Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca IIUM Confession.. Aku kakak. Tujuan aku menulis disini adalah untuk meminta pendapat.
Sebelum aku bercerita tentang masalah aku, perlu rasanya aku perkenalkan sedikit sebanyak tentang aku.
Aku dibesarkan bersama 4 lelaki (adik beradikku) + 2 lelaki ( jiran sebelah). Disebabkan jarak umur kami yang dekat kami ibarat 7 beradik. Dimana sahaja kami pergi jiranku akan ikut.
Sehinggalah aku kini menginjak dewasa. Aku sekarang berumur 28 tahun, namun tidak pernah bercinta dalam tempoh yang lama kerana 6 lelaki diatas.
Pengalaman bercinta aku sewaktu sekolah sering kantoi dengan jiran aku kerana kami satu sekolah. Seringkali tiba2 lelaki itu ghost kan aku.
Ketika di matrik, aku bercinta dengan seorang budak dari maahad. Namun begitu, sewaktu cuti semester abangku pula yang membuatkan kami putus.
Masuk semester kedua, aku bercinta dengan geng cycling pun kecundang disebabkan adik aku pula. Cycle ini berterusan sehinggalah aku habis belajar di university.
Abang2 ku dan adik2 ku seringkali mengganggu perjalanan cinta ku. Kini jiranku (1 orang), dan abangku (2 orang) telah pun berkahwin.
Aku jadi sedikit lega kerana 3 orang ini akan selalu menjadi mertua yang kejam disaat aku bercinta.
Sekarang masalah aku pada 3 lagi manusia ini iaitu jiran dan adikku 2 orang lagi. Setiap kali aku berkenalan dengan orang baru mereka pasti dapat menghidu kegiatanku.
Disaat umurku sudah hampir cecah 30 tahun, makcik2 ku seringkali kali bertanya bila aku mahu mendirikan rumahtangga.
Aku kini sudah tiada perasaan untuk berkahwin lagi. Aku lebih fokus untuk kerjaya dan menambah aset sekarang.
Dalam masa yang sama, aku sekarang sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki yang lebih 10 tahun tua daripadaku. Aku namakan dia Jaafer.
Jiran dan adik beradikku seakan belum tahu tentang si Jaafer ni. Aku sangat rapat dengan Jaafer. Kami sering ber video call, sering berwhatsapp namun aku hanya menganggap Jaafer sebagai teman tapi mesra.
Kami jarang berjumpa kerana aku kerja di daerah lain dan Jaafer di daerah lain. Kami bertemu ketika aku pulang ke rumah parents sahaja. Itupun sekejap bagi mengelakkan jiran + adik abgku + kawan2 mereka nampak.
Aku tidak kekok untuk bertanya apa jua persoalan pada Jaafer. Kami selalunya berhubung ketika aku berada di rumahku.
Aku dan Jaafer hanya sebagai kawan dikala sunyi. Kami pernah berbincang dan kami berdua sangat sependapat berkenaan perkahwinan.
Kami memang langsung tidak berkeinginan untuk berkahwin walaupun sedar umur kami bukanlah muda lagi. Tetapi kami sangat sering ber video call, sebelum tidur, bangun tidur, waktu makan.
Ok habis intro, jump kepada masalah sebenar aku. Aku mempunyai satu niat iaitu untuk berubah sebelum masuk 30tahun. Aku berazam untuk menutup aurat dengan sempurna.
Namun agak mustahil dengan kehadiran Jaafer dan jiranku sekali. Aku begitu selesa dengan Jaafer.
Jiranku pula telah aku anggap sebagai adikku kerana dia lahir 6 bulan selepas aku. Mereka (jiranku) bebas masuk ke rumahku bahkan bilik aku sendiri. (Bilikku memang tempat untuk kami adik beradik melepak).
Mungkin juga kerana fizikalku, sukar untuk aku menutup aurat. Kata Jaafer aku kene gemukkan badan supaya nampak seperti wanita, namun sukar untuk aku menambah berat badan kerana kerjaku.
Baru sekarang juga aku mula menyimpan rambut panjang untuk jadi wanita. Itupun ibuku rimas.
Aku cuba mengikut kakak iparku memakai tudung didalam rumah, namun mereka ketawa pula. Baju dan seluarku kebanyakannya short pant dan t-shirt.
Aku cuba menutup aurat di rumah aku sendiri. Aku akan pakai tudung waktu kerja. Jadi kawan sekerja ku tidak tahu bahawa kehidupan aku di rumah parents sangat berbeza.
Hanya seorang pernah tersempak ketika aku dalam perjalanan pulang ke rumah parents. Itupun aku terpaksa meminta dia tidak bercakap mengenai pakaian ku.
Owh aku akan balik ke rumah parents aku seminggu 2 kali. Aku agak stress, apa aku perlu buat?
Terima kasih bagi yang baca sampai habis.. sekian.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit