Awas Penjawat Awam

Alkisahnya begini, sebulan yang lepas saya ada mengajak seorang rakan lelaki pergi hiking beramai-ramai dalam satu kumpulan. Saya namakan dia Zack. Dia rakan yang pangkat adik sebab Zack junior saya kat tempat kerja. Boleh katakan kami agak rapat juga la sebagai kakak dan adik. Dua minggu kemudian, bila pergi hiking Zack ada ajak kawan rapat dia katanya perempuan dalam 4 orang. 4 orang tersebut saya tak kenal langsung. Dia kenal dari luar katanya nurse. Kami mula ngam masa hiking. Then set time untuk pergi hiking tempat lain pula.

Dalam dua ke tiga minggu selepas tu, Zack whatsapp beritahu salah seorang kawannya saya gelarkan sebagai Tania ajak bermain badminton. Saya follow sahaja tanpa syak wasangka. Masuk je kereta, Tania cakap main badminton di Kuala Lumpur. Jauhnya tapi sanggup datang ambil. Setibanya di sport centre, kelihatan ramai kawan-kawan yang mengenali Zack dan Tania. Dan kawan-kawan Tania yang pergi hiking sekali hari tu pun ada juga. Saya bertanya pada Tania, ramainya kawan-kawan yang join main badminton, kenal dari mana. Dia kata kawan atas kawan.

Saya agak semua dalam 25 orang macam tu la. Dia orang sewa 5 gelanggang badminton. Kata Tania, dia orang ada yang kerja bomba, askar, dan ramai lagi yang kerja kerajaan. Ohh lupa, saya kerja kerajaan sama jabatan dengan Zack. Si Zack dan Tania sanggup datang ambil saya di rumah. Tania juga sanggup ambil Zack biar pun terpaksa ulang alik. Itulah yang selalu Zack ceritakan, bila cuti je Tania sanggup ambil Zack keluar walaupun jauh dengan tol lagi.

Okay sambung, selepas main badminton, kawan Tania yang pernah join hiking sekali saya ada pesan nanti nak hiking ajak dia lagi. Oh lupa lagi. Saya perhatikan yang join main badminton malam tu yang perempuan semua cantik-cantik, make up, ada sorang yang pakai gelang emas besar walaupun datang main badminton. Saya tak syak apa-apa masa tu, sebab Tania just cakap kawan-kawan biasa je tu. Selang tiga ke empat hari lepas main badminton, weekend, Zack whatsapp beritahu Tania ajak keluar jalan-jalan di Kuala Lumpur. Tak jadi nak hiking katanya penat. Jadi dia hendak datang ambil untuk jalan-jalan dan karaoke di sebuah shopping mall di Wangsa Maju. Jadi kami bertiga pun keluar. Saya follow saja sebab tiada apa hendak dibuat pada hujung minggu.

Hati dah rasa tak sedap masa follow, entah kenapa rasa macam tu walaupun dalam hati rasa best sebab boleh jalan-jalan. Sesampai sahaja kami di sana, pergi karaoke, dah habis karaoke, Tania ajak makan sebelum balik di mall tu juga. Bermula lah drama sedikit demi sedikit. Semasa makan, Tania beritahu telefon habis bateri, dia hendak pergi ambil powerbank dan wire cable dalam kereta. So si Zack pun mula buat drama. Kata Zack, “Si Tania tu mewah la. Sanggup datang ambil pergi jalan-jalan, asal cuti je datang ambil. Minyak dan tol dah berapa dah. Kalau keluar, tak berkira bab duit ni. Dia buat part time masyuk”. Saya buat biasa je, tak rasa macam nak tahu pun. Cuma layan je apa si Zack beritahu. Cuma cakap “Oo yeke part time apa tu”. Walhal dalam hati tak nak tanya lebih-lebih perihal hidup orang.

Selepas itu, Tania pun muncul, Zack pun cerita pada Tania kata saya hendak tahu Tania buat part time apa. Saya pun “Eh, bila masa pulak ni”. Dalam hati fikir dia orang ni macam dah rancang ni. Sebab sebelum ni pun Tania pernah tanya selain kerja hakiki buat part time apa-apa tak. Saya cakap tak ada. Dia kata dia ada buat part time. Then saya tak pernah tanya pasal part time apa. Sampai lah jumpa hari ni Zack beritahu macam tu pada Tania. Tania pun cerita la kawan-kawan yang saya jumpa hari tu hendak pergi Korea minggu hadapan, baru sahaja balik dari Vietnam dah hendak pergi Korea pula. Untung katanya sebab buat part time macam dia. Saya tak tunjuk minat hendak tahu sebab takut kena paksa join. So buat biasa sahaja.

Dah habis makan dan minum di mall, Tania dan Zack borak lagi cerita pasal kemewahan kawan-kawan Tania. Zack baru join part time yang dia orang buat, jadi Zack belum dapat untung lagi. Dah sampai kat parking kereta, saya pun beria la hendak balik. Dalam kereta tu Tania cerita macam-macam dan tiba-tiba dia kata senang berhenti KFC lah cerita pasal ni. Saya pun cakap, “Aikkkk.. Sanggup berhenti kereta di KFC semata-mata hendak cerita pasal ni”. Dia kata aah baru best nak bercerita. Mulanya saya ingat parking tepi then cerita dalam kereta je. Rupanya dia keluar. Saya cakap lagi “Aikk.. Keluar kereta ke?” Dia kata aah duduk kat meja luar KFC je lepak-lepak. Start dari situ saya dah tak sedap hati. Fikir macam-macam.

Tengah jalan kaki nak ke meja KFC, dia angguk pada seorang perempuan yang tengah menyandar di tepi kereta lain. Dalam hati saya, “Sudahlah aku… Apa yang sedang berlaku ni.. Kenapa tiba-tiba ada orang yang Tania kenal dan orang tu kenal Tania ni..”. Kami jalan lagi dan ada lagi yang kenal Tania.. Ada lagi… Dan ada lagi… Ramai rupanya. Dan saya ternampak beberapa orang yang pernah saya jumpa masa main badminton tempoh hari. Dalam hati dah tak sedap, badan dah rasa seram sejuk. Terus teringat saya pernah baca confession seorang mangsa kena brainwashed masa promote MLM dan budak tu tak dapat lari dan terpaksa join.

Seram sejuk duduk di meja KFC luar tu biar pun kipas. Saya siap pandang atas, dia orang tanya kenapa, saya cakap sejuk. Nasib baik Tania pilih meja yang ada 4 kerusi. Dalam kepala saya legaaa. Risau juga kalau dia orang kerumun saya reramai di meja. Then, Tania pun start lah cerita pasal part time nya. Cerita nama company, ada sijil lah apa lah. Memang sah lah penipu. Aniaya orang betul dia orang ni. Nama company bermula dengan huruf F dan berakhir dengan huruf E. Boleh google terus keluar haaa teknik-teknik yang diceritakan. Saya hendak ceritakan semula pun susah sebab dalam kepala saya masa tu fikir diri saya sahaja. Fikir macam mana hendak lari daripada dia orang kalau dia orang tak nak hantar saya balik. Sampai macam tu sekali saya fikir sebab takut.

Semasa Tania terangkan, si Zack mengiyakan je, dengan cakap “betul10x”. Masa tu saya dah mula kasihankan si Zack. Zack anak orang biasa-biasa, anak sulong pulak tu, macam mana kalau dia dah buat loan untuk join benda ni.. Kasihan kalau dia terpedaya. Tania terangkan pada saya sampai dua helai kertas penuh depan belakang pasal bisnes tu. Yang masuk dalam kepala saya dalam 20% sahaja kot. Sebab fikiran saya melayang pergi mana entah. Fikiran melayang juga pasal erti persahabatan. Sebab tidak saya pernah sangka dia orang akan buat macam ni. Sedih ada, risau ada, kasihan ada, lucu pun ada.

Tania mula tanya, faham tak. Saya cakap faham tapi tak sepenuhnya. Saya cuba jaga hati dia orang walaupun sebulat suara tak mahu. Tania tanya setuju tak, sekerasnya saya langsung tidak setuju dan tak hendak join langsung. Saya bagi alasan cakap hendak fikir dulu pasal ni, nak google dan hendak buat research dulu pasal company ni. Then Tania pun cakap dia tinggalkan saya dengan Zack dulu, saya boleh google depan Zack dan bincang, sekejap lagi dia datang balik.

Dalam hatiku bermonolog, tak akan lah nak tunggu jawapan setuju baru boleh balik rumah. Dah sudahhh macam mana ni. Zack mula beritahu yang dia sebenarnya dah level Count. Saya pun lupa berapa puluh ribu entah untuk join level tu. Kalau tak silap 30K yang Zack join. Cukup terkejut dan kasihan pada Zack. Fikirkan Zack pernah luah pada saya yang dia cari part time untuk tambah income bulanan. Tapi dia tersalah part time ni. Dia dah tertipu. Zack still bercerita tentang kemewahan yang orang dah lama join. Zack kata dia baru lagi tak boleh nak cerita panjang. Luaran Tania nampak baik, sungguh tak sangka demi wang sanggup buat macam ni. Bukan Tania sahaja, geng-geng dia yang lain di situ pun sama.

Tania mula menghampiri meja kami, Tania tanya macam mana, saya cakap nak fikir dulu. Then Tania kata nak panggil orang yang dah lama join daripada dia. Dipendekkan cerita, ada yang dikatakan daripada jabatan JPJ, Bomba, dan Nurse. Semuanya seramai 5 orang termasuk Tania yang mem’brainwash’ saya. Jujur saya tertekan dengan keadaan tersebut, kalau datang sendiri saya dah lama minta undur diri, disebabkan dia orang yang datang ambil, saya terpaksa akur biar pun berkali beritahu tak perlu cerita sebab tak hendak susahkan dia orang bercerita panjang-panjang. Dia orang minta saya datang lagi keesokan harinya untuk bawa saya ke office untuk tunjukkan barang-barang niaga di sana, saya terpaksa jawab Insyaallah jumpa lagi disebabkan oleh masa dah lewat dan dia orang macam hendak jawapan daripada saya.

Tania hantar saya jam 2 pagi rasa nya sampai rumah, saya ingat saya akan terlepas dah daripada dia, rupanya sebelum keluar kereta sempat dia minta nombor telefon saya. Terpaksa lah bagi. Malam tu tak tidur saya fikirkan macam mana hendak bagi alasan yang saya tak hendak join petang esok pergi office. Sebab dah anggap dia orang kawan, jadi serba salah, dan bercelaru betul. Sepatutnya tak perlu fikir dah. Tak tahu kenapa balik malam tu saya jadi tak boleh tidur langsung. Esoknya kerja. Macam kena pukau pun ada. Macam berperang dengan perasaan sendiri.

Esok pagi nya dia orang dah whatsapp jangan lupa petang ni kita jumpa. Si Zack dan si Tania dua dua whatsapp saya ingatkan pada saya. Makin stress saya hendak pergi kerja pagi tu. Dah la tak tidur malam. Sampai tempat kerja, sampai petang baru ada kekuatan beritahu dia orang yang saya tak berminat. Puas si zack pujuk. Saya puas bagi bermacam alasan. Dia pun puas pujuk, at last dia akur bila saya cakap saya tak nak hubungan kawan kita terputus disebabkan benda ni. Saya minta dia hormat keputusan saya. Tania pun mesej saya tanya kenapa taknak pergi ofis, saya cakap tak berminat. Lega sangat rasa.

Lega tapi saya jadi sedih disebabkan benda ni saya rasa hilang seorang kawan yang saya percaya. Sampai sekarang saya rasa down bila ingat balik. Saya tak pasti si Zack tahu ke yang dia tertipu. Saya kasihankan dia sebenarnya sebab dia memang baik sebelum ni. Tak tahu dia orang paksa dia macam mana sampai jadi macam ni. Sekarang tak tahu macam mana nak nasihatkan dia. Dia macam dah terpengaruh dan terpukau dengan ayat-ayat manis geng tu. Apa korang akan buat kalau di tempat saya. Benda ni kecil je, tapi tak tahu kenapa susah nak buang benda ni daripada kepala saya. Benda ni buat saya jadi serba salah, bersalah pada dia orang. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab saya dah anggap dia orang kawan baik. Ke sebab kena pukau sebab saya jadi fikir je pasal benda tu. Entah la.

Awas buat penjawat awam sebab senang buat loan terutama yang baru start kerja setahun dua. Baru masuk kerja mungkin akan jadi sasaran dia orang sebab gaji masih bersih daripada loan. Nak tahu company apa boleh komen di bawah, atau korang ada pengalaman dengan company ni boleh share juga. Mana tahu saya boleh tunjuk bukti pada kawan saya tu.

– Cik Munk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *