First of all aku bukan nak buka aib ayah aku ke apa, tapi aku nak luah sebab penat dah nak simpan. Ayah aku ni dah bersara itupun sebab kena berhenti kerja time covid tu dulu itupun sebab terpaksa.
Selama aku hidup 20 tahun ni aku rasa penat sangat duduk serumah dengan dia, dia dahla pemalas panas baran kuat maki jenis pukul orang, kedekut.
Aku tak tahu la camne mak aku boleh tahan padahal aku pernah je suruh kata kat mak aku better cerai je dari bela biawak hidup camni.
Sumpah aku kata tahap pemalas dia teruk sangat, aku tak kisah kalau dia nak suruh aku tolong ke apa tapi mintak tolong tu ada cara nya minta lah baik baik,
Ini tak terjerit jerit cam nak kasi satu kawasan rumah tu dengar ke apa, pemalas dia tu haih sampai nak ambil nasi pinggan sudu nak basuh pinggan pun tak boleh.
Orang lain dah masak apa semua dia tu tak boleh ke nak tolong ambil apa patut ni duduk je dekat meja makan tu pastu terjerit jerit aku yang busy masak ni terpaksa la kena ambil.
Pastu bila aku melawan mula la dengan ceramah dia tu, “kan dapat pahala tolong orang” Aku pun melawan la balik “pastu tak nak pahala ke senangkan hidup orang”
Pastu mesti marah marah pastu maki maki kata bangang la bodoh la babi la sial la macam macam la aku kata keluar dari mulut dia.
Satu family aku ni dah sebati dah dengar dia maki sampai mak aku pun pernah kena maki sehari kalau tak keluar dari mulut dia memang tak sah.
Remote sebelah dia pun suruh anak ambilkan, dalam rumah ni dia tak pernah buat pape sumpah aku cakap basuh baju ke jemur baju ke yang dia tahu baju kotor campak je dalam mesin basuh.
Mak aku yang penat balik kerja petang pun dia suruh mak aku masak padahal baru balik kerja kot. Pastu bila mak aku nak rest ke apa mula la dengan kata kata dia “tengok isteri orang lain layan je suami dia tu”
Kadang kadang pukul 11 malam mak aku dah tidur pun dia sanggup eh kejut suruh buat dia air kesian mak aku, aku nak tolong pun aku jauh belajar.
Ayah aku pun jenis kuat complain jugak, kalau setiap kali masak tu takde benda yang dia nak dia akan tengking. Kalau mak aku masak jadi masin sikit ke apa dia tengking dia kata mak aku tak reti masak pastu dia maki maki.
Selagi kat meja makan tu takde apa yang dia nak selagi tu dia tengking. Masalahnya tak reti bersyukur langsung, bukan susah pun nak hargai apa yang orang nak masak, pastu bila aku complain mula dia membebel.
Lagi satu dia kedekut gila nak mampus, sepanjang aku hidup dia takpernah keluarkan duit selain duit dapur itupun setakat RM200 je.
Pastu dengan bil air bil elektrik camtu je nafkah semua tu kelaut, dari dia mula bekerja sampai la bersara ni memang tak bagi untuk adik beradik aku untuk mak aku.
Adik beradik aku ramai and semua masih bersekolah so diorang kadang kat sekolah tu tak makan la sebab takde duit kadang kadang je bagi RM3 la padahal siblings kitaorang sekolah agama dengan sekolah kebangsaan mana la cukup,
Yuran transit apa semua dia mana pernah keluarkan, mak aku je yang selalu bayar, duit buku la apa la.
Pastu bila nak beli barang kolej dia maki tengking aku dalam kereta sebab mahal, dia kata buat apa banyak banyak duduk kat sana je pun, berjimat la sikit.
Memang aku kena maki dengan kena tengking teruk teruk lepas beli barang padahal ni first time dia belikan barang kolej untuk kitaorang tak sampai RM300 pun untuk dua orang, barang barang ni pun untuk satu sem 6 bulan bukan setiap bulan pun RM300.
Aku yang jadi anak dia pun penat hidup dengan dia, aku tak boleh nak brain mak aku tu camne la boleh tahan dengan perangai camtu, kadang aku nak keluar pun nak mintak duit kena tengking.
Dalam rumah tu selagi mak aku or adik beradik aku tak masak selagi tu la berlapar, pastu dia jenis keluar senyap senyap tak bagitahu kitaorang nak pergi mana tahu tahu je keluar pergi makan sorang pastu tak bungkus.
Kitaorang kat rumah ni memang kebulur la, bukan tak nak masak tapi kat rumah bahan pun takde, mak aku selalu pesan bila dah besar jangan cari suami perangai cam ayah aku, so korang pilihla lelaki yang baik baik ye..
– Jas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit