Ayah Ada Skandal Walaupun Dah Usia 70 Tahun

Hai semua. Nama aku Princess. Of course lah bukan nama sebenar. Aku dah kahwin dan dah ada anak. Mak ayah aku pesara kerajaan. Dua dua berumur 70-an dan Alhamdulillah tiada masalah kesihatan yang kronik.

Apa yang aku nak cerita kat sini luahan hati aku yang aku pendam daripada aku sekolah lagi pasal ayah aku.

Ayah aku orang ternama dekat kawasan aku, mungkin sebab dia kerja gov yang berjawatan tinggi dekat kawasan kg aku tu. Pergi mana mana orang kenal dia. Jadi dia disanjungi dan disebut sebut.

Long story short, dulu masa aku sekolah ayah aku belikan telefon baru untuk kegunaan dia. Aku masa tu tumpang excited laaa godek godek phone ayah aku nak tengok apa yang features yang ada. Lebih pada nak main game je sebenarnya.

Sampai lah satu hari tu, aku godek godek phone tu aku terbaca satu notifikasi SMS (masa tu takda whatsApp lagi), tertulis “Abang syg Zur”.

Aku dah mula syak wasangka dengan ayah aku, tapi aku diamkan lagi sebab masa tu umur aku baru 12-13 tahun. Takda lah aku tanya apa apa sebab ayah aku ni boleh tahan pemarahnya.

Lama kelamaan, aku perhati sikap ayah aku ni makin pelik dan takda rasa malu. Depan aku selamber jer sebut benda benda tak senonoh, mencarut bila dia ada marah dengan orang yang dia tak suka bila bersembang dengan mak aku.

Mak aku ustazah dekat sekolah rendah. Baik, lembut hati, penyabar yang teramat sangat. Kitorang adik beradik banyak duduk rumah je dengan mak sebab ayah aku banyak keluar join aktiviti politaik dia masa tu.

Mak aku pesan, jangan biasakan sangat sebut benda tak elok. Jadi kami adik beradik takkan pernah sebut perkataan yang buruk macamtu, tapi berbeza pulak dengan ayah aku.

Bila ayah aku dah pencen, masa dia lagi banyaklah terluang di rumah. Tambah tambah lagi masa tu FB baru je jadi fenomena. Dan dia pun bukak lah akaun FB dia. Katanya nak keep-in-touch dengan kawan kawan lama. Aku OK jela.

Sampailah satu masa tu, aku scroll2 FB ayah aku, suka komen bukan bukan dekat page orang yang pakai seksi. Sampaikan malu kami adik beradik bila baca.

Dah la kami semua “friends” dengan FB dia. Sedara mara pon ada FB ayah aku. Jadi aku rasa malu kalau diorang pun nampak jugak apa yang ayah aku taip dekat page page macamtu.

Aku masa tu, aku bertindak pantas, aku deactivate FB ayah aku. Tapi tak lama lepas tu, dia dah pandai create acc FB baru.

Kakak aku ada pernah tegur, tak payah lah nak komen bukan bukan dekat page tu, orang baca malu. Tapi ayah aku buat bodoh jer.

Oh ya, dalam laptop pun ayah aku dah pandai download video bukan bukan. Astaghfirullah. Maluu sangat aku rasa. Tapi still, ayah aku takda rasa bersalah dekat anak anak dia.

Kemuncak kemarahan kami adik beradik, adalah masa lepas raya haritu. Ayah aku ada mintak abang aku tolong transfer RM500 dekat satu penama akaun ni nama perempuan. Katanya nak tolong sebab accident.

Okay lagi lah masa tu, tapi makin hari makin kerap pulak transfer duit dekat nama perempuan tu. Sampaikan, duit belanja dapur dekat rumah aku pon disekat sekat macam berkira kira.

Mak aku banyak kali yaa kena maki dengan ayah aku. Kadang tu depan menantu pun tengking mak aku. Mak aku masih lagi diam, sebab tanda hormat sebagai seorang isteri. Ya Allah, sabarnya mak aku dengan perangai ayah aku.

And then, baru lahh kakak aku bukak cerita….. masa dia berpantang dekat rumah aku haritu, ada perasan ayah aku ni bergayut telefon dalam bilik, dalam kereta dan dengar suara perempuan.

Dah lah dia bergayut telefon masa mak aku keluar mengaji pergi surau. Kakak aku syak perempuan yang mintak ayah aku duit tu lah. Siap ber-abang abang lagi. Tau pon kantoi dalam iMessage.

Lepas satu-satu perangai lama ayah aku terserlah. Makin tua, makin menjadi orang kata. Ayah aku kenal perempuan tu daripada tiktok. Dekat tiktok pun bukan main lagi komen berlove love bagai.

Aku tak pasti sama ada mak aku dah tau ke belum pasal ni. Mungkin mak aku dah tau tapi taktau nak cerita macam mana dengan kami semua.

Kami adik beradik siap decide dalam group ws adik beradik kami untuk confront dengan ayah ni. Tapi tak tahulah macam mana sebab ayah aku ni dia cukup pandai berlakon, berpura pura, berdalih. Kuat drama orang kata.

Kitorang semua sayang ayah. Takda anak yang tak sayang ayah sendiri. Tapi bila jadi macamni, buat kan kami ni dah hilang hormat dekat ayah aku. Malu. Maruah kami anak anak terasa dipalit palit dengan arang.

Macam terbalik pulak kan. Biasa dengar, anak yang conteng arang dekat muka mak bapak. Tapi kes ayah aku ni, ayah aku pulak yang conteng arang dekat muka anak anak.

Kakak dan abang aku semua kerja bagus bagus. Sorang tu ustaz, yang lain lain semua berpangkat dan berjawatan dlm sektor gov dan swasta.

Bila tengok perangai ayah macamni, terasa malu sangat bila memikirkan macamana nanti kalau kalau ada yang tau itu ayah kitorang.

Kitorang sekarang ni just nak ayah mengaku jer salah dia dan mintak maaf dengan kami dan mak atas apa yang dah dia buat, tapi tak tahulah macam mana.

Thank you admin kalau dah siarkan confession aku ni. Maaf bukan nak memburukkan dan buka aib ayah aku. Cuma nak luah apa yang terbuku di hati. Sebab terasa sakit dan malu sangat dengan apa yang ayah aku buat.

– Princess (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. cerita awk ada sama mcm ayah sya jgak….beza cume ayh sye pndiam..xde komen2 pelik cmtu la…cume mmg sye dan mak da lama tahu..ayh ada org lain..tpi kami diamkan je…n tgokkan je gerak geri ayah…smpai la skrg ni…sya mmg tmpat mak luahkan sgala rse hati die… smoga mak selalu kuat n sabar…kpda ayah sya..smoga trus mnyayangi kami wlpon ada yg lain. insyallah

  2. Ayah puan banyak masa terluang. Kena kejutan budaya medsos yg melalaikan. Nasihat saya, confront dgn ayah secara berhemah. Ayah puan terlalai tu. Adakan lah solat berjemaah sekeluarga lebih kerap..lps tu adakan tazkirah…semoga ayah puan kembali kejalan Allah.
    Memang memalukan jika org tua dh 70an masih tak bertaubat..banyak dh kes org2 tua pencen dikikis harta benda…

  3. Xyah la bt mcm tu confirm dia nak menang pya. Lelaki ni klu dah start mcm tu xkan insaf selagi xkene benda teruk2. Better cakap kat mak awk tok cerai je. Biar dia bahagia dgn hidup dia plak. Boleh dia bt amal byk2.

    • Benci kisah mcm ni
      Orang tua tak sedar diri
      Rumah kata pergi kubur kata mari
      Mcmana anak bini nak hormat dan percaya kalau perangai buruk mcm ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *