Ayah Aku Rare

Ayah aku dah hidup bersama mak aku hampir setengah abad. Macam2 dugaan mereka dah tempuh, suka, duka, derita, bahagia. Macam2 halangan nak memisahkan mereka berdua dari luar mahupun dari dalam diri mereka sendiri. Namun jodoh masih kuat, sehingga kini mereka masih bersama. Kerana apa? Kerana ayah aku adalah lelaki yang sangat “rare” di zaman sekarang.

Kenapa aku kata rare? Mak ayah aku kawen awal. Segala macam drama pun ada dalam hidup mereka. Suami belajar, isteri dijadikan kuli kat rumah mertua, family mertua tak suka, masalah saka, godaan orang ketiga, isteri lari dari rumah, suami pujuk2 berdamai balik, ada yang iri hati sampai hantar sihir, fasa anak2 remaja memberontak, fasa anak2 kahwin cerai, fasa berebut cucu, sekarang ni fasa pergi masjid dan layan politik masjid pulak.

Selama bermacam2 fasa itulah ayah aku tak pernah abaikan tanggungjawab dia terhadap keluarga, wang dan masa dihabiskan untuk kami. Meskipun ada orang ketiga pernah cuba goda dia gila2 masa aku kecik2. Masa tu darjah 2@3. Aku dengar mak aku cerita yang ada perempuan call dia dan tanya “Apa yang awak dah buat kat suami awak ha? Saya ajak dia %@$×^ (sorry tak ingat.. bukan sebab censored.. hehe) dia cakap tak boleh sebab dia ada isteri.

Ayah aku bersara awal. Masa dia kerja kat syarikat saudara dia, mungkin sebab malas nak layan jeles mak aku, maka hari2 mak aku ikut pergi kerja. Walaupun dah berusia, ayah aku segak, tak kurus sangat, tak gemuk sangat. Kadang2 ada yang ingat ayah aku cina. Last jawatan kat gomen adalah sebagai middle management. Mungkin pasal tu ada je yang nak try masuk line. Dan mungkin juga dia bawa mak aku ke mana2 pun sebab malas nak layan perempuan2 ni juga.

Sejak kak ngah dan kak lang pandai masak, mak aku selalu suruh mereka masak. Kalau mereka tak ada, ikut mood baru dia akan masak. Kalau tak ada mood maka bungkus ajelah. Mak aku surirumah, air tangan dia memang sedap. Arwah bapa dia dulu kalau masak nasi beriyani gam memang champion. Dulu2 mak aku selalu lah ambil upah masak2, buat kuih untuk tampung belanja keluarga. Tapi kalau masak untuk sendiri makan dia akan malas sikit sebab tak ada payment .

Mak aku sangat sangat sangat sangat sangat mudah terpedaya dengan janji2 cepat kaya. Seingat aku sedari kecil ada je kes dia terjebak. Paling awal aku boleh ingat ialah kes pak man telo. Lepas tu macam2 lah dalam pelbagai rupa dan bentuk. Dia kan surirumah, mana dapat duit kan? Dari dia buat jualan2, duit ayah aku bagi. Pastu dia akan pujuk2 ayah aku untuk masuk sama.

Mak aku ni superpower dia adalah manipulation of people. Serious tak tipu. Tak payah lah nak botak kepala macam professor X. Atau letak jari telunjuk kat kiri kanan pelipis dan tenung macam nak hypnotise orang. Dia punya persuasion power tu memang marvellous. Kalau kata orang2 dalam bidang sales “can sell ice to the eskimos” lah.

Sayangnya dia gunakan skill dia tu untuk saiko ayah aku agar join program2 dia tu. Gratuity ayah aku pun habis disedekahkan kat scammer2. Mana2 anak yang menentang kehendak dia tau2 je akan dipulaukan oleh ahli keluarga lain. Malah ayah aku pun tak terkecuali. Kerana itulah anak2 cari bahagia di luar rumah. Masa zaman aku jatuh dulu pun akibat manipulasi dia.

Bertahun2 aku salahkan dia sebagai punca hidup aku caca marba. Tapi Allah bagi hidayah, akhirnya aku nampak yang pilihan tu aku sendiri yang buat. Betul, mak aku bagi tekanan. But it was me who made the choice. Tak ada siapa yang letak pisau kat leher aku untuk pilih jalan hidup yang derita. Bak kata sorang confessor baru2 ni : betul keluarganya tak bahagia, tapi dia pilih untuk jadi anak kebanggan mak ayah. (Tabik spring untuk anda!)

Suami toksik kita boleh walk away. Adik beradik toksik boleh ignorekan aje. Tapi mak/ayah toksik? Aku ambil masa bertahun2 untuk lalikan hati, berendam air mata jangan cakaplah. Untuk cekalkan hati tu aku biasa drop anak2 je (yang dah boleh jaga diri sendiri), aku elakkan bercakap lama2 dengan mak aku, aku left wasap group family sebab aku tak nak hati aku ni iri bila dia asyik lebihkan adik beradik lain yang berharta, sedangkan masa mereka terkial2 bina hidup, belakang2 mereka mak aku cakap kata2 yang tak sedap didengar. Dah senang bukan main puji2. Alhamdulillah sekarang ni aku dah boleh peluk cium mak dengan kasih sayang dan simpati. Tak ada dah blaming2 grudges2 dalam hati. InsyaaAllah.. doakan aku.

