Ayah Aku

Assalamualaikum semua. Mesti semua dah biasa dengar ‘semua lelaki same je’. Biase nya ayat ni ditujukan untuk sikap lelaki yang kurang asam, suke curang, tak bertanggungjawab, malas dan sebagainya.

Tapi aku sama sekali tak setuju dengan ayat semua lelaki sama. Sebab bagi aku tak semua lelaki sama. Ramai lagi yang bagus. Dan aku nak ceritakan kisah seorang lelaki yang paling aku hormat. Ayah.

Selama aku hidup ni, aku sangat sayang dan hormat ayah. Tapi kejadian sejak 2 tahun lepas macam upgrade rase hormat tu menjadi berganda-ganda.

Mak dan ayah datang dari keluarga yang serba kekurangan. Tapi menurut mak, sejak berkahwin dengan ayah, ayah tidak berhenti bekerja.

Cakap saja kait kelapa sawit, potong getah, upah buat rumah, mesin rumput, tukang kebun, malah ayah pernah ambil upah pungut sampah. Semua ayah buat.

Jadi hidup mak selepas kahwin sehingga sekarang walaupon tak mewah macam dato’ datin, tapi semua lengkap. Kami anak2 pon tak pernah kelaparan. Semua kelengkapan disediakan. Tak pernah rase susah.

Untuk itu ayah, terima kasih sangat2. Kami sangat terhutang budi dengan ayah.

2 tahun lepas, kami macam dapat tamparan hebat. Mak disahkan menghidap penyakit kronik. Sepanjang mak sakit, ayah la yang paling setia di sisi mak.

Bayang kan hampir berbulan2 kami berulang alik ke hospital. Sekali mak kena tahan wad paling kurang 2 minggu.

Pernah sekali, sepanjang ramadhan kami berkampung di hospital. Hospital yang kami pergi bukan lah hospital swasta yang sangat selesa.

Tapi hanyalah hospital kerajaan yang biasa. Hospital lame di bandar lame. Yang mane 1 cubicle menempatkan 8 katil. Kadang kala kalau ramai pesakit, dekat tengah jalan pon ade katil sementara.

Walaupon kami adik beradik bergilir jaga mak, tapi ayah lah yang sebenarnya berkampung dihospital. Sebulan mak diwad, sebulan lah ayah tidur di surau hospital. Jarak rumah hospital hampir 1 jam. Dengan faktor umur, jadi ayah tak berani untuk ulang alik.

Mak dan ayah sangat rapat. Jadi mak sangat bergantung dengan ayah. Kalau tak nampak ayah sehari mak boleh jadi sedih. Jadi pagi2 ayah akan masuk wad untuk bagi sarapan.

Lepas lawatan doktor pagi2, selalunya ayah akan tunggu diwad. Jadi aku boleh pergi ke surau untuk berehat dan tidur sebentar. Bila aku balik semula ke wad, kadang2 nampak ayah duduk dikerusi sambil pegang tangan mak yang sedang tidur.

Kadang2 mak ayah bersembang. Aku nampak mak tersenyom walaupon sebenarnye badan mak tengah letih dan sakit. Kadang2 aku sampai waktu ayah tengah suapkan mak makan. Begitu sekali kasih seorang suami.

Pernah mak sakit teruk di rumah. Ayah memang duduk saja dirumah. Sebab ayah tahu mak akan cari ayah. Aku cuma pernah tengok ayah menangis sekali je. Waktu arwah nenek meninggal dunia. Tapi sepanjang mak sakit, berkali2 aku lihat ayah menitikkan air mata.

Kadang2 kami bergurau, mak sihat sekarang sebab ayah guna sapu tangan yang ayah lap air mata untuk lap muke mak. Ayah cume tersengih je bila kena usik.

Selalu aku nampak ayah menangis semase berdoa untuk kesihatan mak. Kata ayah, lepas mak gugur dulu, ayah selalu berdoa biarlah dia yang pergi dulu. Sebab dia kate dia tak sanggop nak hadap kalau orang lain pergi dulu sebelum dia. Begitu sekali kasihnya seorang suami dan ayah.

Kami adik beradik ramai perempuan. Biasa lah perempuan memang menangis je la kan. Jadi aku nampak ayah cuba jadi kuat sebab ayah ketua keluarga.

Ayah kata kalau ayah terlalu sedih, nanti anak2 dia mesti lagi sedih. Terima kasih ayah. Ayah dah jalankan tanggungjawab ayah dengan baik sekali.

Alhamdulillah sekarang mak makin sihat. Dari tak boleh berjalan, mak dah boleh berjalan ke sana ke sini. Ke sana ke sini. Korang mesti baca sambil remix pm kan.

Kalau dikire sampai ke hari ni, kalau tengok mak berjalan, naik tangga, aku tak berenti rase bersyukur dan bangge dengan kekuatan mak.

Terima kasih ayah sebab tak pernah putus asa dengan mak, setia dengan mak.

Terima kasih ayah sebab besarkan kami. Terima kasih ayah sebab ayah jaga mak dengan sangat baik. Ayah layankan kerenah mak dan kami.

Terima kasih ayah sebab selalu doakan hidop kami. Kami sayang ayah. Selamat hari bapa ayah ku sayang.

Jadi itulah cerita seorang lelaki yang aku panggil ayah. Ayah jauh dari sempurna. Tapi aku takkan tukar ayah dengan orang lain. Ayah la ayah aku dunia dan akhirat.

Jadi setiap kali aku baca ayat lelaki semua sama, aku teros terbayang ayah. Ayah seorang lelaki. Dan ayah tak sama langsung dengan ciri2 yang tak baik tu.

Maka boleh la kite kurangkan penggunaan ayat lelaki semua sama. Sebab aku rase ramai lagi lelaki yang baik dekat luar sana. Termasuk la ayah aku.

Kepade family aku yang bace ni, sile jangan tag2 dekat ruangan komen ye.

Terima kasih.

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *