aku terpesona & gembira dengan aturan Allah. Semua cantik2 & elok sahaja.

Aku bersyukur Allah jodohkan aku dengan husband aku & bagi kami peluang untuk jaga baby arwah adik ipar.

– El (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *