Awak Terlalu Baik II

Untuk part I, (https://iiumc.com/awak-terlalu-baik/).

Sambung Acuwad, “Allah itu adil, lelaki suka kan wanita cantik dan wanita pula sukakan lelaki yang perangai cantik”

Maksud perangai cantik ialah, bukan jenis mendesak, pendengar yang baik, bukan “annoying” dan yang paling penting kalau bercerita/melawak tak hambar atau pun tidak merendah-rendahkan pasangan, senang kata “Gentleman”.

Tambah Acuwad lagi, “Andai kata wanita itu cuba melawan norma yang Allah tetapkan dengan membelakangkan fakta-fakta tadi, kalau dia kahwin pun mungkin dia tak akan bahagia

Jadi tak hairanlah ada je yang bercerai walaupun muka “level-level” artis, kadang-kadang baru kahwin tak sampai beberapa jam pun bercerai sebab cuba membelakangkan perkara yang sepatutnya dipertahankan. 

Kes perceraian di Malaysia meningkat 43.1 peratus daripada 43,936 kes pada 2021 kepada 62,890 kes tahun 2022 lalu (Nov 2023, Utusan Malaysia).

Kata-kata Acuwad menyebabkan aku terdiam seribu bahasa, lama aku perhatikan Acuwad yang bulat mukanya, berkening tebal yang hampir bersambung antara kening kiri dan kanan serta rambut yang kerinting berwarna keperangan.

Betul! Acuwad bukan la sekacak Fattah Amin atau muka “cute” ala-ala mamat korea yang mampu membuatkan wanita-wanita melayu kaku dan melayu, tetapi dia ada “sifat cantik” yang jarang-jarang ada pada lelaki lain.

“Sifat cantik” yang dimiliki Acuwad ni sampaikan Faizah (nama samaran) muslimah dua alam (Pagi Faizah, mlm Faiz) pun jatuh hati dengannya.

Sedikit intro berkaitan dengan Faizah sang muslimah dua alam.

Faizah merupakan “pakwe” kepada Hawa (nama samaran) iaitu kawan sekelas Acuwad.

Masa parti hari lahir Hawa, Faizah jemput kawan-kawan rapat Hawa termasuk Acuwad untuk buat kejutan sempena hari lahir Hawa di sebuah cafe “fast food” tempat Faizah bekerja.

Faizah merupakan manager di cafe ini dan menggunakan nama Faiz, berpakaian lelaki siap dengan gelang tangan “Silver Bangle”untuk menaikkan lagi sifat kelelakiannya.

Faizah jugak merupakan pelajar separuh masa di sebuah kolej tidak jauh dari IPTA kami dan berpakaian sopan santun ala-ala wanita muslimah sejati bila di kolej tersebut.

Waktu ini, Acuwad dan Faizah bekerjasama untuk buat kejutan pada Hawa ditambah lagi dengan kepakaran Acuwad yang memang tau teknik untuk buat perempuan terharu. Secara tak sengaja Faizah tersuka dekat Acuwad.

Mula-mula Acuwad sekadar melayan Faizah ibarat kawan, tetapi keadaan makin keruh bila Acuwad termakan “Spaghetti kangkang” buatan si Faizah.

Waktu ini, aku minta tolong dengan pak cik aku yang jugak perawat islam untuk mengubati Acuwad yang meracau-racau dan Acuwad selalu cakap yang dia nampak “bayang Faizah” selalu ikut dia ke mana sahaja dia pergi.

Alhamdulillah, Acuwad beransur-ansur sembuh dan sejak dari itu dia tak lagi berhubung dengan Faizah. Sejak dari kejadian ini, aku dan acuwad jadi rapat.

Sambung Part 3

– Akhi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. tt, ni bukan wattpad tau buat cerita berepisod…cite je lah penuhhhh.pening dah baca dgn watak barunyee..aiyoooo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *