Hai Assalamualaikum bagi yang Islam dan Selamat Sejahtera bagi yang non muslim.
Tujuan saya menulis confession ini adalah untuk kongsi perasaan sebagai seorang yang pendek ni.
Ketinggian saya takdelah pendek mana, tapi boleh la nak dikatakan pendek, sebab semua orang panggil macam tu. Lagi – lagi bila dah masuk Universiti ni. Tambahan pulak badan memang kecil halus kurus.
Umur sekarang dah 19. Tinggi 147cm. Berat 35kg. Ha kalau ada korang yang lebih pendek kecik ringan dari saya, korang comel sebenarnya. Lagi lagi kalau perempuan. Jangan rasa rendah diri sangat! Lelaki pulak, kalau pendek dan isteri korang lagi tinggi , orang kata murah rezeki. ye ke? Orang kata. bukan saya kata. Apepun, tuhan dah tetapkan rezeki masing masing.
Nak kongsi pengalaman, haritu saya pergi ke farmasi. Saja belek belek barang sebab saya ni suka tengok ubat dan supplement. Maklumlah hasrat nak jadi pharmacist tak kesampaian atas beberapa faktor.
saja lah bertanya pada pekerja farmasi tu (perempuan), “ada tak ubat nak naikkan berat badan?”. Dia tanya,”Adik umur berapa? Berat berapa?”. Bila saya kata umur 19, berat 35kg, dia kata “Okaylah tu”. Saya pelik. Bukan underweight ke?
Dia kata “Akak ni umur 29. Dah kahwin. Anak dah 2 orang. Berat masih 35kg. Dah kerja kat farmasi 12 tahun dah.”. Time tu barulah saya rasa saya tak keseorangan. Rupa-rupanya ramai juga yang underweight ni. So sesiapa yang rasa down sangat , anda tidak keseorangan! Kalau nak tahu, akak tu pun sama tinggi je dengan saya. Anak dah 2 tau!
Dulu saya selalu terfikir, ada ke orang nak ambil saya bekerja? Sebab kecik sangat. Sekarang bila dah nak masuk angka 2 ni, baru sedar diri. Allah dah tetapkan rezeki masing-masing. kita kena usaha dan tawakkal je. Dulu selalulah berangan, ada tak orang nak ambil jadi model pakaian muslimah kanak kanak ke, memandangkan diri ni memang pendek macam kanak-kanak! (Sekarang pun masih berangan).
Bila jumpa sesiapa, Orang mesti tanya, “umur berapa?”. Bila cakap 19, diorang kata “lahhh. ingatkan baru form 1”.
Takpe , saya redha je. Bak kata orang, jadi pendek ni comel.
Awak awak awak di luar sana yang rasa rendah diri sebab orang kata “bantut, kerdil, akan terbang bila angin tiup, lidi’ dan sebagainya, jangan sedih sedih. Ada hikmah awak macam tu. Awak comel tahu?
Just be yourself, build confidence in yourself. Jangan dengar kata-kata negatif dari orang. InsyaAllah, kecil kecil cili padi!
Akhir kata, sebarkan aura positif disekeliling kita, tinggikan akhlak, tinggikan budi bahasa, Tinggikan matlamat hidup. InsyaAllah orang akan pandang tinggi pada kita walaupun kita pendek.
– Syazwani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit