Assalamualaikum. Sebelum teruskan, aku perkenalkan diri serba sedikit. Aku Na. Anak sulong daripada 8 beradik. Ye, aku kak long.
Tadi aku ada baca confession Aku Anak Neraka. Kisah yang aku nak kongsikan ini sedikit sebanyak ada persamaan dengan cik Mary tu (ttg part selalu kna pukul dgn ayah).
Ayah aku garang. Tersangatlah garang bagi aku. Sebagai anak sulong dan selalu jadi mangsa pukul ayah aku since dari kecik, aku jadi cepat matang dan tak boleh tengok adik2 aku yang lain kena marah atau ada tanda2 nak kena pukul dengan ayah aku. Cukuplah aku sorang saja yang kena.
First peristiwa yg aku ingat kena pukul masa aku umur 5 tahun. Sebab apa aku tak ingat. Yang pasti aku kena pukul dan at that time aku terus lari sembunyi di sebalik almari rumah nenek aku dengan hanya memakai seluar dalam. Haha. Budak lagi. Lama aku sembunyi sampai nenek aku perasaan dan ajak aku balik rumah.
Aku juga pernah kena penampar time tengah makan pagi. Kali ini sebab adik aku berebut lauk dengan aku. Lauk aku kot. Tapi dia nak. Ayah aku bangun terus bagi penampar. Kuat sangat sampai kepala aku terhantuk di lantai. Aku tak bangun. Aku kumpul kekuatan dan masuk bilik. Lama. Lepas tu ayah aku ketuk bilik suruh keluar makan sambil marah2.aku takut. Aku keluar sambil pendam perasaan. Aku tak lawan.
Malam raya. Kalau tak silap time ni form1/2. Mak kat dapur tgh masak rendang. Bila dh masak aku ambik sepinggan makan kat ruang tamu sambil tgk tv. Semua skali kecuali mak aku msih kat dapur. Mse ni semua ok. Suka2 dengan keluarga. Sampai masa nak tidur. Ayah aku sruh adik keluarkan toto dari dalam bilik dan tidur kt ruang tamu. Semua adik aku refused and aku yg di surug tp silap aku masa tu, aku bersuara cakap asyik2 kakak yg kena dan aku bangun utk keluarkan toto tersebut. Tanpa sedar, aku di tampar dan di sepak terajang pakej dgn maki hamun. Ayah cakap aku kurang ajar tak sedar dek untung. Nasib baik aku sempat selimutkn badan dengan toto kalau x, mahu nya patah tulang belakang aku ni kena sepak. Adik2? Semuanya gelakkan aku. Lepas aku rasa ayah dah takda aku buat macam biasa. Hamparkn toto utk adik tido. Esoknya raya, aku tak salam dengan ayah. Langsung tak bercakap. Mak aku pelik. 2 3 hari lepas tu baru tahu aku kena pukul dengan ayah tu pon sebab adik yg bercerita.
Pernah juga aku di tampar di khalayak ramai. Masa tu ada kenduri. Almari pinggan mangkuk ada dekat luar. Ayah suruh aku ambik barang dari almari tu(lupa barang apa).aku ambik tp aku silap. Aku tak terus bagi dekat dia. Aku letak tempat lain. Aku ditampar hanya kerana lambat bagi barang yg diminta di depan orang kampung. Macam biasa ditampar jatuh tersungkur dan aku sembunyi bawah meja makan. Sakit bercampur dengan malu. Takda sorang pun backup aku.
Ada lagi. Tapi aku tak ingat dan malas nak ingat. Setiap kali lepas kena tampar memang telinga berdesing dan pipi merah menyala. Sakit perit pedih semua ada. Bagi aku, ayah kejam. Adik2 pon ada yang kena tapi takda la seteruk aku. Ada adik yg kena penampar ketika unur baru 4/5tahun hanya disebabkan jatuh ketika panjat kabinet kain nenek aku. Ada yang diikat kaki tangan sepanjang hari sebab taknak pergi sekolah.
Dan sekarang, dah berpuluh tahun semua tu berlalu tapi masih utuh dj fikiran. Aku membesar dalam keadaan takut. Takut dengan ayah yang garang. Sekali ayah naikkan suara, aku akn kaku senyap dan lari jauh dari dia. Even kalau adik2 aku yg masih kecil kena marah, aku terus tarik tgn diorg pergi jauh dari ayah. Siap pesan, kau nak kena penampar ayah ke? Aku buat semua tu sebab aku taknak adik2 aku rasa apa yang aku rasa. Nasib baik aku bukan seorang yang pendendam. Kalau sifat tu ada dalam diri aku, rasanya sampai sekrang aku berdendam dan marah dengan ayah.
Ayah dah tua. Sifat baran dia masih ada tapi terkawal dan aku kini makin berani melawan sekiranya apa yang ayah buat dkt adik2 tak betul. Bila ayah marah atau nak pukul adik, aku cakap depan2 “nasib baik kakak tak berdendam. Kalau kakak ni berdendam, rasanya sekrang kakak tak macam ni dengan ayah. Kakak xkan boleh bergurau bermesra dgn ayah macam sekrang”. Ayah senyap. Mungkin sedar dia salah. Walau apa pun yang ayah buat, aku tetap sayangkan dia even kadang2 bila teringat balik apa yang berlaku, aku menangis sorang2.sedih sebab diperlakukan begitu. Oh ya, aku seorang kakak yang tak pernah tunjuk walau setitis air mata depan mak ayah ataupun adik2. Biar sakit macam mana pon kena tampar kena sepak. Ego? Mungkin.
– Si kakak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit