Ayah Aku

Assalamualaikum readers dan admin. Beberapa hari ni aku tengok confession ni banyak cerita tentang family dan ayah. Rupanya ramai juga yang nasib lebih kurang aku. Sebab kebnyakan orang keliling aku mostly keluarga diorang bahagia, aku selalu rasa aku je kot yang malang. Actually aku nak cerita tentang life aku dan family, dibawah pemerintahan bapak aku. Mungkin penceritaan aku ni sedikit berterabur, maklumlah aku memang tak pernah buka cerita family aku pada siapa-siapa. Sedikit eno dan nervous di situ.

Ok aku mulakan cerita aku dari kecik. Aku merupakan anak sulung. Perempuan. Aku ada beberapa adik. Tak nak bagitau detail nanti orang boleh teka aku siapa berdasarkan cerita yang dibawah nanti. Dari tadika aku dipaksa jadi pandai. Aku tak dibenarkan berkawan dengan orang sesuka hati. Benda ni berlarutan sampai aku darjah 6. Dan aku sebagai anak, aku amat patuh pada arahan bapak aku. Sepanjang persekolahan aku dari tadika hingga habis habis UPSR, bapak aku selalu bandingkan aku dgn anak-anak jiran yang pandai-pandai. Biasanya yang beberapa tahun lebih tua dari aku. Mungkin bapak aku fikir, tu cara dia motivasi aku supaya rajin belajar. Tapi ada sorang jiran aku ni, dia sangat pandai dan sebaya aku. Bapak aku selalu ugut nak belikan hadiah untuk jiran tu kalau dia dapat markah lagi tinggi dari aku. Aku sangat stress masa tu. Tapi pada umur tu, aku tak berapa faham dgn word stress. Jadi aku teruskan hidup macam biasa, tp secara tak sedar aku sudah mula membenci orang-orang yang selalu bapak aku bandingkan tu. Masa tu aku sangat naive.

Bila masuk sekolah menengah, aku dah mula kenal mereka yang tingkatan atas-atas, kawan-kawan perempuan pun dah mula melawa. Pakai cantik-cantik. Aku pun teringin juga begitu. Biasalah budak yang baru nak masuk alam remaja. Tapi bapak aku sedar aku macam dah mula nak melawa, sekali lagi dia menghadkan kawan aku. Btw, misi dipaksa pandai tu masih lagi berjalan. Bapak aku mmg masukkan aku ke kleas tusyen tp dia tak bagi aku rapat dgn kawan kawan. Masa tu orang lain pegi ketusyen n sekolah dgn moto. Tapi aku pegi jalan kaki je. Kalau bapak aku tahu ada kawan tumpangkan aku, dia akan hantar n ambik aku tuisyen. Haa, lupa nak cakap, aku kan dipaksa pandai dari kecik. Actually aku dapat je offer sekolah asrama penuh, tapi bapak aku tak bagi pergi alasannya aku masih kecik untuk berdikari. Yes, penyayangkan bapak aku.

Aku bersekolah di sekolah harian biasa, sampai form5, dan sebenarnya masa lepas PMR pun aku dapat offer sekolah asrama penuh tapi tak pergi disebabkan alasan yang sama. Aku masih kecil. Zaman remaja aku, aku banyak memberontak sebab bapak aku suka bandingkan aku dgn orang lain padahal orang lain dapat macam-macam kemudahan dari parents dorg. Tapi aku tak dapat semua tu. Bapak aku hanya pandai berjanji nak bagi itu ini tapi bila samapi masa mmg tak ada apa pun. Kalau aku tuntut, dia akan reka satu isu khas untuk salahkan aku balik sambil menyatakan aku tak layak nak dapat barang yang dijanjikan. Tak perlulah aku detailkan apa benda2 yg aku tuntut tu sebab adik beradik dan mak aku baca juga confession ni. Takut terkantoi pulak. Readers mesti ingat aku ni anak yang demand kan?? Tak reti bersyukur. Dont be judgemental, cerita belum habis.

Aku sebenarnya minat ke arah art, dan bakat aku memang dikesan oleh cikgu-cikgu aku since aku di sekolah rendah.

Aku juga berkebolehan dalam subjek math. Mostly kat sekolah aku, aku la best student math setiap tahun. Tapi masa tu aku kan budak. Cita-cita pun tah apa2 kejap bertukar. Tapi bila aku meningkat remaja aku dah pandai pilih apa yang aku suka. Tapi bapak aku kan suka aku jadi pandai. Dia memang psiko aku dari kecik untuk jadi doktor bila besar nanti. Cara dia psiko aku bukan biasa-biasa. Aku rasa adik sikit je dari cara iluminati n freemason buat agenda mind control. Aku pun terpengaruh dengan agenda mind control dan set cita-cita nak jadi doktor. Haha. Actually dari aku habis SPM, banyak sebenarnya offer yang aku dapat. Dalam dan luar negara. Bukan nak show off. Tapi aku pilih pergi matrik dan ambik course biology. Kan nak jadi doktor.

Masa matrik aku kena kejutan budaya yang teruk. Student matrik memang sgt rajin study especially budak kelas aku. Kelas biology kan. Aku jadi krik-krik sebab tak tahu nak buat apa. Btw aku bukan jenis baca buku. Aku takde kawan. Petang-petang aku akan pegi main basikal ketika kawan-kawan aku buat tutorial. Malam pulak aku pergi gym ketika kawan aku menghafal nota. Aku lonely. Nasib aku baik sebab aku diperhatikan oleh seorang cikgu ni. Dia je dapat mengesan kelaianan aku.Dia yang banyak tolong aku belajar dan menghafal. Terima kasih cikgu. Sebenarnya bukan aku tak ada usaha untuk belajar tapi aku memang tak boleh. Macam-macam cara aku buat untuk hafal buku bio tu tapi tak berjaya. Aku cerita dekat cikgu aku tu, pasal masalah aku. Dia banyak bagi motivasi kat aku. Tapi aku kan bercita-cita nak jadi doktor. Tambahan pula, aku takut tak boleh jadi doktor takut bapak aku marah. Cikgu aku selalu pesan suruh aku pilih kerjaya yg aku suka. Bukan yg orang suruh. Dia bagitahu aku, setiap orang ada krlebihan,jelemahan, dan minat masing-masing. Aku pegang kata-kata cikgu aku. Cukup setahun di matrik , result aku memqng tak layak pun nak buat medic. Di Malaysia. Bukan luar negara ye. Maka, ramai la kawan-kawan aku yang result sendu macam aku, pergi ke serata dunia menimba ilmu medic tu. Dan aku, tak pergi. Aku sambung degree di Malaysia. Course yang bagus juga. Tak nak bagitahu lah apa. Tapi dalam kategori professional lah. Life aku di university sangat lah berliku. Hingga lah aku dapat habis belajar. Masih on time. Tanpa repeat paper. Nyaris2 tu ada lah.

Habis belajar, aku balik kampung. Menganggur. Sepanjang menganggur ni lah, aku berada dirumah, sebagai orang dewasa, baru aku dapat tahu apa yang berlaku dlm keluarga aku sebenarnya.

Dah panjang sangat pulak confession. Nanti aku tulis lain. Kisah aku di universiti dan kebenaran apa yang aku jumpa. Terima kasih sudi baca.

Jangan kecam aku ye.

– Ms Stone

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *