“Maaf, saya belum terbuka hati untuk menerima awak sebab awak terlalu baik untuk saya”… Demikian kata2 Poda (nama samaran) yang menjadi pujaan hati saya dulu.
Tapi Alhamdulillah Poda tak blok saya.
Saya belikan dia shawl limited edition, belanja makan dan habis beribu ringgit semata2 anak memenangi hati Poda.
Waktu tu saya mendapat biasiswa yang sepatutnya saya gunakan untuk pengajian saya di sebuah IPTA, tapi saya gunakan untuk pikat hati dia.
Hampir setiap minggu puasa sunat isnin dan khamis menjadi acara ikat perut saya sebab waktu ni saya dapat berjimat supaya saya boleh menabung dan belikan hadiah untuk Poda.
Kebetulan masjid di IPTA saya memang buat majlis berbuka bagi pelajar yang berpuasa sunat hasil sumbangan orang ramai.
Agak2 Allah terima ke amalan puasa sunat saya ni ya? Rasa macam berdosa sebab puasa untuk menabung demi kebahagiaan wanita yang bukan isteri saya pun..
Macam2 saya buat demi memilikinya, usaha doa tawakal cable semua saya dah gunakan, tapi Poda masih menggunakan ayat yang sama; “maaf, saya belum bersedia”,
“Awak terlalu baik untuk saya”,
“Kenapa saya, saya ni banyak keburukannya” and macam2 lagi ayat2 “manis” demi nak saya menjauhi dia dengan cara yang sopan.
Ada sorang kawan saya, playboy. Semua jenis wanita dia pernah couple. Muslimah, bajet muslimah, tak cukup muslimah, muslimah dua alam (pagi muslimah, malam jadi muslim- yang ni saya akan ceritakan part 2) and macam2 jenis wanita dia berjaya pikat dengan mudah.
Saya namakan dia Acuwad (bukan nama sebenar).
Saya dan Acuwad memang tak rapat, tapi ada satu kejadian dia diganggu jin (part 2) yang menjadikan kami kawan rapat.
Dia ajarkan saya kenapa wanita tak suka “lelaki terlalu baik”..
Hasil kajian dia “berkat” couple dengan berpuluh2 wanita, dia simpulkan bahwa “lelaki terlalu baik” hanya menjadi pilihan pada wanita yang betul2 mahukan lelaki yang kuat agama,
Dan wanita ini tidak tercemar akal dan naluri nya dengan medsos gaya hidup muslimah masa kini yang kurang patuh syariah.
Wanita macam ni sangat2 limited dan dia berkahwin pun ibu bapa yang cari. Masa ni, “lelaki terlalu baik” akan menjadi rebutan.
Waktu ni, terus saya teringat ustaz saya di sekolah dulu. Pendek tubuhnya, janggut tumbuh ikhlas tak ikhlas, berkulit gelap dan gigi tumbuh tak ikut barisan. Tapi isteri dia tersangat cantik, jugak ustazah yang mengajar di sekolah yang sama.
Disebabkan oleh banyak sangat gangguan dari pelajar2 & guru2 lelaki, Ustazah Pajrin (bukan nama sebenar) berhenti dari mengajar demi mengelak fitnah dan memang sekolah tak benarkan berpurdah (saya tak tau sekarang boleh ke guru berpurdah).
Sambung Part 2
– Akhi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sama ada kau mmg tak hensem / kau tak kaya. Tu je. Reality checked ✅
haha setuju. pusing la mcmana . tu je sebabnya. xperlu nk sedapkan hati sendiri dgn kata2 positive ko. ko sbnrnye xkaya pun. tu awek reject. NEXT.
aku pernah duduk dekat tempat perempuan tu,tapi aku tak tau lah kalau perempuan tu reject hang sama tujuan macam aku juga.
pernah juga sorang lelaki obses ngan aku. macam” dia buat sebab nak dapatkan aku. Aku reject sebab aku memang betul” tak sedia.Taknak couple” bagai..kadang orang zaman sekarang ni cover couple tu dengan hts.
Hts tu budak” zaman sekarang selalu pakai untuk cover hubungan couple.Hts =hubungan tanpa status tapi segala aktiviti sebijik juga macam couple . Oncall ntahpape,wish itu ini,sembang yg tak penting.. Ntah lah, aku bukan lah muslimah sangat ,alim ke apa. Ikhtilat serabai lah juga . Cuma setakat ni pergaulan masih dalam jaga batasan .
aku bukan tak percaya perasaan dia , cuma tengoklah keadaan …kalau dah masih sama” tengah struggle belajar,bina kerjaya…better fokus lah dulu dgn benda tu..cinta letak tepi dulu. aku bukan reject dia suka”…cuma aku perlu bukti yang dia serius dgn aku..nak bina hidup dengan aku.bukan modal luah je macam tu then bazirkan duit untuk beli hati aku.
Cuba jelaskan tujuan awak je… contoh ” aku suka kat kau..tapi aku tahu skrang ni bukanlah masa yg sesuai untuk jalin hubungan…boleh tak kau jaga hati kau..bukan untuk aku…sebab aku pun tak tahu jodoh kita kedepannya macam mana..jaga hati kau untuk yang berhak nanti. Aku pun buat macam tu juga.Aku cuma ikhtiar untuk halalkan perasaan aku dengan kau bila kita sama” dah sedia nanti .”
tu contoh….
Kalau lah jelas macam tu. as a girl, kita pun tak mengharap sangat kat lelaki..sebab kita tak tau jodoh kita siapa…cuma sama” lah ikhitiar jaga hati,dalam masa yg sama upgrade ilmu,kerjaya perangai untuk masa depan .
tapi tulah tak semua faham.
So for you tt…cuba tanya dia balik..dia reject sebab apa? sebab memang nak hubungan halal atau sebenarnya dia dah ada org lain?
kalau dia nak hubungan halal, so awak kena faham lah…dia reject bukan sebab tolak perasaan awak..dia cuma nak jaga batas antara awak dengan dia .
Okay ! gdluck;)
meluat aku jenis ceria sekerat jalan..pastu nk suh org tggu part 2 plak..senang crita awek reject sbb hg x handsome & x kaya.. bukan sebab lelaki baik