Aura Negatif

Assalamualaikum..

Nak tanya pandangan semua la kan macamana ya nak bantu pandangan orang yang selalu negatif ni.. kalau lama2 kerja dengan aku takut aku pula yang stress dengan dia. Buat masa sekarang belum lagi tapi dia dah macam biawak yang perlu aku bawa ke mana-mana.

Diringkaskan begini aku dengan mangkuk ni satu tempat kerja, dia baru pindah masuk kerja di tempat aku. Mula2 tengok tak adalah ketara sangat peribadi dia. Kiranya aku ni bukan peduli sangat personaliti orang ni..sebab aku ni jenis masuk dengan semua orang. Sehinggalah kami kena pecah2kan bilik. Aku berkongsi bilik office dengan dia.
Aku hormat dia panggil dia kakak..dia bujang umur 37 tahun…tengok macam peramah.. lama2 makin kenal makin susah aku nak kawal dia. Sebenarnya aku ni kira boss dia.. tapi dia jarang nak dengar apa yang aku tegur..moody memanjang.. kalau dia tak suka sesiapa dia akan tengok keburukan orang tu.. dia aim dari A hingga Z. Time datang mood meroyan dia.. dia akan duduk dikerusi berdekatan aku dan suruh aku dengar semua citer dia..suruh hafal semua yang dia cerita.. aku pun dah naik jemu dengan cerita yang sama lebih2 lagi tentang ex dia yang dah pisahkan dengan dia 14 tahun dulu.

Pernah aku tegur jangan duk arahkan orang lain, jaga intonasi suara supaya orang tak salah faham tapi dia dengar sekejap lepas tu ulang semula..kadang2 tanpa sedar perangai kurang ajar dia akan keluar.. marah2 orang lain.. buli yang muda.. tengking depan2 orang… sampaikan tiada siapa yang nak keluar makan..kalau ada event mereka rela tak sebut kat dia.

Aku pun risik2 juga dengan tempat kerja lama.. iyalah jawatan kami ni pusing2 jumpa member sama kan.. yang ada pengalaman dengan dia rata2 hampir separuh gila kalau kerja dengan dia. So, aku pun motivasi diri.. aku kena tarik dia jadi positif..kena ubah cara pandangan dia terhadap orang..sebab sepanjang kenal dia.. dia menilai dengan cara yang salah sebagai contoh.. kalau ada program..dia sebagai peserta akan ke depan..akan soal2 urusetia kenapa tak buat macam tu dan macam ni.. lepas tu dia arahkan urusetia macam2.

Bila saya tanya kenapa kak? Boleh dia cakap urusetia tu tak tahu apa..jadi dia nak tolong (niat baik tapi cara salah). Bila pergi mesyuarat.. tetiba ada yang tak fokus time tu juga dia sound direct.. dan kata macam2. Saya tak kata apa yang dia buat tu salah tapi saya kasihan kat dia.. ramai orang tak suka sebab personaliti over dia..

Kadang-kadang time kita nak makan setengah jam tak boleh nak makan sebab dia akan berdoa dan cakap aku makan ni nak sihat jadi cantik jadi berkat dan bla..bla.. bagus sebenarnya tapi bila dia baca kuat2 dan kami ni kebulur dan layan karenah dia yang pelik tu.
Kadang2 bila jalan dengan dia.. dia suka cakap sihat..sihat..jalan ni kuat…tak demam.. aku kuat.. macam2 lagi ayat dia.. yg dengar sekali sekala tak apa..tapi aku ni hampir 8 jam dengan dia membebel dan dengar kebimbangan dia pada benda kecil pun buat aku jadi stress

Tolonglah kawen kak oiiii cari suami dahla duk citer pakwe lama 14 tahun lepas yang memang dah ada anak bini..
Kami semua ni sikit lagi nak jadi gila dengan karenah akak..dari moody..dari perangai direct tu..
Paling tak boleh nak lupa..dia boleh duduk atas lantai hentak2 kaki minta aiskrim dengan pekerja lelaki bujang kami umur 23 tahun.. terkebil2 dia tengok akak..tak faham..
Saya ni nak sangat orang lain bantu saya apa yang perlu saya buat untuk bantu hamba Allah ni..
Tegur dah tegur tapi xkekal lama still duk bawa perangai camtu
Dah orang pulaukan dia..dia tak kisah dan xrasa pentingnya berkawan..dan anggap mereka tu bermasalah
Penat dan penat.. saya nak join mana2 program pun payah..sebab semua program dia nak ikut..kalau dia tahu saya join tanpa dia.. dia mengamuk..hulk tengok pun takut

Semoga aku dapat bantu dia

– Senyum

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit