Assalamualaikum, hai.
Ada sikit persoalan yang nak aku tanya kepada korang semua memandangkan korang student UIA kan.
Persoalan aku.
1) Aku pernah baca, "selangkah anak perempuan keluar tanpa menutup aurat, selangkah ayah ke neraka". Jadi, betul lah kan seorang ayah tu menanggung setiap dosa anak perempuan dia? Macam mana dengan ayah yang dah hantar anak belajar sekolah agama, but anak tu masih lagi tak tutup aurat. Menjadi salah ayah lagi ke? I mean, ayah tanggung dosa lagi ke?
2) Macam mana dengan anak yang kita lihat solehah, menutup aurat depan mak ayah, tapi ada suatu masa anak buat perkara yang tak baik di belakang. Sebagai contoh, mendedahkan aurat. Tahu lah bila perasaan cinta dan sayang menyelubungi diri, segala aurat boleh terbuka. Menjadi beban ayah lagi ke? Menjadi dosa ayah lagi ke?
3) Ayah tak tahu, tapi anak perempuan ayah masih lagi buat benda yang salah, maksiat, boleh ke tu punca ayah akan ke neraka? Sedangkan ayah dah habis habisan didik dengan ilmu. Disekolah, dirumah, dimajlis2 ilmu.
4) Konsep soalan aku satu je sebenarnya. Possible ke ayah dihukum untuk apa yang ayah dah didik tapi anak still tak ikut, anak still kalah dengan nafsu sendiri untuk dedahkan aurat dan sebagainya. Seandainya semua ni boleh buat ayah jadi ahli neraka, apa patut aku buat selepas dah stop segala perbuatan ni? Mcm mana dengan dosa yang dah aku "kumpulkan" buat ayah?
Sekian sahaja soalan dari aku. Terima kasih untuk yang sudi menjawab.
– Saya