Itu aku. Masih boleh “melarikan diri” dari mak aku. Ayah aku, korang rasa? Hmm.. asal gaduh je mak minta dilepaskan. Ayah aku buat tak tau je. Aku pernah jugalah suruh ayah aku cari perempuan lain yang boleh layan dia dengan baik. Tapi ayah aku buat taktau je. Agak2 tensen sangat dengan mak aku, dia pergi masjid atau dia jawab balik. Ayah aku ni jangan main2. Nampak je diam. Bila tiba dia balas perghh pedih siot. Biasanya bila dah kalah bercakap, mak aku akan startlah cold war regime.

Anak2 aku semua paling rapat dengan ayah aku. Sedangkan ayah aku ada berbelas cucu. Pernah masa anak aku ni baby, ayah aku azan subuh kat masjid, sayu sangat2 bunyinya. Baby aku boleh terjaga dan turut menangis sayu sangat. Allah… memang fasa tu ayah aku tengah down. Dia tak sihat jadi tak boleh pergi kerja. Mak aku biasanya bila ayah aku tak ada duit mulalah dia bentak2 komplen2. Bila ayah aku ada duit barulah nak baik2 layan elok2.

Semenjak dua tiga tahun ni mak aku terjebak dengan program lain pulak. Ayah aku malas nak layan sebab dia dah malas nak fikir pasal dunia lagi dah. Nak cari bekal akhirat je. Tapi mak aku berjaya menggunakan superpower dia sekali lagi dengan mengalihkan view ayah aku bahawa he may not need the wealth, but your daughter & her kids need it (akulah tu yang dijadikan carrotnya). Maka terjebak lah ayah aku sekali lagi dan dengan aku2 pun terjebak sikit mempercayai purnama kan jatuh je riba.

Bila tarikh purnama jatuh ditangguh kali kedua, finally aku cakap kat ayah aku thats it lah. Stop feeding the scammer. Life aku, biar aku yang cari my wealth my own way. Sejak ayah aku stop support program mak tu, aku tengok ayah aku makin teruk dipulaukan. Kesian sangat.. sampailah satu fasa anak aku si angah (anak bongsu dari 1st marriage) dah tak tahan tinggal dengan kami dan minta nak duduk dengan ayah aku. (Yang ini nanti aku buat cerita lain pasal anak2 hasil penceraian).

Mula2 aku nangis2 juga rasa macam i failed as a mum. Tapi akhirnya aku boleh terima kenyataan dan aku cakap kat ayah aku, maybe he (my son) is Allah’s way of answering your prayers. Ayah aku cakap alhamdulillah.. thank you. Akhirnya ada juga teman bercakap kat rumah ni. Allahu.. sedihnya..

Ayah aku selalu nasihat aku.. respect your mum. She loves you. Bila dia cakap macam tu aku terflash back masa form 5 dia hantar aku pergi sekolah dia cakap “i dont know what your mother wants.” Aku masa tu sangat naive dengan hal rumahtangga, taktau macam mana nak pujuk ayah aku. Dan taktau dari mana datang idea untuk cakap “because of her imperfections, she is perfect.” Ayah aku terdiam.. agaknya dia fikir wah.. wisenya anak aku! (Haha ok ini masuk bakul.)

Mungkin korang akan cakap ayah aku dayus tak didik isteri. Korang tak berada di tempat kami, sakitnya dipulaukan ahli keluarga sendiri tanpa sebab valid. Mungkin korang akan cakap ceraikan jelah mak aku tu atau kawen lain baru tau langit tinggi rendah. Dulu aku pun selalu anggap macam tu. Hingga baru2 ni masa teman ayah aku untuk taklimat pengurusan harta pusaka, ayah aku cakaplah harta dia sekian2. Aku tanya harta mak? Dia cakap tak ada. Aku rasa tamparan hebat sangat.

Patutlah ayah aku bertahan. Sebab kalau bercerai, mak aku tak dapat dah pencen ayah. Mak aku tak ada harta lain. Simpanan pun banyak habis. Emas pun digadai untuk join program itu ini. Kes terbaru, duit tabung haji pulak dah burn sikit. Mak komplen ayah kedekut. Sedangkan ayah sorok duit agar dapat tampung kehidupan mereka tanpa susahkan anak2. Ayah tak nak kawen lain sebab dah tak larat nak start over a family, nak go through fasa2 yang menyesakkan jiwa raga daripada isteri, anak dan cucu. He has his eyes and heart set on jannah. Ayah aku rare kan?

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim… semoga Kau limpahkan semula mawaddah warahmah dalam rumahtangga ibubapaku. Semoga Kau tautkan semula hati2 ahli keluarga kami untuk bersatu dalam mentaatiMu, berkasih sayang keranaMu. Semoga Kau lindungi ibuku dari niat jahat manusia dan jin. Semoga Kau limpahkan hidayah kepada ibuku untuk menjadi isteri, ibu dan nenek yang lebih baik. Semoga Kau kurniakan ganjaran buat ayahku sebagaimana ganjaran yang telah Kau berikan kepada Nabi Ayub. Amin.

Tolong aminkan juga ya kawan2. Sayang korang.

– Anak Ayah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *