Ayah Aku Orang Kaya III

Untuk part I, (https://iiumc.com/ayah-aku-orang-kaya/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/ayah-aku-orang-kaya-ii/).

Bayangkan malam2 sebelum tidur, benda yang hanya di fikiran kau hanyalah “esok aku nak sedekah pada siapa dan dalam bentuk apa?”

Bayangkan bila makan besar besaran sekeluarga masa anak2 semua dah dewasa, smua anak2 berebut utk bayar kerana masing2 tahu betapa besarnya pahala sedekah kepada keluarga.

Bayangkan bila kau terlupa utk bagi duit pada anak, anak bagitau “ayah, saya belum masuk lagi duit ke dalam tabung masjid hari ni.”

Bayangkan kau tersenyum apabila mengetahui dari mulut orang lain yang rupanya keluarga kau sendiri yang menyumbangkan derma tersebut.

Bayangkan bila kau menghembus nafas lega kerana anak2 mengadu bahawa mereka nyaris2 kemalangan jalan raya, tapi selamat juga dengan izin Allah, dek kuasa sedekah yang mampu menolak bala.

Bayangkan bila anak mengadu lapar lepas balik sekolah, dan bila ditanya kenapa, rupanya semua duit belanja untuk hari tu didermakan pada tabung di sekolah.

Bayangkan bila seseorang yang sebelum ini terlantar sakit sudah mulai sihat, dek kerana kau telah membantu membiayai perubatannya. Sesungguhnya Allah lah yang menyembuhkan, kita hanya berusaha.

Bayangkan bila golongan susah tak berhenti mengucapkan kata syukur, kerana bantuan kau datang pada waktu yang tepat utk meringankan beban.

Bayangkan seseorang yang tidak dikenali menyapa kau, dan berterima kasih kerana pernah menghulurkan wang ketika susah dahulu, dan yang kau mampu buat hanyalah membalas “sama-sama” kerana kau betul2 tak ingat akan pertolongan itu.

Bayangkan bila orang2 sekeliling kau mengucapkan,

“Suatu hari aku nak jadi pemurah seperti kau.”

“Suatu hari aku mesti tolong kau kalau kau susah.”

Bayangkan bila ramai yang mendoakan kau atas kebaikan yang telah kau lakukan.

Bayangkan bila rezeki kau berganda2, dan kau sedar semakin banyak rezeki kau, semakin banyak orang yang kau boleh tolong.

Bayangkan bila kucing mula menjilat2 hujung tangan dan menyapu2 muka sebab kekenyangan makan makanan yang engkau beri.

Bayangkan bila kucing2 mula mengejar2 kau, kerana mereka sudah kenal pada si pemberi makanan.

Bayangkan bila amalan sedekah sudah umpama kewajipan, sampai kau rasa macam berdosa pulak kalau tertinggal.

Bayangkan melihat senyuman terbit di bibir anak2 yatim, kerana dapat memakai pakaian yang baru, dan dapat merasa makan makanan sedap seperti anak lain.

Bayangkan bila kau bersedekah, sedaya upaya kau menyembunyikan diri. Kerana kau tak mahu timbulnya sifat2 mazmumah dalam diri kau.

Bayangkan bila ternampak orang lain bersedekah, kau sudah mengukirkan senyuman yang sangat lebar kerana kau sangat suka akan amalan itu, dan pada masa yang sama kau pura2 tak nampak kerana kau faham perasaan tak nak diketahui.

Bayangkan kau tersenyum geli hati, sbb orang2 di restoran tertanya2 sambil berkerut dahi di cashier siapakah gerangan yang membayar makanan mereka.

Bayangkan anak2 kau berterima kasih pada kau, kerana kau telah mendidik mereka untuk menjadi pemurah. Sekarang cucu kau pulak dididik dengan cara sama oleh anak2 kau.

Bayangkan perasaan bila mengetahui pahala sentiasa mengalir untuk kau, atas sedekah2 jariah yang pernah dilakukan.

Bayangkan kegembiraan seorang anak memeluk ibu dan bapanya, setelah lama tidak berjumpa kerana kesesakan wang.

Bayangkan di hari tua kau, kau dan pasangan saling berterima kasih kerana telah berjaya mendidik anak2 sebaik mungkin.

Dan yang paling berharga sekarang, bayangkan orang2 sudah pun memasang niat untuk bersedekah, sebab kau telah beri contoh yang baik, beri nasihat yang baik, macam kalian yang membaca ni lah.

Terima kasih banyak2. Tolong maafkan kesalahan aku sepanjang ketiga2 coretan ini. Ambil lah yang baik, dan tinggalkan yang buruk.

– Umar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *