Untuk part I, (https://iiumc.com/ayah-aku-orang-kaya/).
Assalamualaikum semua. Aku nak share tips2 yang ibu, ayah, ayah saudara dan datuk aku ajar dalam bersedekah. Semoga kita semua juga Allah jadikan orang2 yang pemurah.
1. Sematkan dalam dada anak2 sejak kecil lagi utk belajar dan berusaha bersungguh2 supaya suatu hari nanti boleh tolong orang susah, dan bantu agama Allah. Ibu ayah tak pernah ajar aku untuk mengejar dunia.
2. Ceritakan pada anak2 kisah Umar Al Khattab, Abu Bakar, Khadijah. Mereka ini memang sangat2 kaya dan juga dermawan. Ada yg menderma seluruh hartanya untuk Islam. Dan sebab tu lah nama aku Umar, sbb ayah aku suka peribadi Umar. Haha.
3. Jangan sesekali rasa duit semakin sikit jika bersedekah. Itu salah sama sekali. Allah dah janji dalam al-Quran, siapa yg bersedekah, rezeki nya akan dilipat gandakan. Sesungguhnya Allah itu Maha Nyata dan Maha Benar.
4. Beri duit untuk anak2 bersedekah. Sedekah lah pada peminta sedekah dan juga masjid. Sikit pun takpe. Disebabkan itu, anak2 akan rasa pelik tiap kali mereka tidak bersedekah. Dan jangan lupa untuk ajar anak menyembunyikan sedekah.
5. Jangan kalah pada hasutan syaitan. Pernah tak masa nak sedekah certain amount, contoh RM 10, tiba2 terfikir, ehh banyak sangat ni, lepas ni nak kena beli macam2 lagi. Itu adalah hasutan syaitan yang direjam. Jangan kalah. Double kan jumlah kalau mampu. Sedekah RM 20. Biar syaitan itu kalah.
6. Jangan pernah rasa “aku tak kaya, macam mana nak bersedekah”. Jangan sesekali. Contoh dalam wallet ada RM 10. Sedekah lah seringgit. Dan ada banyak lagi cara bersedekah sebenarnya, bukan hanya pada wang semata2.
7. Beli makanan untuk haiwan. Dan berilah pada mereka di jalanan. Salah satu sedekah yg baik adalah sedekah yg membuatkan makhluk Allah itu kenyang.
8. Anak2 yatim jangan dilupa. Kalau ada buat jamuan, jemputlah mereka, layanlah seperti raja. Atau beri sahaja sumbangan terus pada institusi mereka.
9. Ajar anak2 ayat Quran dan hadis yg berkaitan dengan sedekah. Surah al-Baqarah banyak mengatakan manfaat sedekah. Sedekah memang boleh memanjangkan umur seseorang menurut hadis. Bayangkan kau sepatutnya mati hari ini, tapi disebabkan sedekah kau semalam, Allah panjangkan umur untuk bertaubat. Nikmat manakah yg kau ingin dustakan?
10. Sedekahlah pada keluarga juga. Nafkah pada isteri dan anak2 jangan diabai. Berilah belanja untuk ibu ayah di kampung. Walaupun ibu ayah itu termasuk kategori terlebih mampu. Ayah saudara aku tiap bulan akan bank in certain amount pada semua anak2 saudaranya sebagai duit belanja.
11. Last sekali, belanja orang makan. Datuk aku suka belanja orang makan sampai semua orang makan di restoran itu dia yg bayar. Memang contoh yg baik untuk cucunya.
Marilah bersedekah. Jika kau bersedekah, kau akan semakin kaya dan terus kaya. Kaya apa? Kaya jiwa, kaya amalan dan kaya saham akhirat. Kaya harta dunia tu biar Allah yg uruskan. Terima kasih. Assalamualaikum.
– Umar
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit