Auntie, Tolong Jangan Melampaui Batas

Cerita aku mungkin akan dapat kecaman tapi tak pe, aku just nak berkongsi cerita.

Keluarga mak aku ada 9 orang, semuanya dah berkahwin dan mempunyai kerjaya yang bagus tapi yang tak bagusnya, autie yang yang last ni. Rasa nak pukul je.

Kenapa aku cakap macam tu? Meh aku story.

Before that, aku nak terangkan sedikit berkaitan perangai keluarga mak aku. Semuanya jenis yang intorvert dan jenis malas bergaduh adik beradik.

8 perempuan 1 lelaki which is anak lelaki tunggal dalam keluarga mak aku dan suami kepada auntie. Kiranya auntie ni menantu.

Disclaimer : menantu ada yang baik ada yang tidak.

Mostly ramai sepupu aku tak suka dia sebab dia suka shaming and rendahkan orang lain.

Anak orang lain dikatakan nakal and berkuman padahal anak dia lagi nakal. Rosakkan motor orang tapi buat tidak tahu. Terjun dalam kolam ikan rumah orang tapi tak pernah marah. Rosakkan sofa baru rumah orang, dibiarkan.

Auntie aku dengan uncle aku merupakan keluarga t20 berbanding adik beradik lain. Jadinya gaya diorang agak sedikit berlainan dan pemikiran juga agak berlainan. Itu aku tak kisah. Yang buatkan aku kisah, bila duit mula mengaburi mata.

Auntie aku ni memang tak berapa suka aku lepas aku balas balik apa dia cakap ke aku. Masa ni umur aku 14 tahun. Berat 80kg, kulit kusam berjerawat and so on la. Tambah2 aku ni perempuan memang teruk juga aku kena shaming dengan auntie aku. Nak tau dia cakap apa?

“Ngah ni jerawat banyak mesti gatal dengan jantan kan”

“Gemuk2 camni makan apa”

“Try guna darah period letak dekat muka mana tahu elok”

“Kuman lah”

“Tak cuci muka ke”

Pernah sekali, sewaktu dia dan anak2 dia datang kenduri kesyukuran rumah aku, depan semua orang dia cakap dekat aku “kenapa teruk sangat muka tu, dengan lubang2 nya”

Sambil sengih2 and usap kulit wajah dia. Sambil pandang ke anak dara dia yang terpaling mulus, bersih kulit. Puih. Dasar pakai timbang kilo ingat aku tak tahu ke.

Kalau tanya kenapa parent aku tak marah. Sebab parent aku jenis diam and malas nak bergaduh tapi tidak kepada aku.

Pernah juga dia shaming badan aku sampai aku insecure teruk. Terus aku balas depan semua orang “uncle, boleh dah kut cari bini lain. Yang ni dah gemuk, pakai timbang kilo. Cari yang kurus2 and lawa”

Teru sentap and tak cakap dengan aku. Eh tau pulak kau sentap. Bila ada family gathering, mesti kalau nak salam aku, dia skip ahah. Tapi tu pe aku masih boleh bertahan.

Makin kemuncak kebencian bila arwah tok aku sakit. Arwah tok aku sakit sampaikan dia tak boleh buat semua benda sendiri. Makan, kencing berak semua kena ada bantuan.

Disebabkan aku lah orang yang menjaga arwah paling lama, semua perangai masa jaga arwah tok aku dah tengok.

Lepas je arwah tok aku keluar dari hospital, diorang adik beradik mak aku buat sistem gilir untuk jaga tok aku disebabkan semua orang bekerja.

Jika diikutkan, ianya tak menjadi masalah kerana adik beradik yang ramai tapi still menjadi masalah bila ada yang culas. Dari sini aku mula faham, seorang emak boleh jaga anak yang ramai tapi tak semua anak boleh jaga emak seorang.

Makcik2 aku yang lain so far alhamdulliah, masih jaga arwah tok dengan baik tapi si insan ini, banyak kali beralasan untuk tidak menjaga. Tapi waktu ni aku tak kisah sangat sebab aku pun free and masih tunggu tawaran upu.

Walaupun waktu terkhir arwah tok aku menghembuskan nafas aku tak ada disamping dia, aku masih pujuk hati Allah masih benarkan aku luangkan banyak masa dengan arwah dulu.

Pernah sekali, bila turn uncle aku jaga arwah tok, tengah2 malam diorang call cakap tak boleh datang sebab ada urgent meeting padahal aku dah tinggalkan arwah tok aku berseorangan untuk settlekan beberapa hal.

Sebab aku assume diorang akan datang lepas saja aku tinggalkan arwah dan sepatutnya waktu tersebut diorang dah datang.

Malam tu juga aku pecut naik motor ke rumah arwah tok sebab rasa berdosa tinggalkan dia berseorangan dari siang. Aku ambil tanggungjawab mak aku, sebabkan mak aku tak berapa sihat.

Esoknya, spupu aku hantar gambar yang diorang pergi bercuti ke cameron highland bersama keluarga belah auntie aku. Ya Allah, mendidih darah waktu ni.

Terus aku sound uncle and auntie aku sebab biul sangat otak tu. Anak2 uncle & auntie aku tak pernah jejakkan kaki diorang ke rumah tok aku untuk jaga. Mungkin jijik barangkali.

Bukan sekali dua diorang culas, banyak kali. Tahu2 je bagi alasan tak dapat datang and aku yang akan take over. Pastu bila datang jaga, depan2 tok aku yang terbaring lemah boleh bersembang pasal makan mahal2.

Bukannya nak bawa hulur sikit ke tok aku. Uncle aku pun tak tahu la kenapa biul sangat otak tu. Ikutkan je apa yang auntie aku nak.

Adik beradik lain ada juga tegur tapi tak jalan. Tah la terlampau fikir adik beradik sampai ada yang tak nak tegur.

Bila auntie aku jaga arwah tok, mulut tu tak pernah nak cakap yang baik2. Itu sebab dalam islam kena belajar adab dengan orang sakit.

“Mak tahu tak, kawan ** ada jugak sakit macam mak, minggu lepas meninggal”

“Ehh kencing manis ni, nanti kena potong kaki”

“Mak ta boleh makan ini, nanti kencing manis mak lagi teruk” sambil dia tunjuk gambar dia dan keluarga dia makan durian musang king.

Bohonglah kalau aku tak bising. Memang aku bising habis.

Sampailah nak dekat ajal arwah tok, ditakdirkan arwah tok ditidurkan sebab oxsigen drop teruk.

Dalam pada semua orang tengah bersedih. Boleh pulak uncle & auntie aku cakap pasal duit tabung haji arwah dan rumah arwah. Bila nak keluarkan? Nak bahagikan macam mana and so on.

Masa ni aku tak tahu cerita sebab aku dah sambung belajar. Bila dapat khabar yang arwah tok aku makin tenat dan doktor cuba nak buat ikhtiar terakhir, uncle aku seorang saja yang tolak. Dikatanya suruh redha dengan ketentuan ilahi. Mrah adik beradik yang lain.

Bila arwah tok aku dah dijemput ilahi, sudah tentu semua orang sedih. Tapi tidak bagi 2 ketul biul ni. Luaran nampak sedih tapi dalam Allah je tahu.

Pagi tadi baru selesai kebumikan jenazah, petang semua adik beradik mak aku tengah kemas rumah arwah tok aku.

Yang mana nak ambil baju untuk simpan, ambil lah. Anak2 auntie aku siap ajak balik rumah awal sebab bosan.

Dalam pada semua orang sibuk mengemas, si auntie ni boleh kumpulkan semua barangan arwah dan bawa keluar. Adik beradik yang lain ingat diorang nak simpan or sedekahkan tapi tidak.

Diorang bakar without tanya adik beradik yang lain. Terkjut semua orang masa ni. Bila ditanya kenapa bakar. Dikatakan barang dah buruk.

Walaweii. Ini orang otak mungkin sudah berada di kaki.

Baru seminggu arwah tok aku meninggal, diorang dah bising2 pasal harta tok aku. Dimintanya kad tabung haji dekat mak aku sebab mak aku yang paling rapat dengan arwah tok dan sentiasa ada dengan arwah tok.

Jadinya arwah tok sangat percayakan mak. Rumah pusaka arwah tok juga tok serahkan kepada emak secara tidak lansung.

“F (mak aku) nanti kalau mak tak dak, jaga rumah ni elok2”

Pesan terakhir tok aku. Mak aku & adik beradik aku yang sentiasa jaga kebajikan rumah tersebut.

Tapi kami digemparkan dengan idea uncle and auntie aku. Idea yang bagi aku sangat bodoh.

“Kitorang nak ambil rumah mak, kitorang nak bina banglo situ. Semua rumah mak kitorang akan tolak. Buat baru” kata auntie aku.

Memang semua adik beradik lain bangkang teruk idea tu. Aku pun tak faham, diorang dah ada 3 banglo tapi still tamak. Dah kenapa. Lagipun rumah arwah tok aku, mak aku nak duduk. Senang kalau adik beradik lain datang beraya nanti.

Asalnya semua orang setuju. Tapi aku tak tahu apa yang dikata oleh auntie kepada ayah, tiba2 ayah sekerasnya tak nak pindah.

Sekarang rumah arwah tok masih menjadi tempat adik beradik lain singgah. Tapi auntie aku yang terlebih sudu dari kuah. Barangan arwah tok habis dia korek. Dari geran rumah hingga harta arwah.

Anak kandung lain nak buat apa2 pasti diatur. Aku pun pelik asal semua orang tak melawan je. Aku banyak je melawan sampaikan hampir putus saudara keluarga aku dengan keluarga auntie aku.

Jadinya, kepada menantu sebegini. Janganlah terlebih over. Mak awak meninggal pun awak seakan bangga. Dicanang 1 dunia mak awak meninggal sebab sekian2.

Harta mak awak banyak ni sekian2. Padahal awak pun tak jaga sangat arwah mak awak masa dia sakit dulu. Mak mentua awak lagi lah, jangan cakap. Awak jangan lupa, awak juga ada anak2.

Kepada si anak, awak kena fikir juga dimana syurga awak.Tak salah nak ikutkan cakap isteri tapi awak macam abaikan tanggungjawab.

Dulu saya sayang & hormatkan awak sebagai uncle yang baik tapi lepas awak berduai naik pangkat, uncle seakan lupa siapa yang menjaga uncle.

– Yang Tengah Geram (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *