Ayah Aku

Salam, pembaca iium confession. Aku Orochimaru. Ni kali pertama aku hantar confession kat sini, selalu baca saja confession orang. Confession aku ni mengisahkan tentang ayah aku. Aku tergerak hati nak cerita kat sini sebab nak minta pendapat pembaca semua.

Keluarga aku terdiri daripada ayah, ibu, kakak, adik perempuan dan aku sendiri. Sekarang kakak dah tak tinggal serumah dengan kitorang selepas berkahwin. Ibu aku staf kerajaan dan ayah aku pula bekerja sendiri.

Nak dijadikan cerita, pekerjaan ayah aku ni sangatlah terkesan dek covid19 jadi pendapatan memang kurang. Ayah aku masih ada uruskan rumah sewa tapi pendapatannya pun biasa-biasa saja. Jadinya perbelanjaan rumah sepenuhnya ditanggung oleh mak aku.

Kadang-kadang aku tolong jugak walaupun tak banyak. Maklumlah gaji fresh grad, sekarang pun tengah kontrak. Kalau aku cerita sampai sini, mesti persepsi pembaca macam ni, “oh, ibu dia tampung perbelanjaan rumah sepenuhnya sebab ayah dia tak ada kerja”.

Hakikatnya, dari dulu lagi memang ibu aku yang keluarkan duit perbelanjaan rumah semua. Barang-barang dapur, keperluan rumah, keperluan sekolah kami adik-beradik dan bil-bil semua.

Aku cuba ingat kalau-kalau ayah aku ada keluarkan duit belanja, tapi aku memang tak ingat. Kalau ada pun macam beli satu dua barang kat kedai macam bateri remote. Belanja makan kat luar jarang sekali, tapi kalau belanja kawan-kawan dialah pemenang.

Macam yang jadi baru-baru ni, ibu aku bagi 50 ringgit minta belikan nasi goreng ayam satu. Pastu dah beli duit baki takde.

Rupanya dia pakai belanja kawan-kawan dia kat kedai mamak tu. Katanya dia rasa bersalah sebab masa tu ramai pulak kawan dia tegur kat mamak tu dan nampak dia pegang RM50.

Eh dah kenapa? Kalau kawan kita nampak kita pegang duit memang kita kena belanja ke? Kalau duit sendiri takpe jugak ni duit bini.

Lepastu, ayah aku ni aku rasa dah terbiasa dari dulu tak bagi duit belanja kat bini. Aku pernah tanya ibu aku bila kali terakhir ayah aku bagi dia duit belanja. Ibu aku kata dia tak ingat dah yang penting masa tu kitorang adik-beradik masih kecik, adalah dia bagi ibu aku RM50.

Sampai sekarang, kalau kitorang belanja barang makan semua, dia tak turun pun dari kereta. Siap belanja, aku dengan adik aku laa yang angkat barang-barang berat , beras semua bawak ke kereta. Ibu aku takleh sebab ibu aku baru saja kena strok awal tahun lepas.

Nasib baik dengan izin Allah ibu aku sembuh daripada tak boleh berdiri sendiri, jadi boleh berjalan pakai tongkat dan sekarang dah boleh berjalan sendiri. Cuma masih kena jaga dan pimpin tangan dia, takut jatuh.

Cakap pasal ibu aku strok ni, aku memang sedih dan menyirap betul dengan ayah aku. Masa awal-awal ibu aku strok, ibu aku dimasukkan ke wad selama seminggu. Aku ingat lagi kakak aku dengan adik aku nangis gila-gila masa tu.

Kakak aku yang jumpa doktor masa tu, doktor kata ni strok pertama, kalau next time kena lagi memang boleh membahayakan nyawa ibu aku. Aku tengok dan dengar saja (dari telefon dengan kakak aku) masa adik dengan kakak aku nangis sambil pujuk diorang.

Aku pun sedih jugak tapi aku tahan sebab dah dua-dua nangis takkan aku nak meraung jugak kat situ. Aku nangis pun masa aku tengah sendiri dan aku call ibu aku kat hospital. Lepas keluar wad, ibu aku balik rumah dan kami jaga.

Ibu aku dah makan atas katil dah, tak macam dulu makan sama-sama kat meja. Sedih gila bila ingat. Lepastu nak pergi tandas, aku dengan adik aku papah. Kitorang kan perempuan, jadi memang kitorang tak kuat sangat papah.

Pernah ibu aku terjatuh masa aku papah nak ke tandas sampai terberak ibu aku depan tandas tu. Masa ni serius aku tak kuat, pinggang dan belakang aku sakit gila. Bayangkan lah aku angkat mak aku hari-hari yang masa tu berat 60++kg dan berat badan dia sepenuhnya dekat aku.

Aku selalu nangis sendiri masa ni, sebab masa mak aku sakit ni aku dalam tempoh final exam 4th year sem 1 (pdpr). Rasa macam Ya Allah dugaan sangat. Bila baca ni macam baca kisah orang yang tak ada ayah pulak kan. Kat mana ayah aku masa ibu aku sakit ni?

Dia buat hal sendiri guys, dia tak ada ambik kisah nak tolong angkat ibu aku ke, pakaikan baju ke, basuh kencing berak ibu aku ke, tolong masak lagilah tak. Sampailah aku gaduh dengan ayah aku baru dia sedar diri dan mula membantu.

Aku ingat lagi aku cakap apa masa gaduh tu, “Ayah jangan melampau, ayah ingat ayah sihat selama-lamanya? Kalau ayah yang sakit, mesti ibu jaga ayah baik-baik”. Oh tak, aku tak rasa bersalah pun cakap a.k.a jerit macam tu kat ayah aku.

Sebab masa tu aku sangat-sangat laa geram sebab ayah aku kata mak aku sakit sebab ketulahan dengan dia. Mesti semua tahu kan ‘tulah’.

Serius masa dia cakap camtu aku macam omoo omoo wenyeol (ni ayat kat kdrama sama maksud mcm what the hell).

Maksud ayah aku ni, ibu aku dapat balasan sakit sebab ibu aku dah lama tak layan dia. Faham kan? Maksudnya tak layan dalam bilik tidur.

Diorang dah lama tidur kat bilik lain-lain. Ibu aku tidur dengan aku dan adik aku. Yalah, mak aku sebelum strok ni memang dah sakit. 3 kali sehari cucuk insulin, tak termasuk sebelum tidur malam.

Aku pernah cerita benda ni dengan sorang kawan baik aku sebab aku pelik, dan respon dia “Weh, mak bapak aku pun camtu gak (tidur asing-asing). Tapi aku tengok chill saja”. Kadang-kadang ibu aku cerita kat aku pasal ayah aku sindir ibu aku sebab dah lama tak mendapat.

Aku dah cakap banyak kali dengan ibu aku tolong jangan cerita benda macam ni kat aku, sebab aku geli dan kadang rasa takut dengan ayah aku. Tapi tulah takkan ibu aku nak cerita dekat orang lain.

Lagi satu, ayah aku ni orangnya memang jenis sampai hati. Banyak benda yang ayah aku cakap lepas walaupun dengan anak-anak sendiri yang buat kami sangat-sangat kecil hati. Kalau aku cerita pun mesti pembaca fikir “Serius lah ayah dia ni”. Jadi aku tak cerita lah yaa.

Oh aku ingat lagi masa kecik dulu, normal lah kan ayah ibu pukul kita. Pakai hanger, hos getah, rotan dan macam-macam la. Tapi satu hukuman yang aku masih tak boleh lupa dan terima adalah..jeng jeng jeng.

Kitorang pelihara kucing, lepas tu adalah satu hari tu aku dengan kakak aku bagi masuk kucing tu dalam bilik. Ayah aku memang selalu marah sebab katanya kaki kucing tu kotor.

Manalah kitorang tahu si kucing tu sakit perut pulak lepas tu berak atas tilam. Ngam-ngam ayah aku balik rumah, tahu apa dia buat? Dia ambik tahi kucing tu dan lap kat muka aku dan kakak aku. Warning: sapa tengah makan berhenti makan jap.

Tahi kucing tu banyak dan cair ok, dia lumur penuh kat muka kitorang macam beautician letak clay mask kat muka kita dekat spa. Aku tak tahu lah ada ke tak orang yang berpengalaman kena lumur tahi kat muka oleh ayah sendiri. Kalau ada kita geng.

Oh okay teringat lagi satu cerita. Ni jadi masa kitorang masih kecik jugak. Ibu-ibu bapa-bapa, jangan ingat anak-anak tak ingat yaa apa yang berlaku masa mereka kecil. Benda ni jadi masa makcik belah ayah aku kahwin. Kitorang tak dijemput, sebabnya ibu aku isteri kedua ayah.

Jadi keluarga ayah memang tak suka ibu aku termasuk kami. Bab ni kalau aku cerita memang panjang betul ni. Tapi sekarang fokus ayah aku saja, pasal isteri no 1, anak-anak isteri no 1 dan keluarga ayah aku..abaikan.

Masa ayah aku balik dari kenduri kahwin tu, ayah aku ada bawak pulang banyak tapau putih tu. Mak aku tak ada masa ni, kerja rasanya. Ada aku, kakak aku dan bibik yang jaga kitorang (adik belum ada masa ni).

Aku dengan kakak aku pun excited nampak tapau tu, nak makan lauk kenduri. Ayah aku pun dengan bangga bukak tapau-tapau tu, “nah ni bagi kucing-kucing yaa”.

Bila tengok isi.. embekk.. ek.. ek.. ek.. ek. Ayah aku bawa sisa-sisa makanan rupanya untuk bagi kucing. Aku rasa kalau ni scene dalam anime mesti bibik tu cakap dalam hati,

“Ehhhhh.. naniiii????!!!”

Berbalik ke masa sekarang, cerita pasal ayah aku tak bagi nafkah kat ibu aku. Disebabkan kitorang dah fed up, kitorang dah jarang masak kalau ayah aku balik rumah.

Kalau ada makanan macam biskut, coklat, buah semua tu kitorang sorok. Sebab ayah aku memang tak ingat anak-anak kalau makan.

Dah la tak beli, kalau ada dia nak habiskan terus. Pernah ibu aku beli anggur, pastu kitorang makan lepas tinggalkan dia anggur tu. Hampir separuh jugak laa.

Lepas tu, dia turun bawah dari beradu, dia nampak kitorang makan dah nak habis. Ibu aku bagi laa dia anggur yang kitorang simpankan tu.

Dia kata “Ni saja tinggal?”. Emm helo helo, dah laa tak beli pape, kena tinggal makanan pun tak bersyukur. Kalau ayah aku balik rumah kan, dengan tangan kosong dia bertanya, “Ada apa-apa yang boleh dimakan?”

Nak saja aku jawab “Ada apa-apa makanan yang ayah bawak balik?” Dahlaa kalau nak makan semua benda kena hidang depan mata dia.

Pergi dapur, tapi nak minum air coway tu pun suruh orang ambikkan. Aku memang menyampah dengan lelaki yang harap perempuan sediakan semua keperluan dia ni, kalau dia yang keluar duit belanja takpe jugak.

Ni sabun basuh baju dia, makanan dia semua ibu aku jugak. Makanan burung-burung merpati yang dia selalu bagi makan pun kekadang minta duit ibu aku.

Sekarang sejak kes covid ni dah tak teruk sangat macam dulu, ayah aku dah mula kerja balik. Tapi sama saja macam dulu, kah! Aku rasa duit dia, dia pakai untuk isi minyak kereta dia (yang selalunya ibu aku bagi duit), makan kat restoran lepak ngan member dia, tu saja lah kot.

Hari tu kawan ayah aku call and dia bagi loud speaker. Kawan dia ajak nak belanja dia makan kat restoran, dan suruh dia bawak isteri dan anak-anak sekali. Lepastu ayah aku chow tak cakap apa pun. Jadi kitorang assume dia bawak isteri no 1 dia lah tu.

Kejadian ni laa yang menjadi trigger aku untuk tak masakkan dia (aku tukang masak utama kat rumah). Buang masa baik aku main moba.

Kalau masak pun, masak telur saja kalau dia balik rumah. Masa dia takde baru masak special sikit haha.

Rasanya dah panjang aku cerita, jadi aku nak tanya patut kah kitorang buat camtu kat ayah aku? Maksud aku, okay ke kalau kitorang tak berapa nak sedia makan dia macam dulu? Atau adakah itu keterlaluan?

Lagi satu nak minta tolong pembaca doakan aku supaya cepat dapat tawaran kerja tetap kat daerah kami tinggal jugak. Baru saja pergi interview haritu. Aku nak tolong kurangkan beban ibu aku dan jaga ibu dengan adik aku baik-baik. Terima kasih semua.

Yang benar,

– Orochimaru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *