Assalamualaikum.. kenapa tajuk awan? Sebab awan tak selalu cerah.. ada kala putih ringan, ada kala gelap berat menampung air. Beginilah hidup ini, tak selalu indah.. tapi masih perlu disyukuri kerana itulah sunnatullah yang Allah tetapkan.
Cerita saya ni agak cliche. Terima kasih andai disiarkan. Cerita ini cerita kisah hidup saya. Kalau dilihat drama dalam tv, memang tu lah hakikat hidup yang sebenar. Mengenai cinta, restu, orang ketiga , berpisah dan kemudiannya ingin kembali.
Berkenalan dengan seorang lelaki pada umur 20 di university yang sama, akhirnya saya terjebak dengan cinta. Saya namakan dia hujan. Yer, cinta pertama. Setelah beberapa bulan berkenalan, hasrat saya memperkenalkan kepada ibu saya akhirnya mendatangkan hasil yang hampa. Ibu tidak berkenan. Hancur luluh juga hati ini, mengharapkan dia orang yang akan mewarnai hidup ini.
Namun saya tak berputus asa. Saya berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati ibu saya untuk menerima, terkadang saya TERmengadu kepada hujan tentang kegelisahan hati saya. Saya buntu, dan minta hujan sama2 berdoa agar jodoh kami panjang.
Kesan saya selalu menyatakan kegelisahan saya, hujan akhirnya dalam diam cuba menjauhkan diri dari saya. Dia agak berkecil hati kerana ibu tidak berkenan terhadapnya. Ditambah pula perkenalan dengan seorang perempuan lain.
Saya tidak menyedari hal itu, saya terus memujuk hati ibu. Alhamdulillah, hati ibu manakah yang tak sanggup tengok anak bahagia, akhirnya ibu berlembut hati cuba menerima. Kegembiraan itu hanya seketika, disaat direnggut oleh perubahan sikapnya apabila bertemu yang baru.
Akhirnya dia tewas antara perasaan, hujan memilih untuk pergi terhadap yang baru. Mungkin salah saya kerana selalu mengadu tentang ketidaksukaan ibu terhadapnya. Setahun saya cuba move on, bangkit dari kisah yang menyedihkan hati. Terkadang teringat, sampai tidak sedar air mata mengalir. Melihat dia bahagia dengan yang baru.
Ditakdirkan Allah jua, kehadiran seorang lelaki lain dalam hidup saya , saya namakan dia pelangi. Menyatakan hasrat untuk menjadikan saya yang halal kepada dia. Hakikatnya bertahun rupanya dia memendam perasaan kepada saya, tapi baru meluahkan sebab dia sudah betul2 bersedia.
Allah, saya buntu. Saya masih belum move on dengan hujan, bagaimana saya harus memilih? Akhirnya saya cuba untuk berkenalan dengannya, walau tiada rasa cinta di hati. Pelangi seorang yang baik, beperwatakan jauh lebih baik dari hujan.
Bagaimana dengan ibu? Alhamdulillah ibu berkenan dengan pelangi. Mudah je ibu terima. Baba pun sama. Manakan tidak, baru berkenalan pelangi sudah memunculkan diri di depan pintu rumah menyatakan hasrat ingin berkawan dengan saya. Jauh dari utara, ke pantai timur dia gagahi jua bertemu ibu bapa saya.
Beberapa bulan kemudian, hujan kembali dalam hidup saya. Dia menyatakan perasaan menyesal kerana meninggalkan saya dahulu selepas ditinggalkan perempuan tersebut. Hati saya gelisah, buntu. Saya masih sayangkan hujan, tapi manakan sanggup saya melukai hati seorang yang baik seperti pelangi.
Antara perasaan dan akal, maka saya tekad untuk memilih pelangi. Hujan? Hujan pernah tinggalkan saya tanpa ada sebarang usaha untuk terus stay dalam hidup saya. Tak mungkin pisang akan berbuah dua kali, walau sungguh2 hujan menyatakan maafnya terhadap saya. Hujan menyesal.
Meskipun perasaan ni masih sayang terhadap hujan, tak sanggup saya lukakan pelangi. Pelangi adalah orang yang menceriakan hari saya taktala hati saya patah, yang mengukirkan senyum saya dikala hari saya suram.
Saya pernah merasakan perasaan ditinggalkan, tak mungkin saya biarkan pelangi rasa perasaan tu. Alhamdulillah, perlahan2 hati ni mula suka terhadap pelangi. 2 bulan selepasnya kami bertunang.
Betullah kuat ujian dalam fasa pertunangan ini, diuji dengan kehadiran yang lama. Hujan masih belum move on dengan saya, masih belum menemukan pengganti lain. Tapi itulah hakikatnya, tak semua yang kita mahu Allah akan beri. Allah knows best.
Pengajaran drama 7 petang ni? Jangan tinggalkan orang yang awak sayang, untuk orang yang awak suka. Sekali melepas, susah nak patah balik. Restu, restu ibu bapa penting.. hidup ni rasa smooth je.
Usaha, andai tiada usaha nak berdoa and menambat hati ibu bapa, tidak perlu lah kembali lagi dalam hidup ini. Doa.. doa tu senjata mukmin. Allah bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Semua doa Allah makbulkan, berdoalah.. tidak ada kerugian dalam berdoa.
Allah makbulkan dalam 3 cara, now, later or better.
Terima kasih Allah.
– Awan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit