Awet Muda Yang Merugikan

Assalamualaikum semua. Aku pegawai kerajaan berumur lewat 30-an dan belum berkahwin, tapi wajahku sangat muda macam awal 20-an.

Ke mana sahaja aku pergi, orang selalu ingat aku budak universiti. Malah ada juga yang ingat aku budak sekolah.

Sejujurnya, aku suka sangat dengan wajahku dan tubuh badanku. Aku suka sangat nampak muda daripada usia. Aku usia begini pun macam budak sekolah. Harapannya umur 50-an pun macam 30-an, hahahaha.

Cuma, ada satu kelemahanku. Aku kurang dihormati kerana wajahku. Orang yang tidak kenal selalu menganggap aku sebagai remaja belia umur awal 20-an (budak uni/lepasan spm) sedangkan aku pegawai kerajaan lepasan master.

Kalau aku pergi membeli barang yang perlukan aku beratur, penjual selalu utamakan orang lain yang lebih tua sedangkan aku beratur dan sepatutnya aku dilayan tapi penjual suka abaikan aku, sebab dia ingat aku budak kot.

Benda ni bukan berlaku sekali tapi kerap kali. Aku sangat tak suka kalau peniaga tak ikut turn layan pelanggan. Biasanya, mereka cenderung layan orang tua dulu baru orang muda. Padahal kita beratur kot. Mak cik mak cik tu pulak suka memotong barisan.

Aku ni terpaksalah menyampuk “Maaf saya beratur dan sepatutnya saya dulu order”. Penatlah camni

Begitu juga kalau aku berurusan di kaunter pejabat kerajaan. Aku mesti dilayan acuh tak acuh sebab mereka menganggap aku budak.

Tapi setelah mereka tahu aku pegawai gred sekian sekian, baru muka mereka terkejut. Tak boleh ke layan semua orang sama rata?

Sama juga kalau aku pergi shopping. Peniaga suka pandang aku lekeh sebab yelah muka aku macam muka budak. Ada sekali aku shopping handbag berjenama. Jurujual tu pandang aku macam aku ni tak layak je membeli di situ padahal aku mampu je tau.

Bila aku betul-betul nak bayar barulah dia terhegeh-hegeh nak layan aku. Sedangkan sebelum tu, bila aku tanya, dia jawab malas-malas je.

Begitu juga kalau masuk ke kedai emas. Penjual emas tu memang nak tak nak layan aku. Mungkin dia ingat aku ni sengkek, budak je pun. Bukan ada duit. Padahal aku mampu sangat nak beli yang puluh ribu tu.

Tapi bila aku beli yang mahal terus, masing-masing buat muka terkejut. Geramlah camni. Ingat muka budak ni tak mampu ke? Even kalau aku betul-betul budak sekalipun, layanlah semua orang sama rata.

Pernah juga aku jadi wakil jabatan untuk lawatan ke jabatan lain. Pegawai yang sambut aku tu tanya, “mana pegawai kamu?”.

Aku jawablah, “sayalah pegawai tuttt”. Terus berubah air muka dia. Sebab dia cakap dengan aku tadi macam aku ni budak intern.

Bab jodoh susah dapat ni aku rasa muka aku mempengaruhi jugaklah. Lelaki selalu ingat aku muda macam budak. So aku susah nak dapat lelaki matang baya-baya aku.

Selalunya, lelaki yang ngorat aku mesti budak lepasan spm atau budak-budak uni.. sampai mak aku cakap, emm mama rasa awak kahwin dengan lelaki 10 tahun lebih muda.

Haha, janganlah doa begitu emaknya punn. Haish. Aku pun nak lelaki matang level-level aku tapi tu lah, banyaknya laki orang.

Kesimpulannya, tolonglah layan semua orang sama rata, tak kiralah muka dia nampak muda ke, tua ke.. dia pangkat apa sekalipun, layanlah semua orang baik-baik.. tak payah nak prejudis dan selek sangat ok..

Sekian dari pegawai awet muda yang masih single..

– Sis Fufu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. lelaki muda pun ada yang matang. kdg laki berumur baya kita ni perangai tak semenggah. lagi elok lelaki muda hahahaha. seronok nyaaa muka muda mcm ni.

  2. Cuba ubah tona suara tu, jadi deep sikit. Mekap pakailah yg heavy sikit. Ubah cara berpakaian dan cara berjalan.

  3. hi sis, i rasa mungkin cara pemakaian kot yang membuatkan orang ingat you budak-budak. mungkin kene ubah sikit. btw tak salah pun dapat jodoh yg lagi muda hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *