Ayah

Assalamualaikum semua. Thanks admin kalau confession ni disiarkan. Firstly, aku nak mintak maaf kalau ayat beteraburr, seriously tak pandai nak karang ayat walaupun spm BM A+.

Apa yang aku nak cerita ni bukanlah untuk membuka aib seorang Ayah, tapi lebih kepada nak kongsi apa yang aku rasa saat ni. Yaa, ayah aku seorang penagih dadah. Cerita ni berdasarkan apa yang selalu ayah aku cerita dekat aku tau. Bukan reka reka..

Ayah anak ketiga dari 5 beradik, semua lelaki. Ayah mula menagih waktu umur belasan tahun lagi. Pernah sekali dia bagitau aku dia high sampai berbuih mulut sebab stress tok aku nak tunangkan dia dengan orang sekampung. At last dia lari pergi kerja kat langkawi. Tak jadi kawin.

Ayah aku dari kecik lagi walaupun dia penagih, tapi dia orang paling ringan tulang dalam keluarga. Setiap kali abg adik dia nak makan, dia laa kena hidang nasi. Nak mandi pun tunggu ayah aku angkut air dulu. Kalau tak buat siapp. Makan sepak terajang abang2. Ayah aku sekarang dah umur 60an, tak nafi sifat rajin dia sampai sekarang. Selagi masih ada tenaga katanya.

Ya Ayah aku memang penagih dadah, tapi dia tak pernah sama sekali naik tangan dekat kami anak beranak. Jentik pun tak pernah aihh kalau hang tak buat salah. Ayah aku tu kalau orang lain tengok dia memang normal. Tak pernah tak terurus, sentiasa kemas macam orang biasa. Padahai nahh, nak tau dia hisap apa, hisap pitt tau dak? Aku pun tak tau kesan dia macam mana tapi apa yang selalu aku nampak cara dia hisap tu, dia bubuh serbuk atas aluminum dan layur dekat lilin sedut asap. Pastu high sensorang.

Tapi yang pelik nya dia tak pernah merapu macam penagih lain, sedangkan dia antara penagih antik dekat kawasan sini. Bayangkan menagih dari belasan tahun sampai umur dah 60an. Rata rata penagih muda aku tengok banyak yang dok cakap sensorang tepi jalan, pakai baju lusuh rambut serabai. Tapi ayah aku tu macam orang biasa kawan2.

Ayah pernah berhenti menagih lepas kawin dengan mak aku. Tu pun sebab kantoi dia tak balik rumah, mak aku pi cari tengok2 sedap dok high dalam hutan. Mak aku pun apa lagi, cari tongkol kayu tibai sampai lembik. Call pusat mai angkut ayah aku. Time tu aku kecik lagi. Dalam 3 ke 5 tahun macam tu. Dah boleh ingat sikit2 waktu pi melawat ayah dekat pusat. Tapi tak pernah faham apa pun.

Malangnya setelah dalam 10 tahun lebih camtu ayah berhenti, waktu aku umur belasan tahun, ayah kembali ke kancah dadah. Atas alasan cemburu buta. Kononya mak aku ada cubaan curang. Tapi hakikatnya salah faham.

Sehingga aku umur 25 tahun, ayah dah tak sorok2 lagi menagih. Macam mana aku tau apa jenis dadah ayah hisap siap ada tutorial lagi ? Ayah dah mula hisap dalam rumah. Tapi waktu mak aku tak ada. Tempat ayah cuma 2. Tak di kedai makan kami, tak pun dalam rumah. Bergantung mak aku ada kat mana.

Selalunya pagi2 dia akan high kat rumah sebab mak aku buat kerja kat kedai. Time ni la selalu aku nampak. Tapi ayah aku ni walaupun dia tengah high, bila kami anak2 nampak dan tegur dia “Ayah, buat apa tu sampai dalam rumah” dia akan terus stop dan kemas semua barang. Dia masih hormat dan lindung kami macam orang biasa walaupun dia penagih dadah.

Aku selalu tanya dia, ayah tu dah tua umur dah 60an, tapi makin kuat menagih. Setiap satu jam kena cas. Jawapan dia “ayah cuma berbuat dosa pada diri sendiri, hanya dosa dia kepada tuhan, bukan tak mau berubah, ayah cuba”.

Pernah sekali ayah gaduh besar dengan mak aku, ya memang selalu gaduh. Time tu aku cuti sekolah (duduk asrama penuh) ayah ketuk bilik gengam tangan aku janji nak berubah sambil menangis tersedu sedan. Genggaman tangan ayah waktu tu buat aku tak pernah tak percayakan dia. Tak pernah bencikan dia. Tak pernah salahkan dia. Sebab memang YA dia hanya berbuat dosa pada dirinya.

Tapi ALLAH tu maha mengetahui. Setelah aku puas doakan dia berubah setiap doaku, setelah aku rasa hampa akan doaku yang bagiku ayah tak pernah berusaha berubah. Setelah aku redha apa saja berlaku. Saat itu Allah jemput ayahku pergi tanah suci buat umrah. Saat ini Allah jawab doaku jadikan ayah sesempurna imamku. Doakan ayah terus istiqomah dan sihat selalu. Aku masih belum puas balas jasa kedua ibu bapaku.

P/s :

1. Jangan pernah hina orang berbuat dosa seolah kita tak punya dosa.

2. Jangan pernah sesekali rosakkan diri atas alasan masalah keluarga punca utama. Kerana aku juga punya banyak alasan untuk tidak berjaya, tapi aku pilih untuk jadi anak kebanggaan kedua ibu bapa.

3. Jangan pernah sesekali berhenti berdoa untuk orang yang kita sayang. Kerna Allah itu maha mendengar lagi maha menyayangi.

Confession ni ditulis sambil dengar ayah mengaji.

– Miss engineer

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *