Ayah, Aku Merinduimu

Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua readers…terima kasih Admin jika confession saya ni disiarkan…

Sebelum ni, saya hanya silent reader dan ada jugak sekali sekala bagi komen…tergerak hati nak buat confession lepas baca banyak luahan dari hati anak-anak yang menderita dek tindakan/perangai ibu bapa masing-masing…saya tak berani nak komen banyak sebab saya tak pernah berada di situasi mereka semua…cuma apa yang saya boleh pesankan, ibu & ayah cuma satu, hilang mereka, tiada berganti…buruk macam mana pun, mereka tetap ibu bapa yang melahirkan & membesarkan kita…hilang mereka, percayalah, hilang keberkatan doa mereka di dalam hidup kita…

Alhamdulillah, saya dilahirkan & dibesarkan di dalam keluarga yang penuh kasih sayang…punya ayah & ibu yang sangat memahami…namun mereka berdua telah dijemput Illahi dalam satu kemalangan jalan raya…Arwah Ayah pada tahun 2009, tak lama lepas kemalangan, manakala Arwah Ibu terlantar selepas kemalangan sehingga dijemput Illahi pada tahun 2013…di sini saya ingin imbas kembali satu kenangan dengan Arwah Ayah yang sangat saya kenangi hingga sekarang…peristiwa itu mengingatkan saya betapa sayangnya ALLAH SWT & Arwah Ayah pada saya…

Cerita bermula semasa saya bekerja di satu syarikat swasta di ibu negeri saya, Kedah Darul Aman…hari itu saya dimarahi oleh majikan & saya dipaksa untuk stayback sehingga pukul 8 malam…pada masa itu, bagi saya, berada jauh dari rumah di saat jam menginjak ke pukul 6 petang sudah terlalu lewat bagi saya, apatah lagi bila jam menginjak ke pukul 8 malam…rasa macam nak menangis dah waktu tu…selesai kerja, dengan rasa yang sangat takut, saya berjalan berseorangan ke pondok menunggu bas…memang tiada seorang pun di pondok tersebut…dengan keadaan yang sunyi ditambah dengan hujan renyai-renyai buatkan ketakutan saya makin bertambah…dalam hati tak putus doa supaya bas cepat sampai walaupun tahu hakikat susah nak jumpa bas lepas pukul 8 malam…ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…dalam keadaan ketakutan, saya pandang ke kiri…SubhanALLAH, saya nampak Arwah Ayah tengah toleh kiri kanan di seberang jalan nak melintasi ke pondok bas yang tengah saya tunggu…leganya hati ni ALLAH saja yang tahu…sampainya Arwah Ayah di sisi saya, terus saya menangis semahu2nya sampai terkejut Arwah Ayah saya, hehe…untuk pengetahuan semua, Arwah Ayah saya bekerja sebagai “checker” di sebuah syarikat bas dan waktu tu dia masih dalam waktu bekerja…kebetulan waktu tu, jadualnya memerlukan dia untuk naik bas yang sama arah untuk pulang ke rumah…

Selepas selesai sesi luahan, Arwah Ayah menenangkan saya dengan membawa saya pergi makan & minum di sebuah gerai…sumpah, saat itulah yang paling manis di dalm hidup saya…rasa selamat, rasa lega, rasa disayangi & pertama kali saya betul2 nampak dan rasa kasih sayang seorang ayah di dalam hidup saya…sebelum ni just macam tu saja, tak selami betul2, hehe…betullah apa yang orang cakap, setiap kejadian ada hikmahnya…dan kejadian yang jadi pada saya buatkan saya tersedar akan kasih sayang ALLAH & Arwah Ayah pada saya…

Selesai sesi makan & luahan, hati rasa tenang sangat…Arwah Ayah kemudiannya call Arwah Mak di rumah (masa tu masih guna public phone) untuk maklumkan keadaan saya & minta mak jangan bimbang (Arwah Mak cepat panik, hehe)…

Kami berjalan semula ke pondok bas tadi dan sama-sama menunggu bas untuk pulang ke rumah…tapi saya turun sorang sebab Arwah Ayah kena resume kerja sehingga selesai waktu bekerjanya…

Nampak simple, tapi itulah antara kenangan paling manis dalam hidup saya bersama Arwah Ayah…ada banyak lagi kenangan, tapi itulah yang paling melekat di hati saya hingga sekarang…sangat terasa kasih ALLAH pada saya, dalam keadaan ketakutan, DIA hadirkan hero kesayangan saya untuk menenangkan & melindungi saya…dan sangat terasa kasih seorang Ayah bilamana dia memujuk saya, mendengar luahan hati saya, menenangkan saya, menberi kata-kata semangat, cuba menceriakan saya & memastikan keselamatan saya hingga sampai ke pangkuan ibu saya…sungguh terkesan di hati saya…

Tapi kini hero & heroin kesayangan saya sudah tiada…hanya tinggal kenangan & memori yang hanya mampu diimbas semula sahaja…tiada lagi pelukan hangat mereka…tiada lagi gurau senda mereka…tiada lagi hilai tawa mereka…sungguh, aku amat merindui kedua2nya…

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Ampunkanlah segala dosa ibu & ayahku..
Jauhkanlah & lindungilah mereka berdua dari azab seksaan kubur & azab seksaan api neraka…
Tempatkanlah ibu & ayahku di kalangan orang-orang yang Engkau cintai & sayangi…
Cucurilah rahmatMu ke atas roh mereka berdua…
Lapangkanlah, luaskanlah & terangilah kubur mereka berdua sebagaimana mereka menerangi & mencahayai hidupku satu ketika dahulu…
Kasihilah & sayangilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihi & menyayangiku sewaktu aku kecil dahulu…
Terlalu banyak jasa & pengorbanan mereka berdua terhadapku & hanya Engkau yang Maha Layak untuk membalas segala jasa baik mereka berdua terhadapku…
Hanya dariMu hambaMu ini memohon pertolongan, perlindungan & kemaafan buat ibu & ayahku Ya ALLAH…
Sesungguhnya hanya Engkau Tuhan yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Aamiin3 Ya Rabbal Alamin…

Al-Fatihah buat Ibu & Ayahku…

– Mary

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit