Untuk part I, (https://iiumc.com/awak-terlalu-baik/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/awak-terlalu-baik-ii/).
“Tapi kan kalau aku ikut cara yang kau ajarkan masih tak dapat jugak memikat hati Poda, macam mana?”, tanyaku pada Acuwad.
S.A.B.A.R sambil Acuwad mengeja satu persatu huruf pada perkataan “sabar”tersebut… Sedangkan pasir di pantai pun berubah, inikan pula hati dia. Kalau dah tertulis jodoh, dia tak akan ke mana”, sambung Acuwad.
Alhamdulillah, setelah 8tahun aku berusaha dan bersabar dalam usaha memiliki cinta Poda, pertama kali aku rasa sebak bila Poda bagitau aku kata-kata yang selama ni aku tunggu.
“Akhi, betul ke awak sanggup terima saya dalam hidup awk?” tanya poda dalam keadaan tertunduk malu.
Waktu ni aku rasa macam mimpi menjadi nyata, mungkin bagi korang benda ni nampak remeh.
Tapi bagi orang sekerdil aku, dengan muka tak berapa nak siap, ianya ibaratkan seperti “Bulan jatuh ke riba” yang dahulunya aku ibarat “Air mata jatuh ke perut”..
Poda ini salah seorang daripada beribu-ribu mangsa keganasan rumah tangga..
Selama 8 tahun Poda melayari bahtera perkahwinan, acap kali dia dipukul dan kali terakhir kandungannya gugur disebabkan dia diterajang oleh suaminya yang panas baran.
Akulah tempat dia meluahkan perasaan dan ketika dia di hospital jugaklah aku antara orang yang sering menziarahinya selain dari keluarganya sendiri. Aku selalu bagi dia kata-kata semangat untuk teruskan hidup.
Akhirnya, takdir Allah menyebelahi diriku ini.
Poda berpisah dengan suami kiriman dari neraka dan suaminya jugak dipenjarakan 5 tahun atas kesalahan memukul dan menendang isterinya sendiri sehingga berlaku pendarahan yang teruk berpunca dari keguguran.
Alhamdulillah, kami baru selesai mengikuti kursus perkahwinan.
InsyaAllah bulan depan kami akan mengadakan perkahwinan kecil-kecilan yang hanya akan dihadiri kaum kerabat dan saudara mara terdekat sahaja.
Doakan kebahagiaan buat kami, terima kasih dan mohon ampun dan maaf jika penulisan ini mengguris hati sesetengah pihak.
Yang baik dari Allah, saya hanyalah hamba Allah yang hina dan lemah penuh dosa dan keburukan.
Terima kasih kepada admin sudi menyiarkan kisah saya ini.
Wassalam.
– Akhi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
alhamdulillah.. tkperlah wpun 2nd hand pun.. janji dpt..
weh kuaja cakap 2nd hand.
ko tu first hand ke?
Allahu… Jangan cakap macam tu, Puan. Berdosa. Allah marah. Risau termakan dengan kata-kata sendiri.
Jodoh tu rahsia Allah. Kita tak tahu dengan siapa kita berjodoh. Jadi, jaga mulut, jaga hati, pelihara iman baik-baik.